Monday, June 30, 2014

Sicilian Orange Cake


Tak dan nak celoteh panjang, kek ni I buat 2  hari before Ramadhan. Mak request. Actually dia kata apa-apa kek pon boleh. Teringat yg dia suka makan kek oren yg I selalu buat dulu-dulu, terus terasa nak cuba pulak resepi kek oren yg Rima share ni. Ok la, nak get ready for berbuka pulak. Apa menu berbuka you all hari ni ye?

SICILIAN ORANGE CAKE
Resepi : Rima


250g butter - suhu bilik
250g gula pasir - I letak 200 gm je
4 biji telur size M
1 1/2 st parutan kulit oren
250g tepung naik sendiri (jika menggunakan tepung gandum + 1sk baking powder)
85ml jus oren

Bahan untuk aising:
125g gula aising
5 sk jus oren


Panaskan oven 170C. Sapu loyang 22cm dengan butter keliling. dan alas loyang dengan baking paper.

Pukul mentega dan gula hingga berkrim selama 4-5minit. Pecahkan telur, masukkan satu per satu. Masukkan parutan kulit oren. Pukul lagi hingga kembang.

Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit berselang seli dengan jus oren.

Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 45-50min. Cucuk sebelum keluarkan dari oven. Jika kek belum masak dan permukaannya sudah keperangan, letakkan aluminium foil di atas kek supaya kek tidak hangus dan teruskan membakar.

Sejukkan kek sebentar di dalam loyang di atas wire rack. Kemudian baru sisipkan.
Untuk membuat aising, campurkan gula aising dan jus oren ke dalam mangkuk dan kacau sehingga berkrim. Curahkan ke atas kek tadi dan boleh la dipotong dan dinikmati.


Thursday, June 26, 2014

Sambal Telur Pecah


Sambal yang mudah dan cepat disediakan tapi still boleh buat orang makan bertambah-tambah. Tak payah masak lauk lain dah, lauk ni je pun dah cukup.

SAMBAL TELUR PECAH
ain@my-sweetthots.blogspot.com

Bahan-bahan:
6 - 8 sb lada kisar / lada merah + cilipadi
6 ulas bawang kecil merah*
3 ulas bawang putih*
segenggam ikan bilis*
1 biji bawang besar- dihiris bulat
air asam jawa
minyak untuk menumis
sedikit gula
garam secukup rasa
4 biji telur


1. Kisar semua bahan bertanda *
2. Panaskan minyak dan masukan bahan kisar dan lada kisar dan bawang besar.
3. Masaklah sehingga pecah minyak
4. Masukkan air asam dan perisakan garam dan gula.. biarkan sebentar
5. Pecahkan telur dan biarkan telur masak, perlahankan api.. balikkan telur supaya masak kedua2 bahagian.. jika kering boleh tambahkan sedikit air.. kacau kasar ... sedikit sahaja, jgn banyak supaya telur tidak terlalu hancur
6. Jika suka tutup api sebelum telur kuning betul-betul mengeras.


Tuesday, June 24, 2014

Throwback Tuesday: Selfie sekitar Wedding Mussin


we ... cousins bersama si budak bibir lontik aka cik mermaid (bibir tu dr gen mama dia ... sebijik! ;))


with my kepochi cousin ... (mak dia dulu pon cita-cita nak jadi reporter ... haha)


cik jijah aka atom (kata cik mermaid) who'll be getting married this raya


Asyuuu ....


 Shiwa train hana ber"selfie" ... masih moody sbb mama dia xsmpai2 lagi

Monday, June 23, 2014

Lemon Garlic Chicken with Creamy Lemon Sauce & Hasselback Potatoes


Last month I memang extra rajin main panggang-panggang ni. Haziq of course la happy sangat, dia memang pantang nampak ayam panggang ... nak nak kalau I panggang seekor macam ni xde potong-potong, lagi la dia tak sabar nak makan  ;) Resepi ni dah a few times buat, biasanya makan dgn nandos garlic sos je ... kali ni I buatkan sos kasi special sikit.

