Wednesday, April 27, 2016

Japchae


A Korean dish that my kids suka sangat. Anak-anak I ni tekak international gak, so kalau berjalan ke mana-mana tu dorang suka juga mencuba makanan tempat yang dilawati ... mummy nya pon senang, xde la pening kepala. But then, negara K-Pop ni kami belum la sampai lagi tau ... ehehe ...

Buat japchae ni xde la susah pon, remeh je sikit sbb nak potong memotong macam ulam-ulam nasi kerabu. Ni pon menu yang sesuai untuk kanak-kanak sebab x pedas.

JAPCHAE
Sumber: ain | my-sweetthots

Korean glass noodles (potato or sweet potato)
300 gm daging lembut
Korean spinach atau sawi
2 jenis cendawan
1 bawang besar Holland
1 batang lobak merah (carrot)
4 ulas bawang putih
Kicap cair Lee Kum Kee
Minyak bijan Knife
Garam
Gula

1. Potong bawang putih halus2.
2. Panaskan air dlm kuali. Bila air mendidih, masukkan glass noodles. Rebus sehingga masak.
3. Gaul daging dgn 1 sudu kecil minyak bijan, bawang putih yang telah dipotong halus, 1 sudu kecil gula, 1/4 sudu kecil serbuk halia & 2 sudu kecil kicap cair. Perapkan daging dlm peti ais selama 20 minit.
4. Hiris bawang (belah dua dulu & hiris).
5. Hiris lobak merah (belah 2-3 & potong panjang & halus).
6. Panaskan air dalam periuk kecil. Bila air mendidih, masukkan spinach/sawi yg telah dipotong & rebus hingga layu. Keluarkan spinach/sawi dari periuk & toskan air.
7. Tambah 1 sudu kecil minyak bijan, sedikit bawang putih yg telah dipotong halus & sedikit garam ke dalam spinach/sawi. Gaul sampai rata.
8. Tumis bawan & kacau sampai layu & keluar air.
9. Masukkan daging & masak sampai lembut.
10. Masukkan glass noodles. Kacau rata.
11. Masukkan spinach/sawi. Kacau rata.
12. Masukkan 3 sudu kecil kicap cair (ikut selera masing2), 1 sudu kecil minyak bijan (ikut selera masing2) & gula secukup rasa. Kacau hingga sebati sehingga masak.

Tuesday, April 26, 2016

Shrimp Chow Mein / Chow Mein Udang

 

Morning ... macamana pagi uols hari ni? Hopefully lebih baik dari semalam ye. Cuaca kat KL ni dah masuk 4 hari masih teruk jerebunya. Walaupun getting better sebab dah boleh nampak bangunan yang jauh sket tu tapi awan masih belum lagi nampak. Semalam pon hafiy balik sekolah nampak letih sangat, dok begging me xnak pergi tuisyen.
Semenjak dua menjak ni ada sikit rajin la nak mencuba resepi baru yang kita nampak masa blog walking. Masa browsing through blog Rasa Malaysia mata ni terpaku dekat resepi Shrimp Chow Mein sebab memang dah lama nak cari resepi mee goreng chinese style yang ni, tapi sebab xtau apa keyword nya ... memang payah la kan.


Gambar mee kita ni memang nampak pale & macam xsedap je kan .. sayur pon xde kecuali daun bawang ;) nak tambah carrot kasi berseri sikit xde stok lak. Tapi kita memang sangat puas hati .. gabungan sos tiram, kicap & minyak bijan memang menepati sangat rasa mee yang dicari selama ni. Budak-budak pasti akan suka, lebih-lebih lagi yang memang xsuka makanan pedas. Haziq & Hafiy pon mmg suka sangat-sangat, sampai dalam minggu yg sama je 2x kita buat. Ye la, kadang-kadang dah boring dgn Mee Goreng cara orang Melayu. Yang paling bestnya nak sediakan memang cukup sempoi xpayah nak keluar blender nak mesin cili dgn bawang. Lagi la rajin mak nak buat, kan. Haha ... Oh ye, satu je yg  kita xpuas ... color mee kita ni xcerah macam kat blog rasa malaysia. Kita suspect sbb kita xletak gula sebaliknya gantikan dengan kicap manis.

