Monday, April 4, 2011

Sotong Black pepper ala d'Dagang


Lunch menu on Sunday ... mode memasak yg ringkas-ringkas je sebab nak mengemas rumah, nak iron baju,  nak lipat baju aihh .. panjang list ni, tu yang ditahan-tahan nafsu nak ikut akak Siah ke kedai kain AJ .. pasar pon x pergi, selongkar freezer tengok ada sotong. Teringat kat lauk sotong yg cost me RM16.90 utk 3 ekor sotong kot kat d'Templer hari tu. Macam mudah je nak masak ... ni la lauknya based on rasa yg I ingat, main agak-agak je, .. harap-harap budak 2 org yg balik dr taekwondo class tu nanti suka la. Alhamdulillah .. menjadi & my 2 ninjas sgt happy menjamu selera semlm.

Lauk ni ala Chinese dish .. walau pun ada blackpepper, x pedas mana pun.

Sotong Black pepper ala d'Dagang

6 ekor sotong saiz besar
1 biji Lada benggala (sederhana besar) yg dipotong dadu ~ x letak sebab xde
2 - 3 ulas bawang putih ~ diketuk
2 sudu makan sos tiram
2 sudu makan blackpepper ~ dikisar
1 sudu makan kicap pekat
1/2 cawan air
sedikit garam
sedikit tepung jagung ~ jika ingin kuah sedikit pekat

Tumis bawang putih hingga terbit aroma. Masukkan black pepper kisar, air, kicap pekat dan sos tiram. Kemudian masukkan sotong dan lada benggala. Sesuaikan rasa dengan garam. Masukkan sedikit tepung jagung utk melikatkan kuah. Biarkan mendidih sebentar. Tutup api dan siap untuk dihidangkan.


5 comments:

  1. anak mas suka sangat sotong....
    kalau dia tengok sotong ni..mesti minta mas buatkan..he..he...

    ReplyDelete
  2. macam masak kicap pun ada gak ye kak ain? nampak sedap tu.pulak2 sotong fresh kan

    ReplyDelete
  3. mas .. serupa la, akak ni 3-3 hero tu peminat tegar sotong. Nampak lauk sotong, laju je capai pinggan :)

    ReplyDelete
  4. izah:
    tak .. x mcm masak kicap, lebih kepada sos tiram, dgn sket rasa b/pepper. nak tau, cemana ... kena cuba sendiri .. xpun cer try makan kat d'Templer

    ReplyDelete
  5. Waaah bestnya sotong.. menyelerakan yummy..

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...