Friday, April 11, 2014

Pizza


Sejak angin rajin uli roti tu datangkan, tetiba rasa nak makan pizza homemade. Kali ni saja nak try resepi pakcik Jamie, tapi I xde stok semolina flour tu pun kat rumah, even bread flour pun dah lama xbeli. Nak keluar malas, tapi nak juga buat masa tu. Jadi pakai je la tepung gandum serba guna. Sedap dan menjadi juga. Best gak resepi pakcik ni, senang je. Pizza tu pun lembut and gebus je. Lain kali nak kena try buat guna semolina & bread flour pulak la nanti.

Untuk sos pizza, I selalunya pakai tomato puree or Sos Spaghetti Kimball (trust me, sos ni sedap tau ... xyah cari Prego dah. murah pulak tu dr cik Prego) - I biasa guna either Bolognese or Bawang & Selasih ... dua-dua pun best. As for the topping tu selalunya beef pepperoni, cherry tomato, bawang holland & mushroom. Yang kat atas tu I cmpak gak baki sos merah Baked Pasta I buat hari tu ... so ada la small chunks of minced meat dlm tu. Double sedap ;) Then for the cheese I tabur mix of parmesan, cheddar dan mozarella. 

So here's the recipe based on apa yg I buat ye.


PIZZA DOUGH
Adapted from: Jamie Oliver
(Menghasilkan: 2 large pizza - size 24cm)

500g tepung gandum/tepung roti
1/2 sudu teh garam
7 g yis kering
1/2 sudu besar gula kastor
2 sudu besar extra virgin olive oil
325 ml air suam

  1. Ayak tepung dan garam, buatkan lubang ditengah-tengahnya.
  2. Campurkan yis, gula dan olive oil ke dalam jug berisi air suam, biarkan sebentar then tuangkan ke dalam lubang tadi. Perlahan-lahan gaulkan tepung dan terus menguli hingga menjadi doh yg licin dan elastik. - I campak semua bahan dalam mixer & biar je mesin yg menguli ;)
  3. Rehatkan doh yg dah siap tadi. Tabur sedikit tepung ke atasnya, tutup doh dgn kain lembap dan biarkan dlm 1 jam sehingga doh naik 2 kali ganda.
  4. Keluarkan doh tadi ke atas meja kerja yg dah ditabur tepung, tumbuk-tumbukkan untuk buang angin. Doh ni boleh digunakan terus; atau simpan di dalam peti sejuk (or freezer) dgn dibalut ke dalam cling wrap.
  5. Jika nak guna terus, bahagi-bahagikan doh tadi dan boleh lah dicanai mengikut saiz pizza yg dikehendaki. 
  6. Sapukan sos pada base pizza, tabur topping dan all the cheese, kemudian bakar.
**Note:
  1. Adalah lebih baik untuk mencanai pizza 15 - 20 mins before kita nak memasaknya. Jangan biarkan doh yg dah dicanai terbiar beberapa jam tanpa dibakar. 
  2. Jika hendak menyediakan terlebih awal, pizza yg dah siap ditabur topping tersebut hendaklah ditutup dgn cling wrap dan disimpan dalam peti sejuk.
  3. Sekiranya nak menyimpan doh yang telah dicanai tanpa diletakkan toppingnya terlebih dahulu; canaikan doh dlm ketebalan 0.5cm dan letakkan ke dalam bekas aluminium foil yg telah digris dgn olive oil & ditabur tepung. Doh yg telah dicanai ini boleh disusun bertingkat-tingkat, balut dgn cling wrap & disimpan dlm freezer. 

Oh ye ... Happy Belated Birthday to Alisya Hana  ni gambar I cilok from her mama (pre-birthday treat by abah ke ni?) ... kejap dah 3 tahun budak yang perasan mermaid ni dan sangat suka pink, sampai air nak minum color pink ... bila main dengan nenek dia, she jadi Barbie ...suruh nenek jadi oink oink sbb binatang tu color pink tau ... adoiii la, pity nek echah ;) ... Tengok je gambar tu, baju pink, hairband pink ... I bet, kasut pun kaler pink tu ;) More stories of her at her mama's blog if u are interested ...

No comments:

Post a Comment

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...