Assalamualaikum .. fuh almost a year ni xde perkongsian kat sini. Ada juga la I main masak-masak but tak sempat nak share anything here. Busy je sejak main sistem insurans nih. Roti ni I buat kat kampung during CNY holiday recently. Before lupa I better keep the recipe here for future reference. Got it from my aunty yg teringin sangat nak makan roti paung. Siap carikan resepi tapi bila tanya dia kata dah lupa la ambil kat mana.
Sedap juga hasil roti ni tapi my family kata kurang manis dan a bit tawar. Supaya xlupa I adjust siap-siap resepinya ye. 1 recipe ni calls for 16 buns. So I made 3 batches to cater ahli majlis yang ramai tu.
ROTI PAUNG
Sumber: Unknown
500g tepung gandum / tepung roti
1 paket 11gm yis
1 biji telur
2 sudu marjerin
3 - 4 sudu besar susu pekat manis
300 ml air suam
1 cawan gula
Larutkan yeast dan gula dalam air suam dan biarkan berbuih.
Dalam mangkuk adunan campurkan, garam, tepung gandum, marjerin, susu pekat manis dan kacau sebati.
Masukkan campuran yeast ke dalam mangkuk adunan dan kacau sedikit dengan sudu supaya kurang tahap melekat kat tangan.
Uli sehingga lembut dan doh tak lekat di tangan. Biarkan doh naik sekali ganda
Bila doh dah naik, tumbuk2kan supaya keluar anginnya. Bentukkan doh sebesar buah langsat dan susunkan rapat di dalam loyang
Bila rasa dah puas uli, biarkan doh naik 2x ganda
biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.
Sementara menunggu doh naik ON kan oven anda.. Setting 180-200C api atas bawah.. (adjust suhu ikut oven anda ..my oven suhu ni).
Make sure oven panas baru masukkan loyang. Time bakar dalam
15- 20 minit.
Roti paung yang asli hanya kosong begitu sahaja. Tapi untuk memenuhi permintaan budak-budak, ada yang I taburkan cheese dan gula on top.
Yang ni pulak my aunty request tabur bijan dan gula.
No comments:
Post a Comment