Thursday, December 16, 2010

Hafiy's Pre-school Graduation

9th Nov 2010 - my Hafiy big day in pre-school ;)



 berpantun ... jenuh dia praktis ni ;)




sessi memberi bunga to mummies ...



Abang Haziq tumpang sekaki ;)

Hafiy's Pre-school Concert

Lama x update.. reasonnya, biasa la kan, bz, bz & bz ^-^. Just wanna record these pics for memory sake.. taken during Hafiy's pre-school concert, 23rd Oct 2010








Ni pula Haziq wt his best buddy masa pre-school dulu. 
Jumpa masa concert coz Dayyan dtg tgk adik dia.

Sunday, November 7, 2010

Jus Kurma Bersusu


Jus yang sangat sedap & penuh khasiat. Tak manis sgt & wangi je disebabkan rasa madu tu. Highly recommended! For breakfast pada I pun best sangat. Segelas jus kurma + 3-4 keping Jejari oats., dah cukup mengenyangkan. Tau je la kan, kandungan laktosa dlm kurma ni mampu memberi kan tenaga hingga kan Nabi s.a.w pun menggalakkan kita mengambil kurma kala puasa, baik utk berbuka mau pun bersahur. Malah, Maryam ibu Nabi Isa alahissalam sendiri ketika hendak melahirkan baginda memakan kurma yg jatuh dr pohon tempat dia bersandar. Wallahualam. Ooopss... dah buka lembaran sejarah pulak saya.

Jus ni sebenarnya nak buat utk diri sendiri sbb sakit tekak + demam. Tak lalu nak makan nasi & x tahu nak makan apa. I minum, sambil menunggu Haziq makan. Sedap ler pulak, sampai terbuka selera nak jamah makanan Haziq. Bila Haziq nampak air I.. x sangka la pulak bila dia rasa, suka sampai kalau boleh nak habiskan. Selalunya bila bagi budak 2 org ni makan kurma macam tu je, sikit punya payah... Even hubby n hafiy pon bila rasa suka gak. Masing2 semua minum macam x puas je. Nak buat pulak, kurma dah habis daaa. Hehehe... now I know the trick mcmana nk menggalakkan the kids makan kurma & yet this is another solution to clear kan stock kurma ... yeay! Hari tu pening kepala dok pikir cemana nk habiskan kurma, now tgh berkira2 nak simpan stok pulak utk breakfast kami ... esp di masa2 kecederaan terlambat bangun pagi. Mmm... teringat2 lagi rasanya, x puas minum ni!


Jus Kurma Bersusu
Sumber: Rasa Feb '10

10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
250ml air panas
1 sudu makan madu
Kiub ais secukupnya

1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan madu & ais, kisar lagi.
4. Akhir sekali masukkan susu & kisar sebati.
5. Sedia utk dinikmati.

Disebabkan si mummy demam & terlebih rajin, ini je la hidangan t/hari buat anak sulungnya. Si adik dah ikut si bapa keluar ambil abg ipar n family yg baru smpi dr KB kat KL Sentral. Tapi si abang yg sangat suka kambing ni tersangat la happy sampai tersenyum lebar dpt makan grilled lamb kesukaannya. I buatkan mashed potato sket. Lupa terus perut dia lapar nasi.... Tu pun sib baik ada baki sekeping lamb yg dah siap marinate I beli hari tu.  Kalau x, ko makan biskut je la bangg..., nak gi kedai tapau lauk pun malas ni tau.. hihi.


Congo Bars


Tergoda jua... haha.. tiru tag line K.Nor. Huhu... memang sungguh ku tergoda ^_^ tak leh nak citer panjang sbb dah nak masuk tido. Nak translate pon x larat. Satu lagi brownies yg amat mudah & sedap.

Cuma mcm K.Nor komen, tang manis tu memang boleh dikurangkan lagi. Next time mungkin boleh kurangkan lagi gula tu letak dlm 220g je. Anyway... dlm pada dok komen manis2 gitu... tak sampai sehari dah habis tau. Hihi wat malu jer, ... mulut kata manis, tapi tekak ni x mampu menolak bila tangan dok menyua brownies ke mulut. Hai... kesimpulannya, memang sedap lah & manis sungguh petang ku hari ni... ;)

CONGO BARS
Sumber: Rima

Ingredients:
2 3/4 cup all purpose flour-(315g)
2 1/2 teaspoons baking powder
1/2 teaspoon salt
2/3 cup butter, softened-(150g)
1 lb. light brown sugar(453g) - ~ I letak 250gm (next time nak kurangkan 220g)
3 eggs-(Ayu used 4 small eggs)
1 teaspoon vanilla
11.5 ounce package milk chocolate chips(326g)
1 cup chopped pecans (optional) ~ I ganti dgn almond sliced

Sift flour, baking powder and salt into a large bowl. Set aside.
Stir brown sugar into softened (not melted) butter in another large bowl until butter disappears. You can use the back of your spoon to help incorporate the two together.
Add eggs one at a time to butter mixture and stir well after each egg.
Add vanilla, chocolate chips and nuts. Mix well.
Add dry flour mixture and stir until well combined.
Coat a 13 X 9 pan with non-stick spray and spread batter evenly into dish (I used baking paper).
Bake at 170 degree for 30 minutes or until top is golden brown. Make sure you don’t over bake.


