Tuesday, June 14, 2011

Ayam Negro


Satu lagi resepi yang sangat tak tertahan nak cuba bulan lepas. I terjumpa kat fb 1001resepi. Apa yang menarik minat I sangat tu sebab bahan-bahannya saaangat sempoi & mudah didapati kat rumah. Memang x sia-sia la mencuba sebab ketiga-tiga hero ku itu makan bertambah-tambah sebab dah berkenan sangat kat lauk ni. True enuff cam kak Ida kata rupanya mmg x menarik tapi menjilat jari I tell you !!! Haziq rate lauk ni .. ultimate power sedap, bagi markah infinity la .. entah apa-apa la dia sekarang, sikit2 ultimate ... haha ...(^_^) Sebab tayang lauk ayam, kita pakai pinggan gambar ayam lah ye.

Untuk yang nak mencuba, ni I copy exactly dari blog kak Ida ye ... bagi I sekeluarga mmg sedap, tapi kalau x kena dgn selera u all ... ampun maaf dipinta ;) Citarasa kita semua berbeza kan .. tepuk dada tanya selera!


Ayam Negro
Sumber: 1001resepi

resepi ni hanya menggunakan bawang merah dan bawang besar yang digoreng terlebih dahulu. macam kita buat bawang goreng tu. untuk seekor ayam saya guna 15 biji bawang merah kecil dan 1 biji bawang besar. cincang bawang dan goreng kekuningan, jangan hangus. biarkan sejuk sebentar kemudian blender bawang goreng tadi dengan sikit air. ayam potong kecil dan gaulkan hanya dengan garam sahaja. goreng sehingga 3/4 masak. ketepikan.

panaskan sikit minyak dalam kuali dan masukkan 3 sudu besar cili blender (optional) dan kacau wangi. masukkan bawang goreng blender tadi kedalam kuali dan tambahkan beberapa sudu air kacau sebentar. masukkan ayam tadi dan campurkan kicap manis dan kicap masin sahaja (banyak). kacau lama sehingga ayam benar-benar mesra dengan kuah sosnya.

ayam ni rasanya mesti manis dan sedikit pedas ya.....

kalau tak cukup masin dan manisnya, tambahlah garam dengan gula sikit. ayam ni menjadi sedap kerana aroma dari bawang yang telah digoreng terlebih dahulu. 
 

Antara koleksi fridge magnet kesayangan .. a bit frustrated dulu sbb melepas nak collect yg huruf B tu.
 
 

Blended Orange Cake


Been eyeing for this cake sepjg tempoh sepi aritu sebab banyak feedback yg memberansangkan. Orange cake is among my family all time favorite. Harus la cuba bila ada resepi baru. Lagi pulak bila dikatakan pakai blender je, geram je menunggu masa nak buat (>_<). So at last .. merasa la juga last Sunday. Kebetulan hafiy pon request nak makan homemade cake ... si murai ni komplen lama mummy x bake. Resepi asal dr kak fida myresepi but I chose to follow the recipe shared by Hana sbb dah dikurangkan kuantiti gula nya tu ... perfect!!!



Blended Orange Cake
Sumber: Kak Fida MyResepi / Hanamemories

  • 1 bji buah limau - hana perah ambil jus, kulit ambil yg kaler oren shj utk elakkan kek pahit
  • 1 cawan minyak - hana letak 1/2 cwn butter cair, 1/2 cwn myk msk biasa
  • 2 cawan gula halus- hana letak 11/4 cwn - next time nk kurangkan 1 cwn je
  • 3 biji telur
  • 2 cawan tepung gandum* - hana guna tepung SRF + 1sk baking powder
  • 1 sb baking powder* ( *diayak bersama )
Cara-cara
  • Cuci buah limau,potong dan buang biji dan urat putih di tengah2.
  • Potong lagi buah limau kecil2 bersama kulitnya sekali.Masukkan kedalam blender bersama,minyak,gula dan telur dan kisar hingga halus.
  • Tuang bahan yang dikisar kedalam mangkuk dan masukkan campuran tepung sedikit2 sambil dikacau sebati.
  • Tuangkan adunan kedalam loyang yg beralas dan gris.
  • Bakar pd suhu 170C selama 40 min hingga 1 jam atau hingga masak. 


    Tuesday, June 7, 2011

    Takoyaki


    Kudapan yang I buat untuk tea time kat kampung. Laku meniaga ... hehe... ye la, the kids kelaparan lepas dah penat beriadah dgn papan jorexnya. 2 hari berturut-turut dok buat cekodok jepun ni sbb ada la sorang mak budak yg baru je habis pantang komplen x merasa sbb 1st day tu dia kena kuarantin kat rumah. Jadi esoknya buat lagi. Kalau meniaga ni mmg buat duit la sbb order x putus-putus ... haha.

    Sebelum lupa nak jawab soalan makcik kantin hari tu.. ye .. tempoh berdiet kita dah tamat ;P Now back to my old eating habit ... hehe.


