Thursday, August 28, 2014
Wednesday, August 27, 2014
Berries Mascarpone Cheese Tart
After been craving for fruit tart for weeks ...last week baru la datang rajinnya nak menge'tart'. Tu pon dok tunda dari sehari ke sehari .. the strawberries & blueberries i bought pon dah xberapa fresh, tu yang terus kayuh laju-laju ;) Ni pon terasa nak makan lagi la pulak bila tenung2 gambar ni ... huhu. Untuk kulit tart, I cuba the sweet shortcrust pastry shared by the kitchenguardian
Fillingnya pulak at first nak follow yg dia share juga or buat custard filling je, tapi teringat lak ada filling mascarpone cheese dlm fridge. Jadi guna yang tu je lah.
1 1/2 cup APF sifted
125g cold butter chopped
1/2 cup icing sugar
3 yolks
2 tsp vanilla
1 tbsp iced water
Rub butter with flour until crumbs were formed. Add icing sugar. Rub in the yolks one by one and vanilla and lightly knead to form a dough. Pressed the dough into tart tin, and let in chill in the fridge and heat the oven at 170C. When ready, stick the tart in the oven and turn on the timer for 25 minutes.
** I used 20 inch tart pan, jadi ada berbaki tepung tu, I buat dlm acuan tart yg kecik-kecik macam yg ni.
Resepi filling ni xberapa nak ingat sukatannya, main agak-agak je.
MASCARPONE CHEESE FILLING
ain@my-sweetthots.blogspot.com
1 bahagian butter
3 bahagian cream cheese
2 - 3 sudu gula kastor
Sedikit jus lemon & parutan kulit lemon
Ada juga yg I intikan dengan nutella sbb filling mascarpone xcukup.
MASCARPONE CHEESE FILLING
ain@my-sweetthots.blogspot.com
1 bahagian butter
3 bahagian cream cheese
2 - 3 sudu gula kastor
Sedikit jus lemon & parutan kulit lemon
Whisk butter dgn cream cheese dan gula hingga sebati. Masukkan parutan kulit lemon & jusnya. Gaul lagi sehingga sebati. Sedia untuk digunakan.
Nak assemble tart ni senang je, letak filling tu, tabur la apa buah-buah yg suka. Kalau suka coklat, boleh parut sikit kepingan coklat kat atasnya. Siap untuk dimakan, tapi kalau masukkan dalam fridge bagi sejuk kejap lagi sedap ... nyumm!
Ada juga yg I intikan dengan nutella sbb filling mascarpone xcukup.
Siakap Stim Sos Plum
Haaa ... ni lauk yang kita matched kan dgn kerabu kat bawah tu. Baru nak enter frame ;) My hubs & sons memang suka sangat siakap stim. Untuk ikan stim macam ni, resepi I sempoi je. Sayur-sayurannya pon tengok la apa yg ada kat rumah. Ni pon asalnya nak stim letak sikit sos tiram, tapi sebab dah habis I tukar la dgn sos plum. Kalau guna sos tiram pon sama je macam kat bawah ye, cuma xletak la sampai 3 sudu tu, sikit je sbb xnak rasa sos tiram tu cover rasa masam manis ikan & jus limau, mungkin sesudu or 1 1/2 sudu bergantung byk mana kuah yg I nak. Ikan stim ni sedap dimakan terus selepas dimasak, jadi kukus lah betul-betul sebelum nak makan. Biasanya untuk ikan bersaiz sederhana, dalam 1/2 jam dah masak.
SIAKAP STIM SOS PLUM
(ain@my-sweetthots.blogspotcom)
1 ekor ikan siakap sederhana besar - bersihkan, lumur garam & susun dalam loyang utk dikukus
Halia 2cm - dihiris
Sebatang serai - dihiris
Cili padi - dihiris
Sedikit daun ketumbar & akarnya - boleh omit jika xsuka, cuci bersih akarnya & masukkan skali ketika mengukus, daun nya dihiris kasar & tabur bila ikan sudah hampir masak
Cendawan
Tomato cherry
Kubis bunga / brokoli
Perahan jus limau nipis
1 - 2 biji asam boi - kalau xde, xyah letak
3 sudu besar sos plum - I guna Life brand
1/2 sudu besar sos ikan - kalau xde, xyah letak
1/2 cawan air
sedikit garam
Kesemua bahan-bahan yang dihiris termasuk akar daun ketumbar (tinggalkan daunnya utk ditabur kemudian) dan sayur-sayuran ditabur keatas ikan yg telah dicuci dan dilumur garam tadi. Bancuhkan sos plum dengan air & sos ikan & sedikit garam, curahkan ke atas ikan. Masukkan juga asam boi. Kukuskan ikan tersebut. Agak-agak dah separuh masak, curahkan perahan jus limau. Kukus lagi sehingga masak & hidangkan ketika masih panas.
