Tuesday, April 5, 2011

Bubur Gunting


Tak ingat .. pagi Sabtu ke Ahad .. tonton Nasi Lemak Kopi O @ TV9 sambil gosok baju ... terpikat lak dgn Bubur Gunting ni. Mak cik tu tunjuk cara membuatnya tapi x la pulak diberi sukatan cuma bagitau apa bahan-bahan asas yg dia guna je. Nampak sempoi sangat, jakun sikit .. first time dengar, teringin la pulak nak rasa. Tengok dlm TV tu family besar makcik tu dok makan slurp, slurp ... oo ... sangat la kecur.

Since aunty kiut miut I yg dok Ayer Keroh tu belum berangkat balik lagi .. I pon angkut daun pandan bawa gi rumah my mum nak buat bubur gunting ni kat rumah mak, makan ramai2 mesti best. Masa I dok masak bubur dia gi kedai borong kain nak buat baju raya katanya ... hihi ... sikit punya awal preparation makcik ni utk raya tahun ni ... 

Actually mak cik kat TV tu buat  plain je, x buh daun pandan pon. Saja kita tambah sebab pokok pandan byk kat rumah ni & lebat daunnya. Kalau ada yg berminat .. resepi seperti dibawah. Maaf xde sukatan tepat, kena agak-agak aja ye. Yang penting dohnya tu nanti jgn lembik & cukup sekadar boleh diuli.

BUBUR GUNTING
Inspirasi dari TV9 

Bahan-bahan Doh Gunting:
1/3 paket Tepung Gandum 1 kg
Sedikit Garam
Air atau air daun pandan
  1. Masukkan tepung dan sedikit garam dlm bekas. Masukkan air sedikit demi sedikit & gaul. Sukatan air cukup sekadar hingga doh boleh diuli. Uli sebati adunan.
  2. Ambil sedikit doh tadi dan canai leper. Masakkan doh yg telah dicanai tadi didlm kuali tanpa minyak cukup sekadar mengeringkan doh tersebut supaya mudah digunting.
  3. Gunting halus doh yang telah dimasak. Boleh digunting seperti membuat kuih gunting.

Untuk yg pertama kali dengar dan tak leh imagine camana rupanya .. ni dia doh yang telah digunting. Sukatan bubur boleh je buat cara yg u all biasa buat. Yg kat bawah ni lebih kurang, cara I biasa buat la.

Bahan-bahan untuk Bubur:
  • 3 cawan air
  • 4 cawan santan pekat
  • 1/2 cawan gula melaka @ 2 keping nisan
  • 2 helai daun pandan - disiat dan simpulkan
  • 1/2 sudu teh garam halus
  1. Masak gula melaka / nisan bersama air dan daun pandan hingga gula larut.
  2. Masukkan santan pekat dan masak dengan api perlahan hingga mendidih. Masukkan doh yang telah digunting tadi. Seimbangkan rasa dgn garam dan boleh tambah gula pasir jika kurang. Tutup api bila kuah sedikit pekat dan hidangkan sebagai minum petang.
Sedap bubur gunting ni. Ala ala bubur caca ... sebab bahan-bahannya yg kebiasaannya ada kat rumah kan .. anytime boleh buat. Cuma next time kalau buat, nak cuba letak kapur sket dlm air tu, bagi liat-liat sket. Boleh tambah pisang nangka juga. Baru tambah syok makan.

    Bunga daisy yg hampir layu .. sesedih hati ni bila membaca kisah arwah anak yatim ni sampai mengalir air mata  :( >> http://www.hmetro.com.my/articles/Cikguambilnyawa/Article. Begini ke cara seorang pendidik zaman ini?  Memang mudah iblis menghasut bila kita sendiri x dapat mengawal amarah. Ya Allah ... mintak dijauhkan such things to happen to our family & friends.

    8 comments:

    1. Bubur gunting ni sama dengan cha-cha rajin tu menggunting hehehhe,sedap pebret my hubby

      ReplyDelete
    2. a'a.. ada persamaan. kalau buat colorful dh serupa cha-cha. menggunting ni syok gak .. cara2 nak de-stress kan, tp kalau banyak... x kuasa i u .. mau lenguh jari jemariku .. ;P

      ReplyDelete
    3. as-salam
      Bubur gunting ni sedap dimakan kalau ada isi nangka...lagi best....

      ReplyDelete
    4. betul ady.. letak nangka pon best n i prefer nangka yg masam2 manis ;)

      ReplyDelete
    5. lebih kurang cam bubur caca la yer adunan tepung yg digunting tu... en hubby suke ni... bini je yg malas nak wat..ekeke

      ReplyDelete
    6. noorsha:
      iye cik noorsha. sekali sekala main gunting2 best gak tau. Nak2 masa nak marah org tu, kita lepaskan kat tepung ... tentu lebih selamat kan ;P

      ReplyDelete
    7. sedapnya bubur ni...lama tak mkn dulu-dulu arwah tok selalu buat..tapi nieza tak pernah buat lagi.

      ReplyDelete
    8. nieza:
      mmg sedap ... apa lagi nieza, sila la buat ;)

      ReplyDelete

    Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

    Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...