Dah lama tergoda nak buat hasselback potatoes, so tu lah dia ... tapi versi org malas je, just curah in between the slices some garlic oil yg I buat sendiri by cooking some crush garlic dlm olive oil sekejap. Not so puas hati with the outcome as I didn't get the crispy layer of the potato skin. Nak kena study lagi the technique ni. But overall, the boys were happy dan keep on puji the sauce I made was super delicious ... ;)


Lemon Garlic Chicken
(Sumber: Quick Short Recipe Cookbook)

Seekor ayam
80ml (1/3 cup) lemon juice
4 biji garlic, crushed
Some black peppers, crushed
60g (2 1/4 oz) butter, melted
1 teaspoon ground paprika

Letakkan ayam dalam casserole/oven proof bakeware.
Campurkan lemon juice, garlic, butter, paprika dan pepper. Curah mixture atas ayam & lumurkan. Tutup & sejukkan dlm fridge utk beberapa jam atau semalaman.
Preheat oven to 180C. Bakar ayam selama lebih kurang 1 jam, sesekali lumurkan ayam dgn lemon mixture tadi. Jika suka, boleh dihidangkan bersama hirisan lemon.

CREAMY LEMON SAUCE
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1/2 cup culinary whipping cream
Lebihan sos perapan ayam di atas
Lebihan jus yg keluar semasa ayam dibakar & yg melekat di atas dulang pembakar
Beberapa sudu sos garlic Nandos
Jus lemon & garam jika perlu

Campur kesemua bahan & masak sebentar atas api. Sesuai kan rasanya. Tambah sedikit jus lemon dan garam jika perlu. Hidangkan dengan ayam panggang di atas.


Licin the boys kerjakan ...


Makan lain cerita, bekal ke sekolah tetap ada ... ;)



Friday, June 20, 2014

Chicken Macaroni Au Gratin


Enuff of cerita lontong ye. Ni menu dinner semalam. Asyik dok makan kat kedai sampai dah buntu nak makan apa, teringat pulak dah lama x masak pasta for the kids. Tu yang masuk dapur terus rebus macaroni. Actually rasa nak makan penne tapi no stok in my dapur ... huhu

Nama dish sikit punya glamour bunyinya kan ... mamma mia italia sangat ... kalau di Jepun, mereka menyebutnya sebagai Guratan ... but it's basically baked macaroni with Bechamel Sauce a.k.a White Sauce aje ... haha.

Topping tu kalau brown sket lagi baru best, tapi I mengejar masa dik non ... terkejar-kejarkan time budak-budak nak pi tuisyen ... nampak cheese dah melt semua, terus tutup api oven. Dish macam ni memang all time favourite the boys, dah makan kat rumah pon ... Hafiy siap bawa bekal pulak utk makan masa break kat tempat tuisyen. Seronok nak makan dgn kawan-kawan.

CHICKEN MACARONI AU GRATIN
ain@my-sweetthots.blogspot.com

300g macaroni - direbus al-dente
1 batang sosej ayam jumbo - dihiris kecil
2 keping chicken meatloaf - dihiris kecil
6 biji button mushroom - dihiris kecil
1/2 labu bawang Holland - didadu halus
2 ulas bawang putih - didadu halus
Serbuk black pepper
1/2 kiub ayam
Sedikit olive oil
Sedikit air
Garam

Panaskan olive oil. Tumis bawang Holland dan bawang putih sehingga naik bau.
Masukkan sosej dan meatloaf, gaul rata dan biarkan sebentar.
Masukkan button mushroom dan kacau lagi.
Perasakan dengan sedikit garam, serbuk black pepper dan kiub ayam.
Masukkan sedikit air dan biarkan sebentar.
Akhir sekali masukkan macaroni yg dah direbus terlebih dahulu, gaul rata dan sesuaikan rasa. Matikan api dan masukkan macaroni ke dalam casserole atau oven proof dishware.
Tuangkan white sauce dan taburkan cheddar cheese di atasnya.
Bakar di dalam oven dengan suhu 180 degree selama 20 minit atau sehingga topping kelihatan  perang.

 
Bechamel / White Sauce:

600ml fresh milk
3 tb tepung gandum
2 tb butter
Sedikit serbuk black pepper & white pepper
1/2 kiub ayam
Garam secukup rasa

Panaskan butter dan masukkan tepung. Kacau rata sampai brown sikit dan masukkan fresh milk, serbuk black pepper, white pepper, kiub ayam dan garam. Kacau sehingga semuanya sebati dan mendidih. Seimbangkan rasa, tutup api.


