Wednesday, July 16, 2014

Roti Jala & Kuah Durian (Iftar 16 Ramadhan 1435H)


Roti jala ni pon selalu menjadi idaman di bulan Ramadhan. Bila makcik buat kuah durian (org lain biasa panggil pengat durian) kat kampung hari tu, kami tapau sikit bawa balik Ampang. Mak kata, nanti buat la roti jala ... dia nak makan dgn kuah durian ni. I buat double adunan kat bawah ni, dapat la dlm 35 keping kot. Haziq request nak makan dgn kuah kari, tapi mummy nya ni xdan nak layan ;)


ROTI JALA
Source: K.Ummi Kuantan
  
2 cawan tepung gandum
2 cawan air
1 bj telur
1 sudu kecik garam halus
beberapa titik pewarna kuning
 
Masukkan semua bahan ke dalam blender dan blend hingga semua sabati.
Perapkan selama 1/2 jam .
Panaskan kuali dgn api sederhana.
Sediakan kuali leper non-stick dan masukkan kedalam acuan roti jala.
Tebar/kirai adunan atas kuali.
Biarkan hingga roti jala tu masak.
Angkat dan gulung/lipat ikut citarasa masing2

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...