Monday, January 24, 2011

Info: Milo 2kg on promotion @ Carrefour

Salam u all, thot of sharing this ... I gi shopping barang dapur hari Sabtu kat Carrefour. Sekarang, Milo pack yg 2kg cuma RM26.98, RM4 lebih murah dari Giant (RM30 ++). Tak pasti pulak harga di Tesco.

Sunday, January 23, 2011

Ikan Goreng Cili Garam


Menu lunch yang dimasak awal tahun aritu. Baru now sempat nak share. Simple je, ala2 goreng sambal. Bezanya sbb letak daun limau purut & perahan air limau. Resepi dr majalah Rasa isu Feb 2010. I xde stok jenahak kat rumah, cuma guna ikan tenggiri je tapi hasilnya tetap ummpphh!

Ikan Goreng Cili Garam
(Sumber: Rasa Feb '10)

800g ikan jenahak
100g tepung ubi kayu
50g bawang merah ~ kisar
100g bawang putih ~ kisar
350g cili merah ~ kisar
15g daun limau purut ~ dihiris halus
Garam & gula secukup rasa
Minyak utk menggoreng & menumis

Bahan Hiasan:
Timun,kacang panjang & limau kasturi

1. Ikan jenahak dibersihkan, disalut tepung ubi kayu & digoreng hingga keperangan. Angkat & ketepikan.
2. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Perasakan garam & gula & tabur daun limau purut yg telah dihiris tadi.
3. Tuang sambal di atas ikan yang digoreng tadi. Hiaskan dgn timun, kacang panjang & limau kasturi.

♥ Chocolate Marble Cake


Kek yang dibuat sekali dgn kek pandan tu. Tengah kemaruk mengekek sbb dah lebih sebulan oven x berasap dek ke'bz'ian last year ;) Tergoda dgn resepi kak fida MyR ni sbb resepinya so far yg I cuba memang x pernah mengecewakan. Kek ni memang terasa coklatnya coz guna cooking chocolate. Bila simpan ... esoknya jadi lebih moist... cuma dunno why, part yang plain tu a bit kering. Tapi, dah habis pon keknya kena bedal ... ;)

Chocolate Marble Cake
(Sumber: Kak Fida @ MyResepi)

Bahan-bahan ( loyang 10x7x3 inc. )
  • 250 g mentega
  • 230 g gula halus
  • 4 biji telur - A
  • 260 g tepung naik sendiri - ayak
  • 2 sb susu sejat
  • 1 sk esen vanilla
  • 150 g coklat masakan - dicairkan

  1. Pukul mentega dan gula hingga kembang dan maukkan telur sebiji-sebiji sambil dipukul hingga sebati sambil dimasukkan esen.
  2. Masukkan tepung dan susu dan digaul hingga adunan sebati.Bahagi adunan kepada 2 bahagian dan bubuh coklat cair pada 1 bahagian adunan.
  3. Bubuh adunan berselang-seli warna ke dalam loyang,buat lorekkan jika suka dan bakar pd suhu 170C selama 50-60 min atau ikut kepanasan suhu oven masing2. 

    Friday, January 21, 2011

    Kek Kelapa Pandan


    Penangan skodeng kat rumah K. Ummi la ni... Sedap la kek ni kat tekak I, kek pandan... among my favorite gak .. sungguh bak kata K. Ummi, lembut, moist membelai lidah .. kalau simpan, esok nya makin moist jadinya. I pun guna kelapa parut je sbb xde stok kelapa kering. 

    KEK KELAPA PANDAN
    Resepi: Cocopandan Cake @ Mat Gebu 

    Bahan A:-
    • 1 cawan susu segar*
    • 1/2 cawan kelapa kering*(*rendam 1 jam) - (I guna kelapa muda parut dan tak rendam pun)
    • 125 gm. mentega
    • 1/2 cawan gula halus (gula kastor)
    • 2 kuning telur (gunakan telur gred A)
    • 1 3/4 cawan self raising flour (tepung berserbuk penaik), diayak
    • 1 camca teh pandan paste
    Bahan B:-
    • 2 putih telur
    • 1/2 camca teh cream of tartar
    • 1/4 cawan gula halus
    Cara membuatnya:-
    1. Pukul mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu sambil terus memukul hingga gebu. Masukkan pandan paste dan terus memukul. Perlahankan speed dan masukkan tepung selang-seli dengan kelapa tadi hingga habis. Kacau rata.
    2. Dalam mangkuk lain, pukul putih telur dengan cream of tartar hingga kembang, masukkan gula dan terus memukul hingga putih telur bertanduk.
    3. Gaul putih telur ke dalam adunan kek secara kaup balik, gaul hingga rata. Tuang dalam acuan berukuran 14 cm x 21 cm. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan pada suhu 160C, selama 55 minit hingga 1 jam...


