Thursday, August 7, 2014

Karipap Roti Inti Sardin


Resepi sempoi je ni tapi kadang-kadang kita pon xterfikir ... kan, cetusan rasa my friend si Zuera tu. Dia bercerita kat our telegram group sampai semua org pon terliur nak buat wpun bahan-bahannya yg biasa-biasa aje. tapi seriously memang sedap roti ni, sbb ia rangup diluar, lembut je dalamnya.

Masa raya kat kb baru ni, tak tau nak breakfast apa. I kena kerja, so x follow la hubby & kakak ipar keluar breakfast. Teringatkan karipap ni, terus la buat. Habis sebuku roti, licin ;) Pekena pulak dgn segelas teh tarik uolss ... alhamdulillah ... memang marvellous lah. Anak buah lalu kat tepi pon buat xpandang je ... hehe ...

Inti sardin tu terpulang la pada selera masing-masing. Kalau xboleh makan yg xmasak, masak la dulu inti tu macam buat sambal sardin. I ni, dua-dua pon ok, kalau rajin je baru I masak inti tu. Anak-anak & hubby pon xkisah, tu yg best ... sonang kojo den ;)


KARIPAP ROTI INTI SARDIN

Sebuku roti
1 tin sardin saiz sedang
1 labu bawang besar - didadu kecil
2 - 3 biji cili merah - didadu kecil
3 - 4 limau kasturi - diambil jusnya
garam secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung gandum & air - sebagai pelekat
Penggelek
 
Inti:
Sardin dituang ke dalam mangkuk, dibuang tulang & perutnya; kemudian dilecek. Masukkan sekali sos sardin tadi bersama dengan bawang, cili merah & jus limau kasturi. Tambah garam & sesuaikan rasanya.

** Jika xsuka inti yg sebegini, boleh la dimasak terlebih dahulu spt membuat sambal sardin.


Ambil sekeping roti, gelek dgn penggelek hingga nipis. Jika suka, boleh dibuang bhgn tepi roti terlebih dahulu. Letak inti ditengah-tengah,sapukan bancuhan tepung dikeliling tepi roti dan lipat memanjang atau segi tiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu. Goreng dlm minyak panas sebentar sehingga roti bertukar keperang-perangan. Sangat sedap dimakan ketika masih panas/baru dimasak sbb roti masih rangup diluar & lembut je didalamnya.

** Selain dr goreng begini, boleh juga kita pelbagaikan dgn mencelup roti ke dalam bancuhan tepung goreng rangup segera atau yang ini.


With Zuera & her four princesses yg datang beraya ke Masjid Tanah. Thanks so much for dropping by ;) Dia was on the way balik Penang dr rumah MIL kat Batu Pahat.

3 comments:

  1. SHRMZB wat ain sekeluarga ye! time raya ni..dapat roti sardin cenggini pun dah best woo!!

    ReplyDelete
  2. Halo Bloger Makanan! Gabung yuk!! di myTasteIndonesia.com!!!

    Banyak blog yang telah menjadi anggota dan mendapatkan keuntungan dari publikasi di situs kami. Tambahkan blog Anda di link ini: http://www.mytasteindonesia.com/tambahkan_blog_anda

    Bila ada pertanyaan jangan sungkan untuk hubungi kami di:
    info@mytasteindonesia.com

    Terima kasih,
    Salam myTaste Indonesia,
    Immanuel Kabuhung

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...