Tuesday, July 6, 2010
Dinner Hujung Minggu: Sotong Sos Tiram & Madu
Menu dinner hari ahad pulak ... masak yg sempoi je sebab letih berjalan siang hari cari ganti beg sekolah anak bujang yg sulung yg dah koyak. Awal tahun hari tu naik sekolah x beli beg kat dia sbb beg tahun lepas masih ok. Menu simple ni hasil ilham rasa I yg kadang2 buntu nak masak masakan yang simple tapi boleh pancing anak2 makan. Mmg hubby & anak2 punya all time fav. Nak2 menu sotong. Si abang tersenyum lebar je bila makan hari tu. Hubby yang asalnya xnak makan pon x tahan godaan cari nasi gak. Resepi seperti dibwh, tapi sukatan tu I agak2 je ok, sbb biasa masak lauk ni ikut suka je.
SOTONG SOS TIRAM & MADU
1/2kg sotong dibersihkan & dicelur sebentar, toskan airnya
3-4 ulas bawang putih - cincang
3 sudu makan sos tiram
1 sudu makan madu - boleh ganti dgn gula kalau xde tp kurangkan sedikit
1/3 cawan air
Sedikit jus lemon/limau nipis
Daun bawang - dihiris
1-2 tangkai cili kering - jika ingin pedas
Ambil 3/4 bhgn dr bwg putih yang dicincang, goreng hingga kekuningan dan ketepikan.
Campur bhn sos - sos tiram, madu & air.
Tumis baki bwg putih hingga wangi. Boleh masukkan cili kering jika ingin sedikit pedas. Masukkan sotong & goreng sebentar (I prefer sotong tu garing sedikit). Masuk bahan sos & sedikit je garam utk lebih umpphh sbb sos tiram dah masin masak hingga kuah nampak sedikit likat. Masukkan jus lemon & daun bwg yg dihiris dan masak lagi 1-2 minit. Semasa menghidang, taburkan bwg putih yg digoreng tadi. Yang ni xde stok daun bwg, togel je.
Monday, July 5, 2010
Ayam Goreng Mayonis
Ni menu Sabtu malam ... kes malas nak masak sbb hubby kenyang; xnak dinner. Maka teringat la nak cuba ayam ni. Resepi dari rumah Dayang Jack, thank you dayang. Sebenarnya tepung goreng ala kfc pon xdak tp malas nak gi kedai... so hantam je la bancuh tepung ala2 kfc... hihi... pastu masuk sebiji telur kat dalam adunan tu. Anak2 pon makan syok je siap cicah sos cili lagi ;)
AYAM GORENG MAYO
(Sumber: Dayang Jack)
10 ketul ayam
1/2 cawan tepung goreng serbaguna ala KFC (letak lebih pun ok)
sedikit air sejuk
1 sudu makan mayonis
Gaulkan ayam bersama semua bahan di atas dan perapkan sebentar selama 30 minit (simpan dlm fridge). Sediakan kuali dan minyak utk goreng terendam. Pastikan minyak sudah cukup panas. Gorenglah ayam hingga masak keemasan.
Thursday, July 1, 2010
Lasagna
My 3rd kitchen therapy that day, selepas membingka. Org melapis kuih, I melapis pasta! Antara benua menu I hari tu ... Sekali masa tgh2 buat ni, Haziq turun sbb dia sudah cium bau2an tumisan itu sos2 daaaa...
Nak rasa sket boleh... ? Masya Allah.. sedapnya! (dgn muka excited dia)
Utk breakfast abg esok ... (dlm hati "kalau dia mkn, kang ada yg follow... uishh... mau bertambah lomak2 kek badan ni)
Utk breakfast abg esok ... (dlm hati "kalau dia mkn, kang ada yg follow... uishh... mau bertambah lomak2 kek badan ni)
Apa ni mummy? Lasagna... makanan Italy
Lasagna, mama mia !! (sambil senyum2) Wah... dah ckp Italy pulak dia..
