Thursday, November 28, 2013
Potato Salad
Seronok pulak bawa bekal gi ofis gara-gara minggu lepas. Dah lama xbuat mcm ni ... dulu masa berdiet mmg rajin sgt .. lepas tu dah perasan kurus .. gantung kuali la ... haha ...
So semalam jadi rajin bawa potato salad for lunch ... lagi pun kdg-kdg dah xtau nak makan apa kat ofis ni. Bila makan masakan dari rumah tu mmg berselera sungguh la kan ... Kalau berminat, ni resepi nya ye. Dulu pernah share kat sini.
POTATO SALAD
(Sumber: murni RNet)
Kentang - direbus, potong dadu kasar
Telur - direbus, potong dadu kasar
Mayonis
Black pepper
Lada sulah
Jus lemon
Daun bawang
Gherkin - potong dadu, boleh omit kalau xde
Gaul bersama semua bahan. Perasakan secukupnya ... Simpan dalam peti sejuk coz lebih sedap dimakan sejuk-sejuk.
Wednesday, November 27, 2013
Bamia Daging
Lauk yg I bawa last Thursday for lunch potluck with friends in office. Tak tau nak masak apa and while browsing through blog Yatiememories ternampak lauk ni. Tengok resepi, macam sedappp jer ... Thot of making Bamia Ayam jugak tapi Cik Sar kata nak masak ayam mayonis dia yg famous amos tu. I pun tukar la to daging sbb malas nak pergi market, guna daging korban yg mr hubby bawa balik from Segamat .
Bila dah tukar ayam kepada daging, macam x sesuai pulak nak letak bendi. So I letak almond instead. Hajat hati nak letak jugak kismis juga, sebab dok imagine rasanya ala-ala kuzi ... tapi xde stock la pulak.
Bamia ni makan dengan nasi sedap, dengan roti pon sedap tau.
1 ekor ayam [potong kecil] Daging - dipotong kecil
12 - 15 tangkai kacang bendi kecil Badam secukupnya, kalau ada kismis boleh letak
3 sudu besar serbuk rempah kari daging
2 sudu besar cili kisar- saya tambah
2 inci kayu manis
3 ulas bawang putih *
3 labu bawang besar*
2 inci halia *(* kisar halus)
1 tin kecil tomato puree
1/2 cawan minyak utk menumis
1 tin susu cair
Garam dan sedikit gula
Gorengkan kacang bendi sehingga masak. Angkat dan toskan. Ketepikan dulu.
Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 yang di kisar, cili kisar, kulit kayu manis dan rempah kari sehingga wangi dan naik minyak.
Masukkan ayam daging, susu cair,tomato puree, sedikit gula dan garam. Kacau rata.
Bila telah naik minyak dan agak pekat masukkan kacang bendi badam. Gaul rata.
Bila dah cukup rasa, matikan api dan angkat. Sedia untuk hidangkan.
Lauk-lauk lain yang kami ada hari tu ... mewah betul .. semua jemaah tersenyum gembira hari tu ... macam nak buat lagiiii jer ... hehe
Note: The two pictures below was taken by my jemaah that day ye.
Dinner: Cheesy Salmon Mayo and Chicken Ham Sandwich
Dinner for the kids and I last nite was sandwich ni jer. Saje nak train si abang not to take rice for dinner. Dah montel sangatt ... takut I. Knowing him yg xleh tinggal nasi most of the time, ada rasa guilty jugak takut dia x kenyang. So I let him have a slice of cheese cake that I baked 2 days ago.
I pan grill the sandwiches as I love my sandwich to be crispy outside, lembut di dalam ... ;)
Friday, November 22, 2013
Rojak & Cendol @ Masjid Al-Azim, Pandan Indah
Salam pagi Jumaat. Ni ler rojak yg sedap, kita suka tu. Nak post semlm, blogger.com ni buat hal pulak. Tak boleh nak choose pic from laptop. Dah a few times macam ni, time orang tengah free and rajin nak berblogging ni ... Back to cerita rojak. Yang ni rojak sotong. Sedap tau. Haziq memula eksyen .. xmo makan sbb dia nak makan nasi. So dia tumpang makan I punya la, adik dia makan satu plate sorang. Sedap la tu, dia siap cilok sket from adik. Last-last he ordered another plate sbb gaya org xpuas makan je, ended up dia la yg mkn paling banyak .. haha ..
Lokasi:
Tepi jalan pintu masuk utama Masjid Al-Azim
Tepi jalan pintu masuk utama Masjid Al-Azim
Pandan Indah
Waktu operasi:
Setiap hari kecuali Jumaat
Ni cendol yang kami makan hari tu. Lemak berkrim penuh kolestrol ... hehe ...