    Ada banyak resepi tako kat internet kalau nak cuba buat .. ni antara nya:

    Takoyaki batter recipe
    To make about 60 takoyaki balls:
    • low gluten wheat flour 300g
    • dashi 1000ml (chilled)
    • eggs 3
    • soy sauce 1 tsp
    • salt 1.5 tsp
    Mix all the ingredients till smooth, and rest the batter in a refrigerator for overnight or 1 full day. Mix it well every time it is to be cooked, as the starch will sediment rapidly.
    There are many variations to the batter recipe, e.g. different types of flour may be used, some batter mixes corn starch, other may substitute some part of the water with milk.

    Resepi Takoyaki 2 
    Sumber dari: Zaliana

    Bahan-bahan-cukup untuk >< 16 biji takoyaki

    150 gram tepung gandum
    25 gram potato starch
    1 biji telur
    200 ml susu segar
    200 ml air
    1 sudu teh baking powder
    1 sudu teh serbuk pati ikan bilis
    1 sudu teh garam
    2 batang lidi sate

    Bancuh semua bahan dan biarkan seketika.
    Kobis-cincang halus
    Daun bawang-potong
    Isi udang/sotong/sosej atau cheese
    Bonito flake
    Mayonis
    Sos kicap
    Campuran kicap manis, 1 sudu besar hoisin sos dan seasoning

    1.Panaskan acuan takoyaki.Masukken sedikit minyak.
    2.Bila panas,masukkan adunan tepung sebanyak separuh acuan.Kemudian masukkan udang/sotong.
    3.Taburkan daun kobis dan daun bawang.
    4.Penuhkan acuan dengan adunan tepung,biar hingga melimpah ruah.
    5.Balikkan adunan dengan 2 batang lidi.
    6.Letakkan sedikit minyak ke atas takoyaki,sambil terus memusingkan takoyaki dengan lidi sate hingga masak sekata.
    7.Masukkan ke dalam pinggan,tuangkan sos,mayonis dan tabur bonito flake ke atasnya.



    My bujang yg tersenyum simpul dapat makan tako ball sepuas-puasnya. Berbaloi buat sendiri .. :")

    Saturday, June 4, 2011

    Riang Ria Cuti Sekolah


    Musim cuti sekolah ni anak-anak ada kem riang ria kat kampung bersama cousins, uncles & aunties nya  ... ikut mak la as usual. Rindu and sunyi je rumah bila budak-budak ni tak ada. Since friday ofis I & hubby declared Public holiday, khamis tu lepas keje kami pon menderas la balik Masjid Tanah. Ini antara aktiviti riadah yang anak-anakku enjoy di musim cuti sekolah.

    Scallop Sweet Sour


    Terjumpa fresh scallop kat pasar one day, terus beli. Kita buat masak sweet sour for lunch. Alhamdulillah ... suka pulak anak2 I, siap request suruh buat lagi.

    Thursday, June 2, 2011

    Jaja ♥ Hafiz


    Antara peristiwa yg berlaku dlm tempoh hibernasi saya ... wedding the one & only ... anak my uncle @ Londang, Masjid Tanah, Melaka pd 30 April 2011. Anak sorang ... 3 hari 3 malam majlis nya ... meriah betul ;)




    Budak2 yg excited tengok pengantin naik keta antik nih ..


    apa dah jadi ... mak & ayah pulak yg jadi driver pengantin ni >_<

    Wednesday, June 1, 2011

    ♥♥♥


    From the kids & hubby on Mother's Day this year ... ♥♥♥  got this masa tengah belek2 barang kat supermarket ... to me it was really a big surprise bila dapat bunga ... knowing my hubby yg all these while mmg sgt x setuju to spend his money on fresh flowers as a gift .. sbb katanya x last long. So, dapat sekuntum ni pun mmg dah cair dah hati mummy ni .. hihi

    And my eldest yg bangga sbb dpt beli something for me on Mother's day ni minta I ambil gambar ros ni & suruh I letak dalam blog & facebook. Hai... sangat la bercinta I nak buat entry after berhibernasi for so long. Dah berapa kali buka blog, tapi punya la payah nak dapat mood menulis ;P

    Actually both my kids dah plan nak spend duit tabung dorang to treat me Chicken Chop set meal @ KFC. Kalau teringat dialog dorang pasal berapa banyak duit nak kena spend tu memang kelakar la. Si abang & adik sibuk la mencongak-congak. Bila hubby n I bagitau yg they have to include tax, mula la masing-masing tanya apa tax ni, kenapa nak kena bayar n bla bla bla ... tapi mmg excited betul nak belanja I. I mmg x sampai hati dorang nak spend duit tabung dia for me, so I tolak. Instead I suggest that they share .. buy me a gift that will cost around RM5 jer.


    To my lovely heroes ... you're my precious, my joy always ...

    Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

    Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...