Wednesday, August 15, 2012

Agar-agar Kacang Merah


Resepi agar-agar yang diambil dari blog AlongRoz. Memang sedap! Cuma next time buat nak habiskan je 1 tin kacang merah tu, mesti lagi best. Pada I, lebih sesuai kalau dipanggil puding sebab tekstur dan rasanya lebih menyerupai puding.

AGAR-AGAR KACANG MERAH
(Sumber: AlongRoz)

 BAHAN2:
1 cwn Kacang Merah
1 packet / 13g Serbuk Agar-Agar
1 liter Air
240g Gula
1 tin Susu Cair
1 sb Tpg Jagung
1 heai Daun Pandan
 Sedikit Pewarna Merah Jambu


CARA2:
1. Rebus kacang sehingga empuk.
Ambil 1/2 cwn & ratakan ke dlm acuan.
Blend baki kacang dgn susu, tpg jagung & pewarna sehingga sebati.

2. Letakkan serbuk agar-agar, air, gula & daun pandan ke dlm periuk & masak sehingga hancur.
Sendukkan +/- 1/2 cwn & tuangkan ke atas kcg merah dlm acuan tadi.
Masukkan campuran kcg merah yg di mesin tadi ke dlm agar2 & masak sehingga mendidih.

3. Biarkan lapisan kcg merah tadi mengeras sedikit sebelum di tuangkan masakan agar2.
Biar agar2 sejuk di suhu bilik sebelum di masukkan ke dlm peti sejuk.
Hidangkan sejuk.


Sunday, August 12, 2012

Biskut Bijan


Semerbak harum si bangkit bijan, kuih warisan zaman berzaman ;) Antara biskut paling top yg sering diorder pelanggan-pelanggan makcikku.

BISKUT BIJAN
(Sumber: Mak Ngah Che Empah)

1 biji telur (merah sahaja)
1 cawan mentega
1 cawan gula halus
1 cawan tepung gandum
3 cawan tepung sagu/tepung ubi
1 cawan bijan ~ digoreng
sedikit vanila dan baking powder


Krimkan butter dan gula. Apabila dah kembang, masukkan merah telur dan pukul sebati. Masukkan esen vanila. Akhir sekali masukkan tepung2 yg dah diayak bersama tadi beserta dgn bijan. Tepung tadi x perlu dimasukkan kesemua sekali, cukup sekadar adunan dapat dibentuk dah mudah untuk diterap. Terapkan dan bakar sehingga masak.





Thursday, August 9, 2012

Vermicelli Lemak Pedas



Dah tak tau nak masak apa sahur. Kalau Hafiy, nasi goreng je yang dia minta hari-hari. Senang katanya, 2 in 1, sambil pejam mata pon boleh makan. Teringat dlm fridge ada lagi vermicelli yg masih berbaki, terus teringat resepi CMG ni. Licin sekuali, sampai x cukup pulak. Untuk resepinya boleh refer sini.

**
Actually I memang lebih suka vermicelli compared to spaghetti sebab ketebalannya yg sederhana tu, in between bihun dgn spaghetti. So, stok vermicelli ni mmg banyak kat rumah ... even kalau buat bolognese pon kdg-kdg guna vermicelli je.



Tuesday, August 7, 2012

Tepung Pelita


Adoyaiii ... lepas borak-borak dgn officemate tadi, rasa nak makan tepung pelita ni la pulakksss ... Sedap sangat dan puas hati sungguh la dgn hasil yg dibuat 2 minggu lepas untuk iftar nih. Tak sedar berapa ketul dah makan, tapi yg pasti pergi terawih perut senak betul mcm makan nasi 2-3 pinggan. Walhal kita x ambil nasi pon masa berbuka tu. Mmm ... tu la penangan ambil mknn yg bersantan kan, waima ada penggunaan tepung beras lak tu dlm kuih ni. Patut pon kenyang semacam .. hehe.

Macam biasa la ... tamak punya pasal, 3 bancuhan sekali kita buat. Haha ... At first, I cuma nak bubuh dlm bekas plastik bulat yg kecik tu je. Tapi adik I insist nak kan ada aroma daun pisang, beriya-iya la dia mengerah anak & bibiknya sekali tolong. So macam-macam size ada, tu la yg paling besar .. sebesar tapak tangan dia. Senang, makan satu dah konyang .. katanya (^__^). Memang best dan sempoi resepi Yani ni, dah lama sgt berhajat nak cuba bila tgk komen positif kat MYR. Tengok pulak post Izahdaut hari tu, lagi la x sempat-sempat. Alhamdulillah, teksturnya yg lembik-lembik mcm lemak yg menggeleber kat perut tu mmg kena sgt la dgn piawai tekak kami, berbaloi-baloi I tell you!