Cair habis mummy dia bila anak sebut Masya Allah, sedapnya... ^_^ Alasan sebenar pilih nak buat lasagna ni sbb nak menghabiskan stok mushroom sup dlm tin, takut ternak kulat lak. Actually byk bahan yg kurang timbangannya, daging pon cuma ada 2 keping daging burger ramly ... malassss... nak pi beli. Cukup untuk 3 lapis je. Resepi I hentam je plus ikut sket dr pack lasagna San Remo tu. Maaf sangat2 ye... tgh malas nak menaip panjang2 ni, I snap je.
Bingka Jagung
Ok, ni my 2nd kitchen therapy selepas dpt tenaga minum punch kat bawah tu ^_^. Masih lagi mood membingka nampaknya sbb bahan2 tu sume mmg ada kat rumah, konon beli nak buat 2nd round puding jagung ... asyik la tak kesampaian. Ni bingka ni berjaya pun sbb Izah dah suntik mood ... hihi. Lagipun senang je ... masuk semua bahan, kacau, pastu bakar. Sedap bingka ni, cukup rasa lemak, manis sedang2 aje, lembut je terasa kat lidah. Tak de apa yg I tokok tambah cuma I terlebih layan perasaan kot aritu, dah tertuang 1 tin terus susu cair tu. Mmg dah cuak gak bila tgk bancuhan tu cair mcm batter kuih ketayap dah, tapi sbb yakin dgn resepi2 kak Hanieliza yg pernah dicuba... buat2 konfiden je lah. Tapi masa bakarnya dah jadi panjang sket la hari tu, lebih kurang 1 1/2 jam gak. Ni resepinya yg I copy dr blog Izah ye. Actually sampai kesudah x sedar lagi tau kuih tu terlebih susu. Bila dok salin balik resepi lepas tu baru perasan ... sabar je la. Nasib baik jadi, kalau x habuan cik tong la jawabnya ;) Ni resepinya yg I copy dr blog Izah ye.
KUIH BINGKA JAGUNG
Sumber: Chef Hanieliza
1 cawan susu cair
1 1/2 cawan air
2 biji telur ayam
1 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung kastad
1 tin jagung krim dalam tin
3/4 cawan gula
3 s/b butter/majerin cair
1. Panaskan oven 180'C dan sapukan minyak loyang 8 inci X 8 inci atau loyang bulat 8 inci.
2. Masukkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau rata.
3. Tuangkan bahan dalam loyang dan bakar selama 1 jam.
Orange-Lychee Punch
Sebenarnya nak post entry ni semalam, tapi bz yang tah apa2 tah... jadi x sempat. Takde plan nak buat air ni pon tengah2 minggu macam ni memandangkan malasnya nak singgah kedai mencari bahan2nya tu. Tau2 je la org pompuan kalau pi kedai, konon nak singgah kejap, tup2 habis gak la 1-2 jam. Al-kisahnya kita dok dapur tgh prepare sauces for lasagna bila cik abe masuk dapur tanya pasal masak macam2 ni (oven I tgh bakar bingka jagung masa tu). Then I said, ooo ... ni my kitchen therapy session... i really need 1 right now. Tu yang lepas maghrib terus masuk dapur. Bila I nampak dia pegang botol orange juice dr fridge, baru perasan ada semua bhn2 punch yg hana tayang tu. Terus I ambik botol tu dr dia and cakap .. nak rasa air special tak? tunggu jap. Disebabkan tak salin pon resepinya hari tu, i main godak je la secukup rasa tekak I. Maka terhasil la air yg sungguh refreshing ni... mmg betul-betul punch lah! Thank you pada hana & ika yang memberi ilham utk minuman yg mmg ada ummpphhh ni ^_^.
ORANGE-LYCHEE PUNCH
Sumber: ika @ http://kurniaanmu.blogspot.com
200 ml 100% orange Juice
100 ml air soda
100 ml syrup lychee
Gula jika perlu>> kita tak masukkan
Beberapa ketul ais
Hirisan Oren
Laici yg yg dah di siat-siat
Daun pudina untuk hiasan
Isi kiub ais dalam gelas.