Muka happy lepas makan ... Sekali sekala makan kat tempat open air macam ni memang best, sat sat rasa tiupan angin .. nyaman je. Kalau budak-budak ni boring, boleh main kat padang/taman rekreasi sebelah tu sementara mak pak nya dok bersembang.
Berdekatan gerai rojak ni, ada gerai laksa, sup dan nasi ayam. Tapi tak pernah cuba lagi sebab memang selalu dtg dah aim kat rojak dan cendol ;)
Friday, November 15, 2013
Cendol Wahab
Ada one day tu, kami ke Wangsa Melawati sebab nak lunch kat Wangsa Grill, belated celebration utk birthday Haziq. Terlupa pulak la nak tengok waktu operasi restoran Chef Zubir ni. Rupanya 6pm onwards baru buka. Maka kami meronda-ronda la dulu, xde arah di sekitar area Sri Rampai. Nak cari light meal sementara tunggu dinner time. Ternampak Restoran Wahab ni, ada replika gambar cendol kat sign board dia. Terus teringat my office mates yg duduk area Ulu Kelang & Wangsa Maju pernah citer kesedapan cendol wahab, suh hb stop singgah makan cendol dan rojak kat sini.
Lokasi:
Restoran Wahab's
(The Best Cendol in Town)
Restoran Wahab's
(The Best Cendol in Town)
Rampai Business Park, Sri Rampai, Setapak
Waktu operasi:
x pasti ;)
Dah siap-siap order, tunggu je la nombor kita naik ... ;) So, ni ler makanan2 yg kami order that day ...
Kue teow goreng ayam
Rojak ayam
Cendol aiskrim ... kecewa, nak cendol kacang merah tp dah habis
Taste wise overall boleh la. Tapi my vote will still goes to rojak & cendol depan Masjid Al-Azim Pandan Indah or rojak & cendol berdekatan Damansara Specialist Hospital. Cuma kelebihannya kat sini, pilihannya banyak ... cendol aje ada lebih dr sepuluh jenis. Selain daripada tu ada makanan bergoreng juga macam kue teow dan mee goreng.
** Lain kali kalau singgah, I nak cuba Mee Rebus nya sbb ada kawan recommend, sedap katanya.
Wednesday, November 13, 2013
Breakfast Express: Cheesy Toast
Breakfast in a jiffy ... !! Another sempoi breakfast that my kids enjoy so much. Selalu buat when I am in a hurry, mmg sesuai sgt ... sedap pun sedap.
CHEESY TOAST
Resepi: Che' Iza - MYR
6 keping roti sandwich
3 keping unsalted slice cheese
2 biji telor
sedikit garam
Basil herbs - optional
Buang tepi roti, letak cheese dlm setiap 2 keping roti (macam sandwich). Potong roti kpd 2 bahagian menjadi 3 segi. Pukul telur, letak sedikit garam dan serbuk basil. Celup roti tadi dan bakar dlm non-stick pan yang telah dilenser dgn sedikit butter. Boleh dimakan begitu shj. atau dengan sos cili, mayonis atau jem.
Tuesday, November 12, 2013
Restoran Det Station @ Ampang Avenue
Antara restoran Nasi Lemak yang I can consider sedap lah sebab sambalnya boleh tahan sedap ;). Senang je nak cam tempat ni, sebab kedainya dicat hijau luar dan dalam. Dan juga terletak x jauh dari PapaRich.
Lokasi:
Jalan Avenue 3, Avenue Ampang, Ampang Campuran.
Waktu Operasi:
5pm - 2.30am
Selain daripada Nasi Lemak, Det Station juga menjual Char Kuay Teow yang boleh tahan sedap dan juga burger.
Monday, November 11, 2013
Toast Bread and Baked Beans with Sausage
Morninggg ... pagi ni nak bagi ilham satu lagi breakfast yang mudah yang I suka sangat dr dulu. Resepi ni pernah di share oleh Kak Hanieliza (sekarang dah bergelar chef) byk tahun dulu kat fotopages dia, i pun x ingat dah linknya. Actually nak makan macam tu je pun sedap gak, tapi kalau nak lebih kenyang I suka makan dengan toast. For breakie, 2 keping roti dgn baked bean sausage ni mmg kenyang sangat dah.
Kalau dah buntu xtau nak breakfast apa, mmg buat ni la. Preparation time pun sekejap je.