Tuesday, November 2, 2010

Ketam Telur Masin


Ni ler my main dish for lunch yg berasaskan telur masin semalam. Sejenis masakan Cina. Belum berkesempatan nak rasa kat kedai lagi ... tapi rasa2 nya macam dah jadi ... hihi, confused sungguh ;) Suka sangat kaler dish ni yg ala2 lemak ketam disebabkan kuning telur masin tu. Sedapppp... I tell u. Kalau x kenangkan anak2 dah ku tambah lagi cili padi tu, baru lebih kick!

Ketam Telur Masin
Sumber: Rasa Februari '10

3 ekor ketam
5 biji telur masin ~ bhgn kuning sahaja
5 biji cili padi
2 sudu makan mentega
2 sudu makan susu cair
2 sudu makan tepung kanji
5 helai daun kari
Garam & lada sulah secukupnya


1. Kukus ketam hingga masak & toskan airnya
2. Gaul ketam td dgn tepung kanji & goreng dlm minyak yg banyak & toskan.
3. Campur kuning telur masin bersama mentega & masak diatas api. Gunakan api perlahan.
4. Tuang susu cair & masukkan daun kari. Kacau rata.
5. Masukkan ketam tadi & goreng hingga mesra. Sedia dinikmati.


My bujang kecik yg dah keletihan tunggu time makan ... kes mummy dia sibuk klik sana, klik sini ler ni. Tu pun sib baik masih boleh senyum, hihii..


Bila turun bujang besar yg sentiasa berselera ni... aii, depa pakat wat aksi makan ler pulak. Menggelabah terus camera woman ni nak amik gambar tau... isyy..

Kuih Bakar Pisang


Buat minum petang dihujung minggu. Terlebih rajin sikit, buat dlm acuan ni smpikan memula hafiy ingatkan kuih cara. Resepi yang sungguh lama dok lam waiting, baru kini sempat ku cuba ;) Resepi asal dr Cikgu Zana Inspirasiku tapi I copy dr blog K.Nor. Bujang kecik yg tolong lenyek pisang ni ... hihi. Memang dia suka sangat nampaknya sbb rasanya yg ala2 cekodok pisang. Banyak sungguh Hafiy makan walau pun lembik sket.

Ada kekurangan sket kuih yg I buat ni ... dh bakar 1 1/2 jam tapi turned out dlm nya agak lembik. Mmmm... puas pikir, arini baru dpt agak sebabnya. Kes tamak haloba la ni. Memandangkan semua komen tentang kuih ni sungguh memberansangkan, I terus buat dua adunan walhal santan tu cuma cukup 1 1/3 cup jer. Jadi nak cukup kannya pandai2 tambah air... padan muka, nak wat bijok org kata ... sekali, lembik melepet je kuih tu. Semalam baru2 masak, bila rasa lembik semua pakat dok cebek mulut jer xmo makan. Balik keje tadi, tgk tinggal 1/8 loyang je. Laku la pulak sbb kuih tu dah set. Kalau ikut resepi betul2 mesti lg best nih. Nampaknya harus ada ulang tayang.

Buat cikgu Zana & K.Nor, terima kasih. Bukan salah resepi ye, kekurangan diri saya yg amatur ni ... nak menunjuk terror kata org. Nasib baik masih sedap & tak masuk cik tong, kan.


Kuih Bakar Pisang
Sumber: Cikgu Zana

1 sisir pisang masak ( 10 - 13 biji).. di lenyek kasar .. ~ k.nor guna 7bj pisang berangan
1 cwn tepung*
3/4 cwn gula*~ k.nor letak 4sb gula aje sbb letak choc rice
1 cwn santan*
1 cwn susu sejat/cair*
1 biji telur*
2 sudu besar butter*
5sb choc rice ~ optional... ni k.nor saja2 letak (I tak letak)

1. Blender semua bahan*
2. Tuang adunan ke dalam mangkuk berisi pisang lenyek dan di gaul rata.
3. Masukkan ke dalam loyang yang telah dilenser dengan butter
4. Bakar 180C selama 1 jam.. or lebih untuk dapatkan kerak yang hebat.
5. Sejukkan.. baru di potong.. masuk peti ais lagi best