Tuesday, August 19, 2014
Kerabu Tomato Ikan Bilis
I just love kerabu, be it just vege or a mix with some seafood or meat. Kerabu tomato ni salah satu cara I nak menghabiskan tomato sebelum dia lembik. Buat macam ni, kejap je licin. Kalau x, x berusik la tomato tu tergolek2 je dlm fridge x dipandang pon ;)
(ain@my-sweetthots.blogspot.com)
Tomato ~ dibuang isi tghnya, dipotong kasar-kasar
Cilipadi ~ dimayang halus
Bawang besar ~ dihiris
Daun ketumbar, jika suka ~ dimayang
Suhun, jika suka ~ dicelur masak, toskan
Ikan bilis goreng ~ ditabur begitu shj atau boleh juga disangai kering & blend halus
Tomato ~ dibuang isi tghnya, dipotong kasar-kasar
Cilipadi ~ dimayang halus
Bawang besar ~ dihiris
Daun ketumbar, jika suka ~ dimayang
Suhun, jika suka ~ dicelur masak, toskan
Ikan bilis goreng ~ ditabur begitu shj atau boleh juga disangai kering & blend halus
Kacang tanah goreng
Monday, August 11, 2014
Ayam Masak Merah
Menu iftar Ramadhan hari tu. Err .. gambar tu dah xnampak ayam ye sebab snap dalam kereta, on the way nak ke rumah mak. Kalau bukan bulan puasa, macam tak berapa nak pandang je lauk ayam masak merah ni sebab ni kira menu wajib mostly kenduri kahwin. Tapi masa puasa hari tu terasa-rasa sangat nak makan. Memang gatal sungguh kan, tekak ni. I selalu masak lauk ni ikut sedap rasa je jadi sukatan kat bawah tu lebih kurang lah ye. My secret bagi rasa lauk ni kebabom adalah dgn menambah sedikit santan or susu cair pada kuah tu ;) Cubalah, memang beri kelainan & terangkat tau.
AYAM MASAK MERAH
(ain@my-sweetthots.blogspot.com)
1 ekor ayam
Serbuk kunyit
1 labu bawang besar (dihiris bulat)
10 - 12 ulas bawang merah (dikisar)
3 ulas bawang putih (dikisar)
2 inci halia (dikisar)
2 batang serai (diketuk)
3 sudu besar cili kisar
1 biji tomato (dibelah 4)
1/2 - 3/4 cawan sos tomato
Sedikit sos tiram - optional, anggaran 1 sudu besar
Sedikit air
1/3 cawan santan/susu cair
Garam dan gula secukup rasa
Minyak masak untuk menumis
Gaul garam dan kunyit pada ayam. Kemudian goreng sehingga hampir masak.
Tumis bahan-bahan kisar dan serai sehingga naik bau. Kemudian masukkan cili kisar.
Tumis sehingga pecah minyak. Masukkan sos tomato & sos tiram jika suka. Tambah sedikit air.
Masukkan garam dan gula secukup rasa.
Masukkan ayam yang telah digoreng dan gaul sekata.
Masukkan bawang besar yang telah dihiris. Biarkan mendidih 3-4 minit.
Akhir sekali masukkan sedikit santan/susu cair. Masak sebentar dan tutup api.
Siap untuk dihidangkan.
Thursday, August 7, 2014
Karipap Roti Inti Sardin
Resepi sempoi je ni tapi kadang-kadang kita pon xterfikir ... kan, cetusan rasa my friend si Zuera tu. Dia bercerita kat our telegram group sampai semua org pon terliur nak buat wpun bahan-bahannya yg biasa-biasa aje. tapi seriously memang sedap roti ni, sbb ia rangup diluar, lembut je dalamnya.
