Hi everyone ... I'm back in KL ... safe and sound. Seronok dpt balik ke sarang jumpa doubleH yg dh 10 hari kena tinggal ... tp hati tu kdg2 macam masih ada saki baki yg tertinggal kat sana ... haha Macam mamai2 je lagi, 1-2 hari ni. Mata asyik nak terkatup jer. Masa bercuti aritu ... masuk section ni, rasa nak fengsannn meroyan ... pakkal dh takde ruang nak sumbat lagi. Pandai my laling, xmo beli luggage bag yg tgh offer baik punya aritu ... kalau x dah i angkut mangkuk batu ni serba satu serba berdiri lah ;)
Monday, January 27, 2014
Wednesday, January 15, 2014
Kuzi Daging
Morninggg ... sebelum I bercuti panjang esok, pagi ni I nak share resepi Kuzi pulak. Masa hubs bawa balik daging korban hari tu memang teringat-ingat nak buat kuzi sebab lama dah x makan. Dua minggu lepas baru terlaksana. Adik pun ada bagi rempah Kuzi dia beli masa balik Kelantan hari tu. Resepi ni my kakak ipar yang ajar. Memang sedap lah. Dia memang biasa ambil upah masak lauk pauk kelantan.
KUZI DAGING
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com
1 kg daging - dipotong kecil
Halia sebesar ibu jari kaki - mesin
5 ulas bawang putih - mesin
Bahan yang dimesin ditambah garam dan digaulkan dengan daging yg telah dipotong. Perap sebentar dan digoreng, tak perlu garing.
Bahan A:
2 ulas bawang putih - mesin
Halia sebesar ibu jari tangan - mesin
2 - 3 ulas bawang merah - mesin
Bahan B:
2 labu bawang besar (mentah) - mesin
2 labu bawang besar (dimayang dan digoreng dahulu) - mesin
1 1/2 sudu besar rata rempah kuzi
1/2 tin kecil tomato puree / sos tomato
1/4 tin susu cair
2 sudu besar susu pekat manis
Sedikit badam, gajus dan kismis - digoreng
* sukatan susu cair & susu pekat tu diberi as guide je. Pandai-pandai la adjust ikut suka ;)
Tumis bahan dimesin (A) hingga garing dan masukkan rempah kuzi. Bila dah garing/naik bau, masukkan air. Kemudian masukkan tomato puree, susu cair, susu pekat manis dan sedikit garam. Masukkan bahan dimesin (B) dan daging tadi. Akhir sekali masukkan badam, gajus dan kismis yg telah digoreng dahulu. Seimbangkan rasa kuah (patut ada rasa masam & manis) Masak sebentar hingga mendidih dan boleh dihidangkan dengan bun kosong, roti jala atau pun nasi.
Friday, January 10, 2014
Gulai Tempoyak Pucuk Ubi
Here's my family all-time favourite lauk tempoyak. Keluarga kami panggil hidangan ni Lauk Tempoyak tapi nak bezakan dengan negeri2 lain, I bagi la nama Gulai Tempoyak Pucuk Ubi. Bukan x masuk sayur-sayur kampung yg lain, tapi pucuk ubi kayu tu adalah portion nya adalah lebih berbanding sayur-sayuran yg lain. Daun-daun lain xboleh diletak banyak, nanti akan beri rasa yg kelat/pahit pulak.
Time kenduri kat rumah nenek kat kampung, lauk ni dah semestinya la jadi menu wajib. Tapi masa lain pun kalau ada stok tempoyak, memang masak jugak. Dah tu bila masak, memang x hengat la. Mau sepiuk hentak. Ye lah, nanti nak bagi dak tu, dak ni ... nak hulur sikit kat orang dulu, orang dilir ... orang kek ampang, kajang laei ... merata la lauk
tempoyak ni sampai. Biasanya kat kampung memang lebih teruja nak memasak lauk ni sebab pucuk-pucuk daun tu ada je tanam kat sekeliling rumah. Assistant pun ramai nak tolong meraciknya nanti, waima kalau balik kg memang xde keje lain, masak ... makan, masak ... makan je la, complete 5 meals satu hari ... sambil dok menyonggey yo .. hehe ...
Ini cara kami la ... cara orang melaka ... mungkin ada beza sikit dengan orang negeri sembilan. Macam ada sestgh orang, masuk daun labu juga dlm lauk ni.