Thursday, June 19, 2014

Lontong Singapura, Pekan Masjid Tanah


Cerita lontong lagi nampaknya ni. Maaf lah kalau boring. Saya dlm "Misi mencari lontong yg sedap" or my friend kata, Raya sebelum puasa ... haha .. gara-gara hari tu xpuas hati kan. Lontong ni nampak lagi sedap, kan dr yg kat bawah tu? ;) 

I balik kg last week, jengah my nenek & tido kat kampung.  The next morning my cousin yg ni, whatsapp tanya "nak breakie lontong Spore sedap x? Famous in Masjid Tanah ni, kat fb ramai yg kata sedap so kena cepat la, org kata pukul 9am dah habis".  Akak pon tergoda, menggelupur bangun tau ... terus la kejutkan my laki & anak-anak2. Then pergi tanya cik Tom, anak my Indok kat rumah sebelah .. nak ikut ke x.

By 8am kami dah sampai simpang (which is Pekan Masjid Tanah tu, tp my family mmg refer tempat ni as simpang). Jumpa Deeda kat sana dgn anak dia (Cik Mermaid Pinky bangun pagi la that day sbb nak breakfast sama weols). Si Deeda ni pon xpernah try lagi this place, jadi lepas dah park kereta masing-masing kami pon mencari la kedai lontong tu yg dikatakan kat fb bertentang kedai ayamas. Bila dah nak menghampiri kedai ayamas tu, masing-masing macam dah cuak je dan tertanya-tanya ... sudah ... kedai dia tutup ke hari ni? Sbb nampak lengang sangat ... isyy ... takkan kedai yg dikatakan sedap ni xde orang ... bila sampai tgk kat roller shutter nampak la waktu operasi dia 8.30am - 12.30am.


Adoiii ... sabar je la ... apa nak buat setengah jam ni? Takkan nak balik? Nak xnak, kami round la pasar tani kat depan tu. Cik Mermaid Pinky baju pink tu beli la kuih lapis sbb kuih tu colour pink, I lak beli pokok 2 pasu dan sekeping murtabak sbb berkenan tgk murtabak tu cantik je rupa dia 4segi, org tu buat guna acuan.


Ni salah satu pokok yang I beli tu, Deeda kata pucat je ... macam sakit ... haha ... memang spesis dia macam ni lah.

Dah habis ronda jam baru pukul 8.20am. Kedai xbuka-buka lagi. We all melangut je la tepi longkang tu haa, sempat alih keta pulak lagi sementara tunggu kedai buka.


Bila kedai buka je terus meluru duduk, dah longoh mencangkung tepi longkang tadi. Terus order Lontong, Nasi Kukus Ayam Berempah & Soto. Cik Mermaid Pinky pulak minum air bandung. Eeii ... fanatik pink betul budak ni. Nasi Kukus & ayam tu biasa-biasa aje. Soto dia sedap (lupa lak nak snap sbb perut dh lapar), tapi begedilnya ... sedap lagi yg kami buat kat rumah ;)

Lontong dia sedap, ada paru goreng, isi-isi lodeh mcm tempe, sengkuang, kacang, tahu, kobis & suhun semua ada, just nice kuah nya pon xterlalu pekat or cair. Ada letak sambal kelapa juga. Ini baru la betul, lontong. Untuk harga RM4.50 semangkuk, I am very happy with the taste, kalau teringin nak makan lontong ala-ala kat rumah tapi malas nak buat, boleh la lepas kempunan kat sini. Even lontong kat Cafe Mak Jah, Ampang Jaya tu pun x sesedap & complete macam yg ni. Yeayy ... my craving for lontong sudah terlaksana akhirnya ... alhamdulillah.


Lepas breakfast cik Mermaid ni ikut balik rumah nekyang. Nak main dgn Hafiy & Haziq katanya. Oh ye, kami semua panggil dia mermaid sbb dia kata diri dia si mermaid karakter kartun Disney.

Lepas boring main dgn abang-abang, dia ikut my Indok balik rumah. Belek album kawin Indok, terus cakap inai kat jari dia dah habis. Nak pakai inai. I pon tolong la pakai kan ... dia suka je, until I gi lukis atas tangan ... lepas dah siap dia dok merungut & sorok2 tangan kat belakang ... muncungkan mulut & merungut ... "nanti mama marah, mama xbagi pakai kat tangan ... kat sini (jari) xpe ... nanti mama marah hana"  ... muka xpuas hati je ... suruh basuh inai kat tgn tu. Adoii ... pening kepala we all nak layankan dia psl inai tu sementara tunggu mama dia dtg ... 