Masa raya kat kb baru ni, tak tau nak breakfast apa. I kena kerja, so x follow la hubby & kakak ipar keluar breakfast. Teringatkan karipap ni, terus la buat. Habis sebuku roti, licin ;) Pekena pulak dgn segelas teh tarik uolss ... alhamdulillah ... memang marvellous lah. Anak buah lalu kat tepi pon buat xpandang je ... hehe ...
Inti sardin tu terpulang la pada selera masing-masing. Kalau xboleh
makan yg xmasak, masak la dulu inti tu macam buat sambal sardin. I ni,
dua-dua pon ok, kalau rajin je baru I masak inti tu. Anak-anak &
hubby pon xkisah, tu yg best ... sonang kojo den ;)
Sebuku roti
1 tin sardin saiz sedang
1 labu bawang besar - didadu kecil
2 - 3 biji cili merah - didadu kecil
3 - 4 limau kasturi - diambil jusnya
garam secukup rasa
Sedikit bancuhan tepung gandum & air - sebagai pelekat
Penggelek
Inti:
Sardin dituang ke dalam mangkuk, dibuang tulang & perutnya; kemudian dilecek. Masukkan sekali sos sardin tadi bersama dengan bawang, cili merah & jus limau kasturi. Tambah garam & sesuaikan rasanya.
** Jika xsuka inti yg sebegini, boleh la dimasak terlebih dahulu spt membuat sambal sardin.
Ambil sekeping roti, gelek dgn penggelek hingga nipis. Jika suka, boleh dibuang bhgn tepi roti terlebih dahulu. Letak inti ditengah-tengah,sapukan bancuhan tepung dikeliling tepi roti dan lipat memanjang atau segi tiga. Tekan bahagian tepi dgn garfu. Goreng dlm minyak panas sebentar sehingga roti bertukar keperang-perangan. Sangat sedap dimakan ketika masih panas/baru dimasak sbb roti masih rangup diluar & lembut je didalamnya.
** Selain dr goreng begini, boleh juga kita pelbagaikan dgn mencelup roti ke dalam bancuhan tepung goreng rangup segera atau yang ini.
With Zuera & her four princesses yg datang beraya ke Masjid Tanah. Thanks so much for dropping by ;) Dia was on the way balik Penang dr rumah MIL kat Batu Pahat.
With Zuera & her four princesses yg datang beraya ke Masjid Tanah. Thanks so much for dropping by ;) Dia was on the way balik Penang dr rumah MIL kat Batu Pahat.
Wednesday, August 6, 2014
Padprik Sotong
Padprik sotong ni menu iftar bulan Ramadhan baru ni. Baru sempat nak enter frame ;) Dah penghujung puasa, dah habis fikir nak masak apa ... mak kata adik beli kacang panjang banyak hari tu, terus dia suruh buat padprik.
Actually masak padprik ni kita xde specific sukatan pon. Buat sesedap rasa je janji ada rasa masam manis & pedas sikit. Yang ni agak berkuah sikit sebab budak-budak kat rumah ni memang suka kuah lebih.
PADPRIK SOTONG
Bahan:
500 gm sotong - dipotong & cuci
1 batang carrot - dihiris bulat
2 genggam bunga kobis - di potong kecil
1/2 biji capsicum hijau - di potong kecil
1 labu bawang besar - dihiris bulat
Bahan Sos:
2-3 sudu besar kicap pekat
6 sudu besar sos tomato
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar sos tiram
5 helai daun limau purut - disiat
2 batang serai - diketuk
3 biji limau nipis (perah jus)
5 biji cili padi - diketuk
6 ulas bawang putih - diketuk
1/2 cawan air
garam secukup rasa
minyak
Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih dan serai hingga wangi. Masukkan sotong dan kacau rata. Masukkan kicap pekat, sos tomato, cili sos dan sos tiram. Biarkan mendidih. Kemudian masukkan sayur-sayuran dan bawang besar yang dihiris. Bila mendidih lagi, masukkan daun limau purut, jus limau dan sedikit garam. Sesuaikan rasanya, tutup api dan boleh la dihidangkan bersama nasi putih & telur dadar ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui gr...
-
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Morninggg ... sebelum I bercuti panjang esok, pagi ni I nak share resepi Kuzi pulak. Masa hubs bawa balik daging korban hari tu memang ...