Wednesday, February 13, 2013

Seafood Goreng Buttermilk


Hari tu .. di hari Jumaat beberapa bulan yg lepas ;) ada office mate tanya cemana nak masak udang buttermilk, maka I pon bagi la resepi main agak-agak je ikut selera tekak yg pernah sekali mencuba buttermilk prawn. Pastu I google for a few recipes nak confirmkan balik, kang naya lak dia buat x jadi .. sib baik betul cuma ada macam2 kaedah la yg org lain buat ... Bila dah bercerita pasal resepi tu, tekak terasa2 lak nak makan buttermilk prawn jugak .. lagi pun x pernah cuba buat sendiri kat rumah. Dalam fridge ada sotong 2-3 ekor, so kasi campur sekali la.

Here's my recipe to share, xde sukatan tepat ... agak-agak sesedap rasa la ye:

Seafood Goreng Buttermilk
(Sumber: ain sweetthots)

Bahan-Bahan:
Sotong/ udang
Tepung ubi
Sedikit garam
Telur - xnak letak pon boleh

Buttermilk Gravy:
2 sudu butter
susu cair
sedikit air
setangkai daun kari
cili padi
garam & sedikit gula pasir
1 - 2 keping cheddar cheese - optional

Cara-caranya
Tos kering udang/sotong. Celup dlm telur yg dicampur sikit garam (kalau skip yg ni, garam tu gaul dlm tepung). Gaul sebati udang dengan tepung. Goreng dan ketepikan.
Panaskan 2 sudu butter, masukkan susu cair, cili padi, setangkai daun kari.
Tambah garam dan sikit air jika suka berkuah. Masak sehingga mendidih.
Masukkan sotong/udang yg digoreng tadi...
Akhir sekali masukkan kepingan cheese, agak2 dah melt tu boleh lah tutup api dan hidangkan. Lauk ni sedap dimakan ketika masih panas. So seeloknya dekat time nak makan baru masak tau ;)



Note: 
Kalau letak cheese, kena lebihkan sikit air tapi kuah tu biarla tak terlalu pekat/cair dan terus hidangkan/makan.


4 comments:

  1. oh nampak sedap ni...sikit sikit nak serupa ketam telur masin jugak kan...minus ketam n telur masin lah :))

    ReplyDelete
    Replies
    1. mck .. bila u habaq, terus ai pi belek resepi ketam telur masin sbb baru sekali je pon buat. ye la, bahan2 agak nak serupa. Tapi kalau dr segi rasa mmg ada beza, mainly sbb mcm u kata lah .. hat tu ada telur masin, yg ni xdak (^_^)

      Delete
  2. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  3. Tiene un aspecto muy bueno me encanta ,abrazos y abrazos..

    ReplyDelete

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...