** Chow Mein dalam Cantonese dialect bermaksud fried noodles.

SHRIMP CHOW MEIN
Source: Rasa Malaysia
Saiz hidangan: 2 | Masa Penyediaan: 10 Minit | Masa Memasak: 5 Minit
8 oz fresh egg noodles atau steamed chow mein/chow mein
6 oz udang, dibuang kulit & belah belakang buang uratnya
2 sb minyak
2 ulas bawang putih, cincang halus
2 oz kobis, hiris nipis
4 oz taugeh, cuci & toskan
1 tangkai daun bawang, dipotong-potong anggaran 2 inci

SOS:

1 sb penuh sos tiram1 sb kicap cair
1 sb gula
1/2 st minyak bijan
3 sb air
Secubit garam

Sediakan mee seperti arahan pada bungkusan. Satukan semua bahan sos, gaul sebati dan ketepikan. Panaskan kuali & letak minyak. Goreng bawang putih sehingga berbau wangi, masukkan udang. Apabila udang separuh masak, masukkan kobis dan teruskan mengacau. Masukkan mee dan sos. Gaul rata dan masak lagi lebih kurang seminit. Masukkan taugeh dan kacau rata. Apabila taugeh mula masak, masukkan daun bawang, kacau rata beberapa kali dan boleh la dihidangkan segera.

** Enak juga dimakan bersama sedikit sos tomato

Friday, April 22, 2016

Brownies Kedut & Autism Awareness


Salam Jumaat yang barokah ... Dah selesai Al-Kahfi? Syukur alhamdulillah masih bernafas lagi jumaat ni. Terpanggil nak berkongsi kata-kata Prof Muhaya kat Ikim baru-baru ni ... tentang macamana nak instill positive mind dalam diri kita selalu. We should start dengan benda yang kecik-kecik dulu sekeliling kita ... see it from a positive side, contoh ... Ada org yg susah hati anak dia selalu sakit, ada pulak yang kais pagi makan pagi  ... nak hantar anak ke sekolah pon xdapat. Syukur alhamdulillah dgn nikmat yg Allah bagi kat kita ... anak-anak kita sihat hari ni, selamat pergi balik sekolah, nak pergi kerja xsusah, ada kenderaan, dapat tidur selesa, dapat makan. Bila kita melihat dari sudut itu, insya Allah .. surely akan ada positivity dalam diri. Jangan hanya mencari apa yg ada pada orang lain, yang kita tak ada.

Apa yang I kongsikan kat atas tu sbb teringat  ada filem baru keluar panggung bulan ni ... Redha ... Based on true story ... Perjalanan hidup famili yang mempunyai anak Autism. Insaf sekejap diri bila membaca luahan mereka yang mempunyai anak istimewa ini di facebook. Berbanding dengan anak-anak istimewa yang lain yang mana kita boleh nampak dari fizikalnya spt Down's Syndrome atau Celebral Palsy yang memerlukan bantuan untuk bergerak, anak-anak Autism sering dipandang serong kerana secara luarannya nampak seperti kanak-kanak normal. Keluarga mereka sering disalah bila bawa anak ini berjalan-jalan di khalayak ramai tatkala anak-anak ini membuat perilaku seperti melompat-lompat, terjerit-jerit, main air liur dsbnya. The filmmaker intend to create Autism Awareness in our society. Tinggi harapan saya juga tercapai objektif itu. Ia sangat membantu bagi keluarga yg mempunyai anak istimewa ini kerana mereka tidak perlukan sokongan lain, mereka hanya perlu kita faham dan berhenti menjadi sinis.