Ni ler rupa daun mangun
GULAI TEMPOYAK PUCUK UBI
3-4 senduk tempoyak
2-3 ikat pucuk ubi
5-6 helai daun kaduk - rupa mcm daun sireh
5-6 helai daun mangun
8 helai daun kunyit
4-5 papan petai - dikikis bahagian luar kulitnya dan direndam dalam air garam, boleh juga buang terus kulit jika x suka
3 batang serai
1 genggam ciliapi - blend halus dgn sedikit kunyit hidup
Santan dari 2 biji kelapa
3-4 batang cili hijau merah - dibelah dua
Garam dan gula jika perlu
Semua daun diracik halus. Kemudian daun-daun ini dicuci dgn garam dgn meramas-ramasnya untuk membuang rasa kelat pada daun. Campurkan petai, tempoyak serta cili api yg diblend tadi dan satukan kesemuanya ke dalam periuk
kedlm periuk. Masukkann santan, jerang atas api hingga
mendidih. Tambahkan belahan cili hijau/merah. Rasakan garam, gula dan jika perlu boleh tambah tempoyak sesedap rasa. Masak sebentar lagi dan boleh lah ditutup api.
** Lauk tempoyak ni memang sedap sangat jika digandingkan dengan ikan goreng dan ikan masin. Dapat nasi panas-panas, walla ... kadang-kadang yg baru masak tu, I ambil semangkuk, makan macam tu jer ... mcm org hirup sup ;) Yang perangat esok hari tu lagi sedap, buat cicah dengan cekodok kosong, lempeng ke or roti ... memang boleh hancur diet.
Wednesday, January 8, 2014
Lompang
Lompang merah, lompang biru,
You marah, I kasi lompang sama you ;)
I'm in my malehhh mood ... biar la gambar ni yang bercerita ye ;)
Friday, January 3, 2014
Cheesekut
Jumaat datang lagi. Cepat betul masa berlalu, sekejap je kita dah masuk tahun baru ye. Ok la, ni my first entry untuk 2014 tapi dibuat Dec 2013 tau ;). Dessert ni saja I buat masa family abang ipar I datang cuti Krismas hari tu ... nak jamu my niece yang preggie. Of course sedap kan sebab ada cream cheese, dorang pun suka sangat. Tak sedar, sebekas boleh habis in one sitting ;) First time I tried cheesekut ni kat rumah my aunty, anak dia Alia yg buat and it reminds me of Kek Lapis Cheese Persona yang I pernah buat dulu. Sama je rasanya ... tapi yang ni ada rasa masin-masin sikit sebab biskut yg digunakan tu mmg jenis yg masin macam biskut Torch jenama Julie's tu.
CHEESEKUT
1 paket biskut Deluxe Crackers
Sedikit fresh milk
3-4 sudu susu pekat manis ikut suka
250gm cream cheese
3-4 sudu susu pekat manis ikut suka
250gm cream cheese
Sedikit lemon juice
Biskut oreo tanpa cream/nestum - blend halus untuk ditabur
- Pukul cream cheese guna mixer sehingga kembang (jadi lembut & warna bertukar cerah sikit). Kalau takde mixer, guna blender pun boleh.
- Masukkan 3-4 sudu susu pekat manis. Tuang sikit-sikit. Rasa dulu, kalau kurang manis baru tambah lagi. Masukkan sedikit perahan lemon. Gaul sebati dan tambah sikit fresh milk anggaran 2-3 sudu. Tengok kepekatan bancuhan tu. Jangan terlalu cair sebab nanti kek jadik lembik susah nak potong dan jangan terlalu pekat sangat nanti susah nak disapu.
- Ambil sekeping biskut dan celup dalam fresh milk, bukannya rendam tau. Dah celup tu terus susun dalam bekas.
- Then lapiskan dengan bancuhan creamcheese tadi. Tak payah tebal sangat, nanti rasanya akan jadi terlalu masin. Cukup sekadar menutupi. Taburkan sedikit serbuk oreo, berselang satu lapisan (in e.g. lapisan 1 dan 3).
- Then lapis lagi biskut2 yang dah dicelup atasnya plak. Ulang lagi sampai habis bancuhan cream cheese tadi.
- Atas sekali mesti lapisan cream cheese dan taburkan serbuk oreo. Simpan dalam peti ais. Biarkan dalam peti ais sehingga keras sikit supaya senang dipotong.
Subscribe to:
Posts (Atom)
Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui gr...
-
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Morninggg ... sebelum I bercuti panjang esok, pagi ni I nak share resepi Kuzi pulak. Masa hubs bawa balik daging korban hari tu memang ...