Skip to main content

Popiah Sayur (Iftar 15 Ramadhan 1435H)


Dah pertengahan Ramadhan ni, bertambah pening kepala memikirkan main menu untuk iftar. Kalau kuih muih tu memang macam-macam rasanya nak makan, tapi yg homemade la. Yg beli di bazaar ramadhan lebih banyak xmenepati selera, dr buat dosa mengumpat masa makan kuih tu nanti, baik la buat sendiri je ;)

 Ni salah satu kuih idaman time berbuka kat kampung last weekend. Ada suatu masa dulu mak memang asyik buat popiah ni je gara-gara tengok drama kantonis kat tv, amoi tu berniaga popiah. Dari situ juga la, dia dapat idea buat inti popiah macam ni.


POPIAH SAYUR
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

Sepeket kulit popiah
Sebatang carrot
Sebiji sengkuang sederhana besar
Segenggam udang kecil
3 - 4 ulas bawang merah - ditumbuk
2 ulas bawang putih - ditumbuk
Serbuk lada sulah & garam
Sedikit air
2 biji telur - goreng jadi scramble egg/telur hancur




Kupas sengkuang dan carrot. Potong memanjang.
Tumis bawang merah & putih hingga terbit bau, masukkan udang biar kecut sebentar dan masukkan garam & lada sulah. Kemudian masukkan carrot dan sengkuang. Tambahkan sedikit air supaya ia mudah empuk. Bila sayur-sayur tersebut dah empuk boleh lah padamkan api. 


Gaulkan scramble egg tadi bersama sayur tersebut.


Letakkan inti ditengah-tengah kulit dan gulung. Buat sehingga habis inti. Goreng popiah di dalam minyak panas. Hidangkan bersama sos cili.

SOS CILI

6 - 7 biji cili merah*
3 ulas bawang putih*
(*dikisar dengan 1/2 cawan air)
2 sudu besar cuka / sos cili
1/3 cawan gula
Garam secukup rasa

Masukkan cili yang telah dikisar bersama bawang putih ke dalam periuk. Masukkan gula dan garam. Kacau rata dan masak dengan api kecil hingga mendidih dan pekat. Tuang cuka maka, kacau dan masak sekejap lagi. Sesuaikan rasa, boleh matikan api.

Comments

  1. assalam ain,
    popia sayur memang sedap..
    anak2 akak..makan pulak kalau inti gini..atau taugeh..tapi kalau sayur nya dimasak lain seperti sayur lodeh or taugeh goreng..jgn harap dia org makan...;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. waalaikum salam kak ayu, haha ... tu la kan ... nak kena kreatif kita umpan budak-budak makan sayur ni. Mmg letak taugeh pon sedap dlm popiah.

      Delete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Tteokbokki

Tteokbokki a.k.a kek beras pedas antara street food yang sangat popular di Korea. Disebabkan anak-anak suka sangat makan masakan korea, kita pon ambil peluang la belajar memasaknya. Kali ni kita nak share cara masak Tteokbokki ni. Tak la susah mana pon nak buat. Di sekitar Ampang Avenue memang banyak mini market korea jadi x susah nak cari bahan-bahannya. Insya Allah bahan-bahan yg saya share kan di sini di jamin halal.
TTEOKBOKKI(my-sweetthots.blogspot.com) 1. Tteok (Korean rice cake)

2. Kek ikan (fish cake)
3. Telur rebus 4. Ikan bilis 5. Tangleweed 6. Bawang putih 7. Korean chilli paste (gochujang)  8. Serbuk cili Korea

9. Cili padi (kalau nak pedas) 10. Gula
1. Hiris bawang putih halus2. 2. Rebus air dengan ikan bilis & tangleweed untuk dijadikan stok. Setelah mendidih, tutup api & biarkan stok tersebut selama 10 minit. Buang ikan bilis & tangleweed tadi. 3. Rebus tteok (Korean rice cake). Pastikan tteok tidak melekat. Selepas masak, buang air rebusan.  4. Simbah ke…

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 
Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.
SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering)Resepi: ain sweetthots
Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat Kunyit dan garam secukup rasa Bawang besar holland - potong bulat Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada Kacang panjang - optional Minyak

Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam k…