Shake campuran air soda, fresh oren dan juga syrup laici.
Tuang ke dalam gelas tadi. Hiaskan dengan hirisan oren@laici dan daun pudina.
Tuesday, June 29, 2010
Kuih Bakar Kentang @ Bingka Kentang
Sambil masak lauk sotong semalam sempat la godek kuih ni utk minum petang, kebetulan sama plak timingnya dgn si Izah Muffin tu. Ternampak last week kat blog As. Sebagai peminat bingka, terasa2 la nak makan bila tgk gambarnya tu. Tu yg terus cuba gak semlm, malasnya pasal nak keluar maka tak de la make-up kan ngan bijan. Dah berangan nak bakar dlm acuan bahulu pecah lapan, tapi acuan tu ada kat rumah mak la pulak. Memang sedap, lembut, lemak cukup rasa. Memenuhi la kriteria bingka yg sedap, kalau tabur bijan lagi best! Manis pon sedang2 je sbb kita tukar gula tu dgn brown sugar. Dan kita tambah sket air daun pandan. Teringat bingka pandan yg dicuba sikit masa dulu, tapi sbb x simpan kat sini ... salin kat kertas je, jenuh gak la ni nak mencari mana letak hari tu. Oh ya, bingka ni kalau ikut tekak kita mmg sedap makan masa dia suam2 kuku ... Resepi ni hasilnya sikit je tau, kita copy dr As.
KUIH BAKAR KENTANG
Sumber: K.Jun
2 biji ubi kentang-rebus n kisar/lecek
1 biji telur
2/3 cawan gula - Ain ganti dgn brown sugar + 2 sb gula
1 cawan tepung gandum
1 cawan santan
pewarna kuning atau hijau - Ain tambah sedikit air daun pandan
1/3 sudu besar minyak sapi-cairkan
Kacau telur dan gula. masukkan tepung dan santan. kacau rata dan tapis.
Tuang dalam ubi kentang tadi dan kacau rata. Masukkan minyak sapi cair tadi dan gaul sebati.
Sapu loyang/acuan dengan minyak, panaskan sebentar dan tuang adunan. masak atas api kecil, tabur bijan jika suka.
* jun masak dalam acuan kecil2 dan bakardalam oven selama 15-20min.
Monday, June 28, 2010
Sotong Oriental
Akhirnya lepas gak kempunan nak makan lauk sotong ni untuk lunch semalam. Dah lama merancang dr dapur MaDiHaA sampai la K.Ayu S'pore. Nak wat cemana, over the weekend je la kalau nak pulun masak pon. Hari2 biasa ni x sempat, kita grab je apa yg mudah. Kat rumah ni kalau nak try resepi2 sotong memang laju je, sebab 3 hero tu mmg hantu sotong. Apa-apa pon, resepi ni memang oriental lah. Harus dibuat lagi & lagi & lagi ... ^_^. Kita ikut sebiji cam resepi ni cuma tambah sket perahan jus limau & omit cili hijau tu.
SOTONG ORIENTAL
Sumber: Aliza Mansur
500 gm sotong ~ bersihkan & potong then dicelur sebentar & tos
1 tangkai daun kari
5 ulas bwg merah ~ hiris
3 ulas bwh putih ~ cincang
garam & gula secukup rasa
1 biji cili hijau ~ hiris (MaDiHaA tambah)
sedikit perahan jus limau nipis (Ain tambah)
Bahan2 ini dicampur jadikan pes
2 s/b pes tom yam
2 s/k rempah kari ikan
1 1/2 s/b sos tiram
2 s/k sos ikan
6 s/b air panas
2. Campurkan bahan2 pes tadi dan gaul rata & biar lebih kurang 3 minit.
3. Masukkan sotong dan cili hijau.. kacau rata. Masukkan garam (jika perlu) & gula & masak selama 5 minit. Sedia utk dihidangkan
Subscribe to:
Posts (Atom)
Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui gr...
-
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Breakfast or dinner .. haa lupa sudah ... hehe on one of the days. Anak I kan tekak international and Japanese food mmg his favourite la...