Lontong Kg Jawa, Segamat


Dah lama I x share food review, kan. Ada quite a few gak in my list, dah berkurun gak la tu pergi try ... hehe. Tapi kali ni biar I share the recent one lah ye. Masa ikut my hubs gi Segamat sempat try kedai lontong ni, nama kedai xde tapi lokasi nya tu bertentang Sekolah Kebangsaan Kg. Jawa. 

Dah lama nak cuba baru kali ni la dapat sbb selalu dok dengar his office mate yg dr KL kalau ada keje kat Segamat mesti nak singgah breakfast sini. Actually cik abang I tu pon xpernah jejak kedai ni, so bila I tanya dia kata xtahu cuma bg clue kedai tu dekat dgn sekolah & dekat Kg. Jawa. I pon buka Ipad & google la "warung lontong Kg.Jawa". Memang ada la org review pasal kedai dan lokasinya dekat dgn sekolah. Tapi xde gambar pon.

So, kita pun buka waze dgn confident nya terus navigate Sekolah Rendah Kg Jawa. Bila reached that area nampak satu kedai ramai org bertentang sekolah, terus cari parking & masuk. I ordered Lontong kat atas tu, Hafiy minta Nasi Lemak (pastu menyesal x order Soto bila rasa abang punya sedap) & Haziq makan Bihun Soto dgn begedil.

I pon hairan apa yg best sgt mkn kat sini ... hehe. Tapi orang memang ramai, susah nak cari tempat duduk. The lontong so-so aje, kuah mmg pekat tapi isi dlm xde pon ... sedih I, ingat ada la byk tempe, tahu, suhun & isi-isi lodeh yg sewaktunya ... tapi yg I jumpa tempe cenonet jer, jari kelingking ni pon besar lagi tau. Frust ...


Soto boleh tahan la, kuah x pekat & tak cair ... xrasa rempah soto pon ... tapi sedap la juga. Tu yang Hafiy menyesal makan Nasi Lemak. Haha ...

The begedil, out betul lah ... garam pon x rasa. I tertanya-tanya .. apa la yg kwn2 laki I asyikkan sgt nak mai sini ... mmm ... or may be, not my day that day? Tukang masak sakit tekak kot? Or the usual tukang masak sakit, org lain yg masak?


Lastly I tried their satay paru & satay sotong, dan juga tempe goreng ... sbb yg ni pon famous diperkatakan among my hubs punya rakan sekerja. Well ... satay paru tu ada satu bau yg I xsuka ... me dont like the smell & taste ;(  Tempe goreng tu ok la, I had it with sambal cili kicap ... tapi again, I kecewa ... sambal tu xde kick lah, mcm ada yg kurang, xrasa kicap, xrasa masin, err ... xcukup rasa. My stomach was full tapi kenyang ... faham ke maksud tu?

Anyway, lain orang ... lain tekaknya kan, lain citarasa ... siapa yg sampai Segamat, kalau teringin nak breakfast lontong ... boleh la cuba & nilai sendiri ye ;)
 

Tuesday, June 17, 2014

Ninety Minute Cinnamon Rolls


Another recipe that I'd love to share here is this great and simple cinnamon rolls. I'm in love with the outcome, tu yang nak make sure I keep the recipe in my blog, senang xtercari-cari bila terasa nak buat lagi. Roti ni pon dah lama buat bulan lepas. Hubs is a fan of this rolls, so do I ;) Tu yang tetiba I terasa nak buat hari tu. Pastu, tamak ko ... siap buat double the recipe. Mmg puas la makan ... ulang 3-4 kali, hehe ... tunggu 3-4 bulan lagi baru buat pulak ye, buat masa ni acik dah tepu ... haha.

To my surprise, my nephew si Qayyum yang very picky eater tu pon boleh habis 3 ketul sekali makan. Berkenan lah tu. I suka this homemade cinnamon rolls sbb selain dr I dpt makan fresh from oven, this one x manis sgt & oily macam kat Cinnabon tu. I dont like their sugar glaze. Lepas tu their buttery & oily taste tu mmg memuakkan, I cant even finish one. But this one, 3 pon boleh tau sekali hadap ... ooppsss ... bahaya, bahaya ... tu pasal xleh buat selalu. The feeling pulak bila bakar semerbak bau kayu manis kat rumah, mmg sgt-sgt inviting ... mmmm ... bahagia ...