Ok la .. panjang dah celotehku. Letih dah mak membebel. Jom tengok apa yg I baked kali ni. Tekak menggedik-gedik nak makan brownies minggu lepas, lepas nampak post Kak Ayu. Kak Ayu ... u always inspired me ;) Isyy ... pandai tul dia menggoda ... kita pon godek ler sebiji ... using a  good quality butter & chocolate, puas hati betul dpt jamah brownies yang heaven gini ;)


BROWNIES KEDUT
Sources:- Kak Cek / Ayu@curlybabesatisfaction

1 1/3 cawan semi sweet choc chip (Kak Cek guna 200gm compound dark choc Jenama Lebourne)-(Ayu guna valrhona dark  chocloate + semi sweet+ milk chocolate))
68 gm butter
1 sk vanila
1/2 cawan gula perang
1/4 cawan gula castor
2 biji telur
1/3 cawan super fine flour-(Ayu guna 60g self raising flour)
3 sb koko powder
1/4 sk garam

1. Choc dipotong kecil dan dicairkan bersama butter ... campurkan vanila ketepikan...
2. Tepung..koko..salt...diayak...
3. Gula dipukul kembang bersama telur...masukkan adunan choc tadi...kacau sebati...akhir sekali masukkan campuran tepung...kaup balik kan je...jgn overmix
 
Guna loyang 8" × 8"
Bakar temperature 160 C dalam masa 20 - 25 min...



Note Dari Kak Cek :
Kalau suka kacang ..leh la masukkan masa masukkan tepung ...adunan choc tu tak yah tunggu sejuk sgt...suam sikit2 dah boleh masuk dalam adunan telur yg dah dipukul kembang ....
Akan jadi lebih berkilat dan sedap bila kita guna good quality butter and choc.

Thursday, April 14, 2016

Nutella Cheesecake



Cheesecake ni dah lama buat, Oct 2015 lagi ... ehehe ... terliur tengok kek ni kat IG, terus la godek sebiji. Mulanya lepas dah google resepi rasa nak try Nigella lawson punya, tapi sebab rasa nak makan yg baked I pon chose the recipe dari RasaMalaysia.

Nutella Cheesecake Bars Recipe 
RasaMalaysia

2 cups Oreo crumbs
1/4 cup unsalted butter, melted
16 ounces cream cheese, at room temperature
2 eggs, at room temperature
1/2 cup granulated sugar
1/4 cup + 1 tablespoon heavy cream
1 vanilla bean, halved and seeds scraped (or 1 tsp vanilla extract)
1/3 cup Nutella



Preheat oven to 325F (170C). Butter an 8×8 baking dish and line with parchment paper, making sure that the parchment is well pressed in the corners. Set aside.

In a food processor, pulse Oreos until they become crumbs. Add in melted butter and pulse until moistened. Press Oreo mixture evenly into the bottom of your baking dish. Bake crust until set, about 12 minutes. Set aside to cool.

Clean out the food processor. Add cream cheese, eggs, sugar, ¼ cup heavy cream, and vanilla. Pulse until smooth. Put 2/3 of the cream cheese mixture in a bowl and set aside.

Add Nutella and 1 tablespoon of heavy cream to the remaining 1/3 cream cheese mixture in the processor. Pulse until smooth.

To assemble, spread the plain cheesecake mixture over the cooled Oreo crust, being careful of the crust. Then pour the Nutella cheesecake layer on top of the plain cheesecake layer and spread evenly.

Bake on the center rack of the oven for about 35 minutes, or until the center jiggles slightly. Remove from the oven and cool completely on a cooling rack. Refrigerate for at least 3 hours.

When ready to serve, lift the bars out of the pan by lifting up the parchment paper (it should release easily). Cut into 16 squares and serve.


Cook’s Note:
Put the Nutella cheesecake mixture into a piping bag, then pipe on top of the plain cheesecake layer, to get more even layer than spreading.

* I didn't do it like that .. saja nak bagi dia spread freely ... naturally ... ehehehe ...

Wednesday, April 13, 2016

Those days that I missed ...