KUIH TEPUNG PELITA
resepi: Yani @myR
rujukan: Izah Daut

Bahan-bahan ( 12 cups- bergantung pd saiz bekas )

1 cawan tepung beras
1 cawan gula
5 cawan air
4 sudu besar tepung beras(ratakan)
1 biji kelapa diperah jadi 4 cawan santan
4 helai daun pandan dimesin dgn sedikit air
sedikit kapur dan sedikit garam

Tepung, air, gula, air daun pandan dan air kapur dibancuh hingga sebati.
Perah santan, masukkan tepung yg 4 sudu tadi dan garam. Kacau sehingga sebati dan ketepikan.
Masakkan tepung yg diadun dan kacau hingga masak dan berkilat.
Bila dah masak masukkan dalam acuan yang disukai. Kalau daun pisang lagi sedap.
Masak santan yg diadun tadi dan kacau sehingga pekat.
Angkat santan dan curah ke atas tepung yg di dalam acuan tadi.
Sejukkan.

NOTA: 
- I pun ikut tips yg Izah dapat dari joayee ni, mmg menjadi lah ;)
Sedikit tips dari joayee untuk membuat kuih ni basah2 seperti kuih dibeli. Dalam bancuhan tepung beras lapisan pandan tu, saya taruk 2 sb tepung ubi. Dan semasa hendak meletakkan lapisan santan putih ke dlam bekas, sudukan dulu sedikit gula ke atas lapisn hijau kemudian baru dilapiskan lapisan putih. Saya taruk 1/2 sk gula.


Monday, August 6, 2012

Buah Melaka (kuih kelopong) dan Puteri Mandi

Kalau dah namanya orang Melaka, memang tak sah la di bulan puasa ni kalau tak ada kuih-kuih yang berasaskan gula melaka. Tapi bila dah kawin dengan oghe kelate ni, kadang-kadang kalau dapat yg ori, I gantikan gula melaka dengan nisan/nise. hehe ...

Kuih kelopong atau kebanyakan orang panggil buah melaka memang fav lah. Anak I si Hafiy tu, kalau kata nak buat kuih ni, cemas je nak menolong. Buat tiap-tiap hari sepanjang puasa pon xpe, laku cam goreng pisang.


Puteri mandi ni pulak permintaan adik bongsu hari tu, kalau dapat isi kelapanya tu muda sket memang marvellous lah!


Haha .. semua gambar ni snap dalam keta jer. Balik kerja, masak pon dah lambat. Selalu I & hubby tiba depan pintu rumah mak bawak juadah, azan pon dah berkumandang.


Iftar di suatu hari





Friday, August 3, 2012

Agar-agar Soya Cincau


Salam semua, sedar x sedar dah masuk 15 Ramadhan hari ni .. cepatnya masa berlalu. Ni dessert kami untuk Iftar semalam dan hari ni juga nampaknya. Memang suka sangat la dpt makan puding ke agar2 ... sejukkk je lalu kat tekak ... syiok!! Ada setengah talam lagi tu tinggalkan kat rumah mak semalam. Gambar x berapa nak terang sbb pakai kamera hp je. Kamera besar tu, dah lama x guna, adoii ... poning kepalo dok pikir charger bateri xtau letak mana. Macam biasa, bila buat tu memanjang je tamak nak puas makan kononnya ... tapi insya Allah x membazir, memandangkan banyak mulut yg nak menyuapnya.

Mula jatuh cinta dgn agar2 soya cincau ni ramadhan kali ni la, bila adik i cik bunga tu asik dok beli kat param. Bila memikirkan kalau buat sendiri lagi muai, I pon syorkan nak buat je dan kebetulan my sis ni ada terjumpa resepi agar2 ni dalam majalah saji dia terbitan 2 tahun lepas. Alhamdulillah, puas hati dapat buat sendiri, menjadi lak tu. Dapat kami makan sepuas-puasnya.


Orait, especially to makcik ... ni resepinya yg telah saya olah menggunakan agar-agar serbuk.

Agar-agar Soya Cincau
(Rujukan: Majalah Saji Oktober 2010)

10g serbuk agar-agar
1 liter air soya kotak
125g gula pasir ~ saya letak dlm anggaran 1 1/5 senduk melamine ;)
Cincau dicincang/dadu kasar ~ anggaran RM1

Masak serbuk agar2 bersama air soya & gula sehingga larut. Apabila telah larut kesemuanya, matikan api. Masukkan cincau yg telah dicincang tadi ke dlm adunan agar2. Tuangkan ke dalam loyang dan sejukkan di dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.



Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...