Wednesday, August 17, 2011

Daging Goreng Ala Kaprau - (Iftar 14 Ramadhan 1432H)


For iftar hari ahad lepas. Bila plan nak masak daging terus teringat resepi Kak Jee ni. Simple nak buat tapi memang berbaloi sedapnya. Ramai gak yg dah cuba. Hari tu ada balance, I reheat kan for sahur ... lagi sedap rasanya sbb dah mesra kot. Laju je budak-budak tu makan. Then ada balance sket lagi, I masak nasi goreng tumiskan dgn lauk ni jadi as perencah, mmg best gak. Aihh... teringat la pulak kesedapannya tuh. Tadi pon merasa sket je sebab x byk pon nasi goreng tu. So, sesiapa yg xtau nak masak apa dgn daging, I highly recommend u lauk ni. Percayalahhhhh ... ;-) Buat Kak Jee, caya lah!! Daku dah jatuh cinta dgn resepi mu ini.

DAGING GORENG ALA KAPRAU
(Sumber: Dunia dr Dapur Kak Jee)


250 gms daging batang pinang dihiris nipis (atau ayam)
2 sudu besar paste tomyam (I guna paste Tom Yam Tai Pee ~ bought from Giant)
cili api  diketuk2 (ikut kepedasan. resipi asal mesti pedas)
2 labu bawang besar (dibelah lapan dan dicerai2kan)
1 sudu besar kicap manis
1 sudu besar sos cili
daun selasih

Perap daging yang telah dihiris bersama 2 sudu paste tomyam selama ½ jam. Kemudian tumis 1 labu dulu bawang besar yang telah dikerat 8. Kemudian masukkan cili api yang telah ditumbuk kasar. Setelah agak garing, masukkan hiriisan daging yang telah diperap dan goreang hingga daging kecut.

Kemudian masukkan kicap manis dan sos cili dan terus goreng. Masukkan daun selasih yang telah dipetik2, dicuci dan ditoskan. Kemudian masukkan juga baki 1 labu bawang besar. Setelah bawang besar layu, padamkan api dan hidang.


Ini la rupa daun selasih. Actually masa gi beli kat Giant confused jap nak amik Thai Basil ke Sweet Basil. Teringat Kak Jee sebut ni resepi dr kedai tomyam, I pun picked the Thai Basil. Lain kali kita nak try dgn Sweet Basil pulak ... boleh compare rasanya.


7 comments:

  1. tima kacih ain sebab cuba resipi yang kjee main hentam saja cipta. ramai yang dah cuba buat kata sedap. kjee pun dah lama gak tak buat. hehehe

    ReplyDelete
  2. All your Iftar recipes looks very delicious.

    ReplyDelete
  3. Salam kak,da byk org buat resepi ni kita jer ketinggalan selalu :D

    ReplyDelete
  4. Assalam Ain, waaaah sedap kan masakan nih...teringat2 lgk...mau menjilat bibir jek nih.. :)

    ReplyDelete
  5. memang sedap..recommended ni.. trasa2 kesedapannnya

    ReplyDelete
  6. KJee:
    tq singgah sini. alhamdulillah ... ramai yg suka, besar pahala tu kak berkongsi ilmu ;)

    Umm Mymoonah:
    ^__^, alhamdulillah

    resepi-masak-masak:
    alahai chef, xtau plak. kena tanya mek siam ler ..

    ijayuji:
    dik ika ... tu k.ummi n izah pon dh mengiyakan. apa lagi ;)

    K.Ummi & Izah:
    Kan ... isk, mmg terasa2 lg sedapnya tu!

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...