January 2009: Tanah Lot, Bali

I missed those days when my double H were small ... those years when they were still at kindy ... huhu ... rasa sentimental lak malam ni, nak nangis  :( Teringat lawak Hafiy suatu ketika di bulan puasa ...

adik : mummy org miskin takleh korek hidung ke?
mummy : apsal lak? (kebingungan)
abg : yelah.. kan mummy ckp kita puasa sebab Allah nak suruh kita rase camne org miskin rase.... aku : kah kah kah.. (xtahan ... gelak rasa nak pecah perut)



 Dulu kala nak ajak ambil gambar pon senang, posing pon macam-macam gaya ... ehehe ... Sekarang? Mmm ... ikut mood ...




Monday, April 11, 2016

Tart Telur Portugis

 

Cuba try test resepi tart telur belakang tin susu sejat Marigold ... ehehe ... ok juga. I didn't trim the edges, sayang nak buang .. tu pasal xcun rupanya. Resepi nanti na ... lupa aihh nak snap.




Wednesday, April 6, 2016

21.12.2015 - Queenstown: Skyline Gondola & Luge ... aku rindu ...

Cari gambar masakan I, ternampak gambar ni lak. Nak story kat korang keseluruhan pengalaman menjelajah bumi kiwi ni entah bila la nak dtg mood tu, jadi I share dulu antara aktiviti indah kami di bandar Queenstown yg terletak di South Island ni. An Adventure Capital as they claimed it ... a place that's adrenaline inducing  ... tempat yang sangat happening di New Zealand.

We stayed only 1 day here as we underestimated kemeriahan bandar Queenstown. Tak puas berada di sini, banyak aktiviti yg the kids & hubby teringin nak buat xsempat like bungy jumping. Slot yg kosong lewat petang & we have to make a move by then or else tengah malam gelap gulita kami akan still berada atas jalan nak ke Fox Glacier nnt.

Hubby kata if we were to visit New Zealand again, let's visit Queenstown & stay at least 2 days here ... ;) ... yesss ... macam ada peluang je kan nak jejak lagi .. ehehe .. Pemandangan di sekitar Queenstown dari atas ni pon cantik sangat ...

A fun, family friendly activities that we had here ... 
First, the Gondola Ride ...


Then we had to take the uplifting chair to the Luge Track ...



At the Starting Point of the Skyline Luge Track





Monday, April 4, 2016

Tteokbokki


Tteokbokki a.k.a kek beras pedas antara street food yang sangat popular di Korea. Disebabkan anak-anak suka sangat makan masakan korea, kita pon ambil peluang la belajar memasaknya. Kali ni kita nak share cara masak Tteokbokki ni. Tak la susah mana pon nak buat. Di sekitar Ampang Avenue memang banyak mini market korea jadi x susah nak cari bahan-bahannya. Insya Allah bahan-bahan yg saya share kan di sini di jamin halal.

TTEOKBOKKI
(my-sweetthots.blogspot.com)
1. Tteok (Korean rice cake)


2. Kek ikan (fish cake)
3. Telur rebus
4. Ikan bilis
5. Tangleweed
6. Bawang putih
7. Korean chilli paste (gochujang)
 8. Serbuk cili Korea


9. Cili padi (kalau nak pedas)
10. Gula

1. Hiris bawang putih halus2.
2. Rebus air dengan ikan bilis & tangleweed untuk dijadikan stok. Setelah mendidih, tutup api & biarkan stok tersebut selama 10 minit. Buang ikan bilis & tangleweed tadi.
3. Rebus tteok (Korean rice cake). Pastikan tteok tidak melekat. Selepas masak, buang air rebusan. 
4. Simbah kek ikan dengan air panas. Potong empat segi.
5. Panaskan stok ikan bilis & tangleweed. Masukkan 2 sudu besar gochujang (Korean chilli paste), 2 sudu kecil serbuk cili, bawang putih, hirisan cili padi & gula secukup rasa. Kacau sampai sebati. 
6. Masukkan tteok, kek ikan & telur rebus. Kacau perlahan2 untuk elakkan melekat ke kuali.
6. Masak sehingga kuah menjadi sedikit pekat. Tutup api.
7. Hidangkan ketika masih panas.

