Wednesday, March 30, 2016

Brownies Cik Enon


Resepi brownies yg I minta dari girlfriend my friend Azhari suatu masa dulu (now dah jd wife .. Dr Shahida yg pernah masuk masterchef Season 2) Actually Azhari brought the brownies to office & shared it with Zatur & I. I then requested for the recipes after knowing that it was made by his girlfriend Cik Enon (nama manja Azhari bg ler ni). A wonderful recipe, memang memikat.

BROWNIES CIK ENON
 
115g mentega (unsalted – kalau salted tak perlu tambah garam)
200g gula halus
2 biji telur (besar)
1 sudu teh vanilla esen
30g serbuk koko
60g tepung gandum
¼ sudu teh garam
¼ sudu teh baking powder
½ – 1 cawan penuh chocolate chips (campur plain choc chips + white choc chips mengikut citarasa)

1. Panaskan mentega sehingga cair dalam periuk atau microwave.
2. Tuangkan gula ke dalam satu mangkuk besar. Curahkan mentega yang telah cair tadi ke dalam bekas yang mengandungi gula tersebut dan kacau sehingga sebati.
3. Dalam satu mangkuk kecil yang berasingan, pecahkan telur dan gaulkan bersama vanilla esen. Kemudian tuangkan ke dalam bekas yang mengandungi mentega dan gula tadi.
4. Panaskan ketuhar pada suhu 175 darjah celcius.
5. Ayak tepung bersama serbuk koko dan serbuk penaik ke dalam satu mangkuk berasingan. Setelah selesai, tuangkan campuran ke dalam mangkuk besar yang mengandungi bahan-bahan lain. Gaulkan sehingga sebati dan menjadi adunan yang pekat.
6. Tuangkan chocolate chips ke dalam adunan dan gaul sehingga bercampur mesra.
7. Masukkan loyang berukuran 8 x 8 inci yang telah di alaskan dgn kertas minyak/mahjong dan disapu dgn minyak atau mentega ke dalam ketuhar selama satu ke 2 minit.
8. Tuangkan adunan ke dalam loyang dan bakar selama 20 minit. Sekiranya tidak menggunakan loyang berukuran 8 x 8 inci, uji sama ada adunan telah masak atau tidak *
9. Keluarkan loyang daripada ketuhar dan biarkan sejuk sebentar.
10. Apabila sudah tidak begitu panas, masukkan ke dalam peti sejuk beku selama 45 minit hingga sejam.
11. Keluarkan daripada peti sejuk beku dan keluarkan brownies yang telah masak daripada loyang. Buangkan kertas pada bawah brownies dan potong mengikut citarasa masing-masing.

*Buka ketuhar dan tarik loyang keluar sedikit. Cucukkan lidi ke dalam adunan sehingga ke dasar loyang, kemudian tarik keluar. Brownies telah cukup masak sekiranya lidi tadi kelihatan berminyak dan mempunyai sedikit adunan coklat. Sekiranya lidi penuh diselaputi coklat, adunan belum cukup masak. Sekiranya bersih, adunan terlebih masak.

**Tips - Lebih mudah sekiranya menggunakan loyang yang boleh dikeluarkan dasarnya seperti yang digunakan untuk membuat cheesecake 


Tuesday, March 29, 2016

Agar-agar Taufufa


Cerita lama yang diangkut dari fotopages. Almost lupa pada pencuci mulut yg sedap ni. Dessert ni kita buat dulu masa birthday Hafiy, sesuai la dengan selera Hafiy time tu yang memang suka laici. Any makanan yang sejuk-sejuk & membelai lidah ni memang my 3 heroes punya favourite. Dorang ni kalau ada this type of food, kejap-kejap buka fridge. Fridge tu kalau boleh bercakap agaknya, mesti komplen sakit sendi. Cubalah, memang nyaman je masuk tekak, lembut ala-ala taufufa. Yang ni I served with longan, sedap... 

 AGAR_AGAR TAUFUFA
(Sumber: Noormasri)

12 gm serbuk agar-agar
10 cawan air
1 tin susu cair
1 cawan gula
2 tin laici

Masak agar-agar bersama air hingga larut.
Masukkan susu cair dan gula. Tunggu mendidih seketika.
Tuangkan adunan ke dalam acuan/mangkuk kecil. Sejukkan
Semasa menghidang, letakkan sirap dalam laici dan buahnya sekali.

**Nota: Agar-agar ini memang lembut ala-ala taufufa, tak sesuai dipotong. 

Friday, March 25, 2016

Waffle


Waffle has always been my son's favourite for snacking, jadi memang selalu la buat ... I bet bukan budak-budak je yang suka, kan .. orang tua pon layan gak, dapat pulak yang crispy kat luar & lembut didalamnya. My fav filling is Peanut Butter + Nutella. The kids pon sama but sometimes they like to have it with Nutella  + Jam.

Resepi I dapat dari Kak Ummi. Kata Kak Ummi, resepi ni asalnya resepi pankek, tapi sesuai juga buat waffle. Buat pancake using this recipe belum pernah lagi sbb anak-anak solehku yg 2 orang kat rumah ni xbernafsu sangat dengan pancake ... ;)


NUTELLA WAFFLE
Resepi Asal: FP Hajar (Butter Pancake)
Diubahsuai : Ummi @ Home Sweet Home
  • 3 sudu besar butter-dicairkan
  • 1 biji telur
  • 1 cawan tepung naik sendiri
  • 1 sudu teh baking powder
  • 1 sudu besar gula
  • 1 cawan susu segar
  • 1 sudu besar jus lemon - kalau tak letak pun takpe
  • secubit garam
  1. Campurkan semua bahan, guna blender...blend sebati
  2. Biarkan adunan selama 10 minit**
  3. Tuangkan sesudu adunan dlm kuali non stick yg tlh panas. (kalau nak wat waffle, just tuang dlm waffle maker je la eh, tunggu hingga lampu hijau turn off, angkat laa....sapu apa2 filling disukai)
  4. Balikkan adunan bila nampak permukaannya berbuih
  5. Biarkan seketika, bolehlah diangkat.

