Tak menahan betul tengok nasi lemak Kak Ayu hari tu maka kita pon buat juga weekend lepas. Gandingkan dengan sambal sotong. Telur rebus tu mmg saja nak buat tengah cair gitu, baru terangkat makan ;)
Kali ni kita test pulak masak nasi lemak guna periuk Noxxa. Memang puas hati betul, sap sap sui dah siap ... pantas, sedap, beras pon cantik berderai & tak lembik.
Sejak ada noxxa ni banyak masa yg boleh dijimatkan ketika memasak. Macam nasi lemak ni, dalm 5 minit je dah siap masak. Bahagia hidup mak sekarang tau.
NASI LEMAK gaya Noxxa
5 cawan beras - cuci bersih & toskan
3 1/2 cawan air
2 1/2 cawan santan
3 sudu teh garam
Halia
Bawang besar
Daun pandan
Masukkan beras & bahan-bahan lain ke dalam periuk. Putar tombol pengawal tekanan kepada HIGH PRESSURE. Tekan High pressure 3 minit. Selepas bunyi beep, putar tombol kepada STEAM untuk mengeluarkan wap dan membolehkan tudung periuk dibuka. Tekan butang OFF. Tanggalkan tudung periuk dan nasi lemak sedia untuk dihidangkan.
tengok sambal sotong tu sedapnya...
ReplyDelete;) kegemaran anak2 tu zila.
Deletesalam singgah.. ajaib masakan bila dah ada periuk noxxa.. mudah kan. hii... lamanya tak makan nasi lemak dengan sambal sotong ..
ReplyDeletehaha kan wani, mmg ajaib periuk noxxa ni, satu inovasi yg sgt cerdik ... dgn noxxa semuanya mudah .. ehehe ... btw congrats wani dpt prize from buttercup
Delete