Kalau menjejakkan kaki di bandar Seremban, apa kata singgah lunch kat kedai Nasi Ayam Kak Lina di Taman Ampangan ni. Waze jer, insya allah ditunjukkannya jalan dengan selamat. Lupa pulak nak snap menu nya untuk tatapan korang buat pilihan siap-siap ;).
Balik dari ambil Hafiy sebab cuti sekolah seminggu, kami singgah makan kat sini. Actually this is our second time here selepas cousin ku Alia (baru je bersalin his 2nd boy ahad lepas) bawa sometime last year waktu kami melawat Wo Alang yang tinggal dekat taman tu. Punya la tamak sebab masing-masing lapar, order ayam seekor terus ... haha. Nasib baik habis.
Kalau datang lagi tu, maknanya sedap la kan. Overall pada I, rasanya semua sedap. Tapi untuk nasi dia tu, I kurang puas hati sikit la sebab I prefer if beras dia berderai macam nasi arab or nasi ayam The Chicken Rice Shop (TCRS).
Yang specialnya nasi ayam kat sini ialah dia ada hidangan sampingan taugeh goreng macam TCRS. Selain sup ayam kosong, kita akan dihidangkan juga dengan sup fish ball.
Bagi yang inginkan kelainan boleh la order Nasi Itik atau Nasi Angsa pula. I belum try lagi, jadi tak dapat ler nak komen.
Harga hidangan kat kedai Kak Lina ni reasonable la.
1 ekor ayam }
4 pinggan nasi }
1 pinggan tauge }
3 gelas Teh O ais } kosnya rm75.
Kami datang tu hari Jumaat, ada pisang & Chinese tea diletak atas meja dan diberi secara percuma kepada para pelanggan.
1 ekor ayam }
4 pinggan nasi }
1 pinggan tauge }
3 gelas Teh O ais } kosnya rm75.
Kami datang tu hari Jumaat, ada pisang & Chinese tea diletak atas meja dan diberi secara percuma kepada para pelanggan.
No comments:
Post a Comment