Tuesday, March 22, 2016

Cookies N Cream Cheesecake


Resepi lama sangat-sangat dah buat. Angkut dari fotopages sebab fotopages ni macam dah x stabil je. Kadang-kadang nak access pon xdapat, server unavailable memanjang.

Memang worth trying & definitely a keeper Tak caya, sila la cuba ye.  I dapat dari makcik kantin dulu.

COOKIES 'n' CREAM CHEESECAKE
(Source: Celebrity Chef's Cookbooks-Cheesecake Seduction)

 

Base
100 gm butter, diced
170 gm digestive biscuits, crushed
30 gm brown sugar
30 gm cocoa powder, sifted
50 gm cornflakes, crushed
40 gm almond flakes

- Heat butter in pan and add all the other ingredients.
- Fry till fragrant and press in 23 cm false bottom cake pan
- Cover cake pan & refrigerate for at least 30 minutes


Notes: In replacement to the dry ingredients, you can use leftover biscuits (samperit, almond, cornflakes etc), crushed and kept frozen. 


Filling:
500 ml thickened cream (i used whipped cream)
80 gm icing sugar
2 tsp vanilla
1 1/2 Tbsp gelatine powder dissolved in 80 ml water
250 gm mascarpone cheese ( I use normal cream cheese)
100 gm Chocolate sandwich cookies, quartered

- Whisk thicken cream, icing sugar and vanilla until mixture thickens
- Pour gelatine, mix well and add mascarpone cheese.
- Stir in cookies using spatula.

Pour filling onto biscuit base. Cover and refrigerate, possibly overnight. 

Kacang Kuda Sira Pedas


KACANG KUDA SIRA PEDAS
(Sumber: Kak Delila MyR)


500 g kacang kuda(rebus dgn garam hingga empuk dan toskan airnya)
1 tangkai daun kari
10 sudu besar cili boh
2 ulas bawang merah (kisar halus)
2 ulas bawang putih (kisar halus)
Gula, garam dan MSG secukup rasa
2 sudu besar air asam jawa
4 sudu besar minyak
Sedikit air

Panaskan minyak. Tumis bawang merah, bawang putih dan daun kari hingga wangi.Masukkan cili. Biarkan hingga pecah minyak.Masukkan sedikit air.Tambahkan air asam jawa, gula, garam dan MSG.Masukkan kacang kuda dan masak hingga kering.Siap utk hidangan.
* tak letak MSG, tp ganti gula 

Monday, March 21, 2016

Mini Pavlova to satisfy our sweet tooth


There are times yang kita sekeluarga akan asyik kemaruk nak makan dessert ni. Pavlova ni dah a few months back gak buat but this time around I used a different recipe dari I shared before. Bila time kemaruk tu, memang asyik repeat buat la sampai puas baru berhenti ... ehehe .. Walaupun I memang xminat benda-benda manis nih, bila tang pavlova ni memang exceptional lah .. haha

Bila dah lama x update blog ni rasa kekok la nak berceloteh sorang-sorang kat sini .. rasa malu pon ada .. haha. Okey, sebelum I lost the recipe again, baik I keep it here for future reference ... Anyway kali ni I made yang mini, senang nak makan sikit-sikit, berulang-ulang kali ... ;)

PAVLOVA

180g putih telur (lebih kurang 6 biji telur)
285g / 300g castor sugar
1 1/2 tsp distilled vinegar
3/4 tbsp cornflour

Sediakan loyang. Alas loyang dengan baking paper.
Lorek atas baking paper bulatan berdiameter anggaran 10cm.
Terbalik kan kertas. Kalau ade ring bulat pun boleh juga gunakan
Panaskan oven dengan api bawah 170C, nanti bila masukkan pavlova turunkan suhu kepada 100 - 120C.

Pukul putih telur dengan kelajuan maksima hingga gebu
Masukkan gula sedikit-sedikit dan terus pukul hingga kental.
Satukan tepung jagung, esen vanila dan cuka dlm bekas kecil
Kacau rata hingga semua bahan larut.
Masukkan dalam adunan telur tadi dan gaul rata dengan spatula aje dengan kaedah kaup balik.
 

Letakkan adunan atas baking paper yg telah di buat bulatan tadi ratakan. 
Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis
Masukkan dalam oven dan bakar pada suhu 120-100C selama 1 jam hingga 1 jam 15 minit (bagi size besar) / 25 - 30 minit (bagi mini pavlova) atau sehingga permukaan pavlova kering dan keras.
Tutup oven dan biarkan pavlova dalam oven dengan pintu oven direnggangkan sedikit, sehingga ia sejuk dan kering sepenuhnya

Topping:
UHT Whipping Cream
Fresh fruits of your choice - yang masam2 better to balance the sweetness

Whipping cream di pukul dgn kelajuan maksima hingga kental
Letakkan atas pavlova tadi
Hiaskan dengan buah-buahan segar
 

Yang ni buat a week before the mini ones, masa balik kampung.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...