Skip to main content

Biskut Cornflakes


Another favorite cookies yg mesti nak buat time raya. Tak sempat nak buat kat kl ... maka minggu yg I balik before balik kb tu sempat la selit buat ... tapi xbuat banyak pon sbb bahan xcukup. Jadi la buat lepas kempunan ... nak beli yg tunjuk2 punya memang gerenti xjumpa la sekut cornflakes style ni ;)

Resepi ni dapat dari 2 pupu mak, nama timangannya Mak Ngah Che Empah ... dulu di zaman mudanya gigih meniaga biskut raya buat sendiri. Ni antara yg popular.

BISKUT CORNFLAKES
(Sumber: Mak Ngah Che Empah)

4 oz gula halus
10 oz tepung mazena
2 biji merah telur
8 oz cornflakes (atau ikut suka nak kurangkan sikit ke) ~ diramas2 / tumbuk kasar
6 oz mentega
1 penutup esen vanila

Pukul gula & mentega & telur hingga kembang. Masukkan tepung dan cornflakes. Bentukkan biskut & bakar pada suhu 180 C selama 15 - 20 min.


Ramadhan tahun ni my 2 boys tolong sepupu I yg baru kawin lepas raya hari tu mengecat pagar. Excited depa sebab xpenah buat. Boys lain mana ntah pergi time ni. Kalau x rasanya kemain meriah la ... lagi banyak bercakap dari buat keje.

Mengecat pagar rumah nekyang(masih ada lagi masa ni) ... :(

Bakal pengantin pon turun padang cat grill dapor rumah maknya ...

Comments

  1. Buat biskut raya masa duduk dgn mak je dulu sebelum kawin, lepas tu hilang kesabaran menguli, mengeroll, menerap, membakar, menunggu dll... Aiisshh rindu biskut cornflakes

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha ... hilang kesabaran ye .. I masih suka buat lagi but kalau dulu boleh buat byk jenis, now 3-4 jenis je ... hehe

      Delete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

TAJWID: Cara Bacaan Hamzah Wasal dipermulaan ayat

Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula  melalui groups WhatsApp sejak pertengahan tahun lepas kalau xsilap. Bila dah berkumpul tu walau pun di alam maya memang kecoh sampai kadang-kadang beratus-ratus message yg masuk, ada yg hphone hang, ada yg keneneng nak baca celoteh yg macam-macam dr drama akasia, cerita shopping sampai la ke hal mesin basuh, piuk belanga semua. At last, kami bahagi-bahagikan group ikut kategori, memasak, biz, kasih sayang, jalan-jalan dan general. Tu pun kadang-kadang xsedar diri tersasar dari landasan ;). Tak ketinggalan, selain group menceceh, kita buat juga group mengaji. Syukur, alhamdulillah. Banyak manfaatnya, in sha Allah. Semoga kami semua istiqamah.
Seronok juga group mengaji kami walau pun sekadar di alam maya. Dapat juga kongsi ilmu sedikit sebanyak tentang hukum tajwid didalam Al-Qur'an melalui mereka yg berpeluang pergi belajar mengaji dengan ustaz. I terpa…

Tteokbokki

Tteokbokki a.k.a kek beras pedas antara street food yang sangat popular di Korea. Disebabkan anak-anak suka sangat makan masakan korea, kita pon ambil peluang la belajar memasaknya. Kali ni kita nak share cara masak Tteokbokki ni. Tak la susah mana pon nak buat. Di sekitar Ampang Avenue memang banyak mini market korea jadi x susah nak cari bahan-bahannya. Insya Allah bahan-bahan yg saya share kan di sini di jamin halal.
TTEOKBOKKI(my-sweetthots.blogspot.com) 1. Tteok (Korean rice cake)

2. Kek ikan (fish cake)
3. Telur rebus 4. Ikan bilis 5. Tangleweed 6. Bawang putih 7. Korean chilli paste (gochujang)  8. Serbuk cili Korea

9. Cili padi (kalau nak pedas) 10. Gula
1. Hiris bawang putih halus2. 2. Rebus air dengan ikan bilis & tangleweed untuk dijadikan stok. Setelah mendidih, tutup api & biarkan stok tersebut selama 10 minit. Buang ikan bilis & tangleweed tadi. 3. Rebus tteok (Korean rice cake). Pastikan tteok tidak melekat. Selepas masak, buang air rebusan.  4. Simbah ke…

Sotong Goreng Kunyit (versi kering)

Lama dok berhibernasi, tetiba keluar tayang sotong goreng kunyit je? Hehe ... Actually ada beberapa orang member pernah tanya, macamana I buat sotong goreng kunyit. Sebab katanya, bila dia goreng minyak meletup2 lak. So bila I buat satu hari tu, teringat la nak share kat sini. Tu yang beriya-iya pulak snap gambar .. ;) 
Tak tau nak kata, ni versi Kelantan ke or Siam, so I panggil versi kering je lah. Before kawin dengan my darling, x rajin pon buat style gini sebab dr kecik biasa makan yg jenis basah berkuah. Bila dah kawin, balik kelantan selalu tengok dan makan kakak ipar goreng style ni terus jatuh cinta gitu.
SOTONG GORENG KUNYIT (versi kering)Resepi: ain sweetthots
Sotong secukupnya - cuci bersih dan potong bulat Kunyit dan garam secukup rasa Bawang besar holland - potong bulat Cili hijau siam - xde, ain ganti dgn cili merah. Cili hijau siam lg best .. biasa diguna buat solok lada Kacang panjang - optional Minyak

Gaul sotong dengan garam dan kunyit secukupnya. Masukkan ke dalam k…