NINETY MINUTE CINNAMON ROLLS
Source: Allrecipes.com

Prep Time: 20 Minutes
Cook Time: 20 Minutes
Ready In: 1 Hour 30 Minutes
Servings: 12
"Make soft and sweet homemade cinnamon rolls the quick and easy way with this recipe that uses quick rising dough to make the perfect kid-friendly treat."
Ingredients:
3/4 cup milk
1/4 cup margarine, softened
3 1/4 cups all-purpose flour
1 (.25 ounce) package instant yeast
1/4 cup white sugar
1/2 teaspoon salt
1/4 cup water
1 egg
1 cup brown sugar, packed
1 tablespoon ground cinnamon
1/2 cup margarine, softened
1/2 cup raisins (optional)
Directions:
1. Heat the milk in a small saucepan until it bubbles, then remove from heat. Mix in margarine; stir until melted. Let cool until lukewarm.
2. In a large mixing bowl, combine 2 1/4 cup flour, yeast, sugar and salt; mix well. Add water, egg and the milk mixture; beat well. Add the remaining flour, 1/2 cup at a time, stirring well after each addition. When the dough has just pulled together, turn it out onto a lightly floured surface and knead until smooth, about 5 minutes.
3. Cover the dough with a damp cloth and let rest for 10 minutes. Meanwhile, in a small bowl, mix together brown sugar, cinnamon, softened margarine.
4. Roll out dough into a 12x9 inch rectangle. Spread dough with margarine/sugar mixture. Sprinkle with raisins if desired. Roll up dough and pinch seam to seal. Cut into 12 equal size rolls and place cut side up in 12 lightly greased muffin cups. Cover and let rise until doubled, about 30 minutes. Preheat oven to 375 degrees F (190 degrees C).
5. Bake in the preheated oven for 20 minutes, or until browned. Remove from muffin cups to cool. Serve warm



Monday, June 16, 2014

Apam Kampung


Lama x meluangkan masa kat sini. Bukan xde resepi yang nak di share tapi bila otak berserabut, mood pon lemau ... macam tu lah ... sepi je ... Ni dah lama buat tau, bulan lepas lah agaknya. Resepi dari my sister. Actually ada benda yg I dah alter dari resepi dia ni, tapi sebab dah lama tu, akak gali-gali otak yang dah berkarat ni memang xberapa nak recall lah. Yang ingat cuma gula merah tu. Perlu diingat la kalau nak buat ye, sesetgh gula merah tahap kemanisannya x sama. Jadi pandai-pandai la adjust ye, rasa dulu dan tambah ikut keperluan.

Oh btw I tukar nama apam dia, sebab confuse betul la nama yg dia bagi ... khunsa ke apa apam ni? hehe ... sbb rasanya macam apam dulu-dulu stail kampung gitu, so I nak panggil apam kampung je lah ye.

APAM KAMPUNG
Sumber: Bungamekar

Bahan:- (anggaran 50 ketul)
500gm tepung gandum
100gm tepung beras
3/4 cawan gula merah
1 paket yis segera(mauripan) + 1/2 cawan air
2 cawan air
1 cawan nasi sejuk
kelapa parut putih gaul bersama sedikit garam.
** i x letak gula pasir, coz rasanya dah cukup manis...

Gaul rata tepung gandum, tepung beras dengan gula merah hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.

Setelash selesai, masukkan 1 cawan nasi sejuk. Biarkan adunan dalam bekas dan tutup hingga adunan menjadi naik 2x ganda. Lebih kurang 1-2 jam.

Bila adunan telah kembang dan naik, kacau sekejap dan masukkan dalam bekas yang hendak dikukus. Jangan biarkan hingga adunan turun semula kerana ini akan menyebabkan apam yg hendak dikukus itu sudah kurang kembang/naik nyer x cantik..(my mum bagi tips ni)

Kukus atas air mendidih selama 20 - 25 minit (balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya didalam loyang yang berisi sedikit air untuk memudahkan ia ditanggalkan dari bekasnya.. Hidangkan bersama kelapa parut tadi.... 



Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...