    Aktiviti anak-anak : Cuti sekolah Dec 2010

    Cuti sekolah yang lepas we all x bercuti kemana-mana pon sbb I bz dgn kerja, nak cuti panjang pon bos x bagi. Nasib baik my hubby kena habiskan cuti tahunannya ... dapat la melayan budak2 ni beriadah di sekitar bandaraya KL ni. Suka la dorang dapat ber-bowling sakan ...


    Yang ni pulak, hobi baru dorang sekarang ... memang tengah asyik, sampaikan I bawa pergi tesco, my anakanda berdua ni berkasut roda dalam tu tau... isk... semua orang dok pandang, budak Tesco yg berkasut roda tu nampak terus meluncur sebelah anak2 I. Sekali my anakanda yang kecik itu terjatuh daa... aduss...  tersengih2 cam kerang busuk la dia, malu ;) Tapi budak2... xde istilah serik kan... ke mana2 masih kemaruk nak berkaki roda lagi tu...


    Err... kalau ada sesapa yg terserempak dengan 2 org budak berkasut roda kat Tesco Ampang, anakanda2 saya la tu .. hihi

    Thursday, January 20, 2011

    Cekodok Labu

    Hari tu gi kedai beli barang dapur, ternampak labu terus terasa-rasa nak makan cekodok labu. Dah lama x makan ni, buat minum petang ke breakfast memang sedap. 2-3 hari lepas nampak kat blog mokwo ada Apam Labu lak... menarik gak tu. Bab memarut labu utk cekodok ni, anakanda ku yang berdua tu punya kerja.. beria2 nak tolong. Pastu half way thru, both of them surrender ... penat., lenguh tangan la.. macam2. At last kita gak la yg kena siapkan. Resepi cekodok labu ni cara yang biasa kami buat la. Jadi tang sukatan tu agak2 aje, nisbah labu parut dgn tepung tu lebih kurang sama macam nisbah pisang dgn tepung utk buat  cekodok pisang.  Sekali sekala dapat makan ni, memang x sedar kejap je habis sepinggan ^_^

    Cekodok Labu

    1 biji telur
    3 cawan tepung
    Air, gula & garam secukupnya ~ untuk cekodok yg lembut, guna air suam
    1/3 biji labu saiz kecil ~ buang kulit & parut isinya

    Pecah sebiji telur dalam bekas, masukkan tepung, air, gula & garam. Masukkan labu yang diparut tadi. Kacau sebati & boleh la digoreng.


    Ikan Bersos Thai


    Menu tertunda last year ;) Tak sia2 cuba, memang sempoi tapi rasa memang marvellous lah!!!. Aroma & rasa bunga kantan serta limau purut tu memang sungguh membangkit selera. Puas hati memasak bila my 3 heroes enjoy betul makan. Definitely a keeper & akan diulang masak ni. Kita intai2 dr dapur K.Ummi, yang dia cedok dr Cik Mat Gebu.

    Note: Kalau prefer pedas sket, boleh la tambah 3 - 4 biji cili padi.

    IKAN BERSOS THAI
    Resepi : Mat Gebu

    Bahan-Bahannya :-)
    • 1 ekor ikan bawal sederhana besar ~ I guna siakap
    • 1 batang serai, dititik
    • 1 kuntum bunga kantan, dihiris
    • 1 cm lengkuas, dititik
    • 1 cm halia, dititik
    • 3 biji bawang merah, dihiris
    • 2 helai daun limau purut, dihiris
    • 2 camca besar sos ikan
    • 1 1/2 camca besar cuka makan
    • 3 biji cili merah*
    • 2 ulas bawang putih*
    • 1 1/2 camca besar gula*(*ditumbuk hingga lumat)
      I tambah sedikit daun ketumbar
    Cara membuatnya :-)
    1. Ikan disiang, cuci bersih dan perap dengan jus lemon dan garam 10 minit, cuci kembali dan toskan. Kelar2 ikan, lumur dengan kunyit serbuk dan sedikit garam. Goreng hingga garing. Angkat dan toskan, alih ke dalam pinggan sesuai.
    2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali. Tumis bawang hiris, lengkuas dan halia titik hingga harum.
    3. Masukkan bahan tumbuk lumat tadi.
    4. Tambah cuka dan sos ikan, gaul rata dan masukkan serai, hirisan daun limau purut dan hirisan bunga kantan.
    5. Masak hingga pekat dengan api perlahan. Dan tuang sos atas ikan tadi, hias dengan hirisan daun ketumbar dan hidangkan segera....yumm yumm..

    Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

    Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...