Sunday, April 3, 2016

Nasi Komok a.k.a Khao Mok Ghai a.k.a Beriani Siam


Dah lamaaa sangat teringin nak buat sejak nampak entry nasi ni kat blog kak ayu. Kalau dia sampai 3 4 kali repeat tu, mesti sedap punya kan. Sampai la dia dah aktif balik after long hiatus baru la kita teringat nak try. So last week kita cuba la masak tapi with limited condiments sebab malas nak gi pasar or supermarket beli barang ... ehehe ... Tu yang kalau tgk gambar, kurang seri mcm xsedap je rupanya. Tomato pon xde nak buat penambah seri.

Nanti boleh buat lagi tau nasi ni, dia xterlalu berempah jadi xde la muak makan macam sesetengah nasi beriani tu. Sambal dia tu yg menambah kick, jadi sila buat lebih kalau suka pedas. Ok, ada kerja nak buat. Jom semak resepinya which I copied dr blog Kak Ayu.

**Note: 
Lauk nasi ni cuma ayam & sambal tu je. Jadi agak kering la, next time buat mungkin boleh buat sup ayam ke or dalca jadi lauk-lauk iringan.

Nasi Komok aka Khao Mok Gai aka Nasi Beriani Siam
Sources;-From Azian @Aziancollection, via Kongsi Resipi

KOMOK SPICE MIX:
2 tsp curry powder
1 tsp ground turmeric (serbuk kunyit)
1 tsp ground coriander (serbuk ketumbar)
1/2 tsp ground cumin (serbuk jintan putih)
1/2 tsp fennel (serbuk jintan manis)
1/2 tsp cinnamon powder (1/4 sudu je serbuk kayu manis)
1 tsp salt (garam)
1 tbsp sugar (gula)

5 cawan beras basmathi
4 sudu minyak sapi
4-5 ulas bawang merah*
1 Inci halia*
4 Ulas bawang putih*
3 batang akar ketumbar
2-3 Sudu rempah komok
200 ml susu cair
1 ekor ayam
8 cawan air
garam secukup rasa
Rempah penumis (1 batang kulit kayu manis, 1 bunga lawang, 3 biji pelaga, 3 biji bunga cengkih)
(*Hiris benda bertanda*) 

1. Cuci ayam ( seeloknya di potong 4 saja)
2. Cuci beras basmathi dan rendam sebentar.
3.Hiris nipis bahan bertanda *
4.Tumis rempah penumis dan bahan yang dihiris dengan minyak sapi hingga naik bau.
5. Masukkan rempah komok dan kacau selalu supaya tidak hangus. Setelah nampak garing masukkan air dan akar ketumbar.
6.Masukkan ayam dan rebus ayam hingga hampir masak.
7. Angkat ayam dan toskan. Lumurkan ayam dengan garam dan kunyit(Ayu tambah sedikit cili kisar, halia kisar, bawang besar kisar, bawang putih kisar). Perap sebentar biar ia mesra. Goreng ayam yang di perap samada garing atau tidak ikut citarasa sendiri.
8. Keluarkan 1 cawan kuah tadi untuk sos cili.
9. Masukkan kuah kedalam periuk nasi dan masukkan susu. biar ia menggelegak sambil di kacau. Masukkan garam secukup rasa.
10. Masukkan pula beras yg telah di toskan.Tutup  dan biarkan ia masak.

BAHAN SOS CILI
1 Cawan air kuah nasi komok* -(sedikit halia dari kuah pun Ayu masukkan)
6 biji cili merah*
segenggam cili padi*-(Ayu tambah
4 ulas bawang merah-(Ayu tambah)
2 Ulas bawang putih*
4 tangkai daun ketumbar*
gula, garam ,cuka
(secukup rasa)
(Blender semua*)

1. Kisar semua bahan bertanda *.
2. Masak hingga agak pekat.
3. Perasakan ia dengan garam, gula dan cuka secukup rasa.
4. Hidang bersama nasi komok.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...