Wednesday, August 17, 2011

Kuih Kelopong a.k.a Buah Melaka - (Iftar 13 Ramadhan 1432H)


My uncle & family datang berbuka bersama we all last Saturday. I x sempat nak masak apa-apa sbb keluar ke Jalan TAR cari baju melayu anak2 & hubby. Just sempat menggentel kuih kelopong ni aje. Tu pun x sempat nak buat banyak sbb buat sorang. So on monday buat lagi sbb mak kata hari tu x puas makan. Semua org pon pandai buat kuih ni kan ... xyah sukat-sukat, agak-agak jer. Tapi kot ada yg x pernah buat, boleh refer resepi yg dikongsi oleh Yat Maria ni, ok  I malas nak menaip ;-)

BUAH MELAKA
Source: Bro Rozzan


Bahan-Bahan:
2 cawan tepung pulut
jus pandan secukupnya
2 ketul gula melaka
1/2 biji kelapa muda parut [ambil bahagian putih sahaja]

1. Bancuh tepung pulut dengan air pandan sedikit demi sedikit hingga adunan boleh digentel.
2. Ambil sebesar ibu jari dan leperkan.
3. Masukkan gula melaka di tengahnya dan tutup semula. Buatkan bulat.
4. Panaskan air hingga mendidih.
5. Masukkan bebola pulut tadi.
6. Bila kuih timbul boleh diangkat dan toskan dalam tapisan.
7. Golekkan kuih di atas kelapa parut yang bercampur sedikit garam.
8. Hidangkan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...