BAKED BEANS WITH SAUSAGE
Resepi: Hanieliza
1 tin baked beans
1 - 2 batang/secukupnya sosej
1 - 2 ulas bawang putih (depends on the size of the can & your tastebud)
sedikit cili kisar
sos tomato
sos cili
Tumis bawang putih yg telah ditumbuk/cincang halus hingga terbit bau. Masuk cili kisar & masak hingga garing. Masuk sosej yang telah dipotong kecil. Kemudian masukkan baked beans dan sosnya. Sesuaikan rasa dengan menambah sos tomato dan sos cili. Ain tambah air sikit jika kuahnya agak pekat. Kuahnya biar ada rasa masam, manis and pedas, baru terangkat. Agak-agak dah mesra, boleh la tutup api dan hidang.
** For me it's best serve with toast.
Saturday, November 9, 2013
Salted Egg Prawn
Menu seminggu lepas. Sedap sangattt kata anak2 I. Sometimes simple ingredients can make magic to your dish, xperlu bahan-bahan yg mahal dan bersusah-susah sangat pun. Contohnya, lauk ni lah. Resepi refer sini ye >> Ketam Telur Masin. Memang puas makan udang dgn resepi yg ringkas macam ni.
Tetiba rajin sgt I ni mengupdate blog kan. Haha ... alhamdulillah, just gain my vitamin R selepas balik bercuti ni ... mulut rasa nak pot pet aje ...
Tetiba rajin sgt I ni mengupdate blog kan. Haha ... alhamdulillah, just gain my vitamin R selepas balik bercuti ni ... mulut rasa nak pot pet aje ...
Friday, November 8, 2013
Emping ♥♥ menggamit memori
Nostalgia makanan musim tuai padi masa kecil-kecil, duduk kat kampung tinggal dengan atuk. I took this foto utk adik-adik kat ofis yg xpernah kenal rupa emping ni. Bukan takat xkenal, xpernah makan pun. Kebetulan ada emping tu kat kampung hari tu, kelapa muda pun berlambak. Apa lagi ... terus la kami buat emping ni untuk kudap-kudapan. Bagi adik-adik yg x pernah cuba, boleh la rujuk resepi kat bawah ni ye.
EMPING
Resepi: ain sweetthots
1 peket emping
Kelapa muda parut
Gula melaka - disagat
Sangai emping sehingga masak/rangup. Kemudian gaulkan dengan kelapa muda parut dan gula melaka yg telah disagat tadi. Hidang segera utk menikmati rasa yg lebih rangup. After sometimes, rasanya akan liat-liat sikit sebab kelembapan yg ada pada kelapa dan gula tu. Tapi still sedap je.
Ho Chi Minh: Of Vietnamese Food that I missed ...
Early May this year, we all berpeluang melawat bandaraya Vietnam iaitu Ho Chi Minh atau nama lamanya Saigon City. I belum blog lg pasal my trip ke sana sebab itu mood xde mariii ... hihi. Sekarang, tgh rajin dan kurang busy, boleh la nak share. Biar I started off with cerita the Vietnamese food yg I have fallen for ...
Antara sebab kami menjejakkan kaki to this part of Vietnam: antara destinasi asia yg popular utk dikunjungi dan keterujaan I bila membaca blog cik mulan, pengalamannya bermastautin lama di sana, the food that she missed. Adding to all that, my addiction and love for coffee buat I teringin sangat-sangat nak merasa the true Vietnamese Iced Coffee.
Got to go ..., leave you with the list of food that I really enjoyed during my 4d3n stay there.
Watching the Barefoot Friends in Vietnam made me craves for all these food again ... and it's just hard to find a really good one here ... Tengok Ho Dong makan tu, huhu ... nangis akak ... telan air liur je lah.
Vietnamese Beef Soup Noodle / Pho' (pronounced as Fa)
Vietnamese Sandwich / Banh Mi (pronounced as Bun Mee)
My everyday dose masa kat HCM, with every meals ... me yg selalu minum hot coffee rather than the cold ones pon boleh ketagihh ... no wonder mulan suka sgt2.
** x sempat nak rasa Vietnamese Spring Roll as the Halal shop that selling it was closed during my visit. I bet it's also damn good! ;)
Subscribe to:
Posts (Atom)
Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Alhamdulillah, silaturrahim yg terputus sejak sekian lama dengan sahabat-sahabat puspawangiku dibawah tu dapat dieratkan semula melalui gr...
-
Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...
-
Morninggg ... sebelum I bercuti panjang esok, pagi ni I nak share resepi Kuzi pulak. Masa hubs bawa balik daging korban hari tu memang ...