Monday, March 21, 2011

Kembong Goreng Sambal Tempoyak


Gara-gara kak Anim ler ni ... hihi. Actually lama benar dah simpan resepi ni nak cuba, dari zaman si empunya resepi tayang kat blog dia lagi tu... tak gak cuba2nya, terlupa la .. x cukup bahan la. Sampai la hari ahad aritu, tetiba teringat menu kakak tu kan.... terus la kita buat gak.  Sedap nih, kalau buh daun kunyit lagi syok. Hari tu nak bubuh xde stok pulak. Lauk macam ni, xperlu lauk lain dah, tambah ulam-ulaman je pon dah cukup . Janji nasi panas-panas... memang terangkat ler ^_^. Tak leh citer panjang, byk kerja nak buat nih ... peminat2 tempoyak memang harus la mencuba resepi Cik Mat Gebu ni ye ;P

Kembong Goreng Sambal Tempoyak
(Sumber: Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

6 comments:

  1. aik??tadi nampak kat dapur kak ummi kuantan..berapakat ek??hihihi...sedap ek??eina lum ade kesempatan cuba..xde tempoyak...

    ReplyDelete
  2. ni kasi bungkus semua..kek bwh tu bungkus gak..ermmm,sume2 bungkus ya :)))

    skrng ni bnyk org jual durian, blh la beli nnti bt tempoyak..sedap tu..:p~

    ReplyDelete
  3. eina:
    oo.. k.ummi pon masak tempoyak ye. nnt kita gi intai pulak... hihi. mmg best, nnt ada tempoyak, jgn lupa cuba tau.

    deliah:
    haha del... oo kasi bungkus semua ya, habis tu apa tinggal utk tuan rumah ni? ;P tempoyak ai ni lama peram.. dr taun lps.. hihi

    ReplyDelete
  4. tempoyak makanan ruji my late parents - we all buat sendiri my dad selalu stock up tempoyak in my fridge dia orang minang kabau so gulai tempoyak pekat, tempoyak stim and tempoyak udang goreng memang makanan i sejak azali but we never cook tempoyak goreng with ikan :) i will try u might want to read about tempoyak dishes at ermayum :)

    ReplyDelete
  5. wow!terliurnya...sedapnya sambal tempoyak tu..klu kat singapura ni xde tempoyak..

    ReplyDelete
  6. ermayum:
    oo ye ke. tempoyak yg ni pon i buat sendiri je lebih2 durian yg x berapa menjadi hari tu. nnt i selongkar ye tgk lauk2 hasil tempoyak u .. ;)

    ady:
    oh xtau lak spore xde tempoyak u. camtu turun jb lah ye, nak merasa lauk tempoyak ;P

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...