Monday, November 1, 2010

Kacang Panjang Telur Masin


Menu utk lunch kali ni semua berasaskan telur masin ;) Mmm... jangan sampai my blood go upstairs sudah ^_^

Kacang Panjang Telur Masin
Sumber: Rasa Mei 2010

300g kacang panjang
1 ulas bawang merah ~ dihiris
1 ulas bawang putih ~ direbus
1 biji telur masin ~ direbus
Sedikit serbuk kunyit
1 biji cili merah ~ dimayang

Tumis bawang putih & merah hingga naik bau. Masukkan telur masin & kacau/hancur2kan. Masuk kacang panjang & serbuk kunyit. Agak2 hampir layu, masukkan cili merah. Masak sebentar & bolehlah dihidangkan.


Dessert nya pula... masih lagi White Gelatin, cuma kali ni makan dgn aiskrim & choc topping. Walla... mmg nyaman sungguh. Lebih marvellous lah dgn aiskrim, x sia2 ikut idea Haziq ni. Alhamdulillah.


Tak nampak sgt aiskrim yg bertenggek atas dessert tu sbb warnanya rainbow yg soft gitu ..

Friday, October 29, 2010

White Gelatin ... with strawberry, chocolate & fruit cocktail topping


Tak leh nak citer panjang, keletihan balik keje & cik abe duk tunggu nak guna lappy plak. Nak translate resepi pon x larat ni. Alhamdulillah ... baru lepas menikmati dessert yg enak ni, elok pulak slps hujan.. mmm, indahnya ;) Sedap je rasa lembut-lembut sejuk, cam makan aiskrim pulak.. tp yg ni lebih creamy & ada cheese ... mmm... syiok habis you. Dessert ni makan memang kena ceduk2 je eh, lembut amat ... tapi I like jenis2 lembut membelai lidah ni ^_^ So kalau nak yg berbentuk sket kena la adjust sukatan gelatin tu ye.

Kami makan dengan 3 topping yg berbeza >> strawberry, choco & fruit cocktail... variety gitu. Anak2 pun suka & excited dok main curah topping segala. Dgn blueberry pon mesti ngam ni. Tapi kan, kalau makan togel gitu pun sedap jugak weiii.. Yang pasti memang menimbunkan lomak yo! Hahaha... awas ya utk mereka yg sedang berdiet.

WHITE GELATIN
Source: Allrecipes

Ingredients:
1 (8 ounce) package cream cheese, softened
1/2 cup white sugar ~ I kurangkan jd 1/3 cup
1 (.25 ounce) envelope unflavored gelatin
1/3 cup boiling water
1 cup milk
1 tablespoon lemon juice
1 teaspoon vanilla extract
1 1/2 cups frozen whipped topping, thawed


Directions:
In a medium bowl, beat cream cheese and sugar until smooth and well blended. In a separate bowl, dissolve the gelatin in boiling water. Stir into the cream cheese mixture along with the milk, lemon juice and vanilla. Fold in the whipped topping. Pour into a mold if desired, and refrigerate until set, about 3 hours.

Wednesday, October 27, 2010

Puding Strawberry


Layan je la puding ni ye. Hati tgh panas ni mmg sedap makan yang sejuk2.Tengah sakit dada ni nak berkata-kata tingat kat anak bujang sulung tika & saat ini. Sabar je la banyak-banyak, boleh dia lupa jawab 1 page soalan exam BM Kefahaman. Bukan xtau, tapi mmg dia x ingat buat ... hai la anak, dah puas pesan ni tau, pagi tadi pesan, semlm pesan, last year pesan, tiap kali ujian pun dh ingatkn. Last few days pun camtu, boleh tertinggal jawap 1 soalan. Kalau salah jawap tu lain cerita... ni lupa nak buat. Tu yg dad dia sudah angin 1 badan ni ;) Kita sebagai ibu yg jadi pemerhati ni pon rasa x syok kan... xtau nak sebelah siapa. Mmg ni la masalah besar dia dr kinder lg, even semua2 class teacher dia ckp yg sama... xtau la apa yg dia khayalkan. Bila kita tanya, dia kata xde apa. I cuma boleh berdoa yg terbaik buat dia. Insya Allah. 

Ok la you all... sebelum I pulak naik angin, mai la kita belek resepi puding  yang I ambil dr Teratak DJ ni ye. Asalnya Puding Blueberry, tapi I tukar tang blueberry tu sbb nak menghabiskan stok strawberry filling ni sebelum expire.


Puding Blueberry
Sumber: Dayang Jack

Bahan-bahan :
10 g serbuk agar-agar cap Tiga Ros
1/3 cawan jus / inti bluberi
3/4 cawan gula pasir (-/+)
4 sb susu pekat manis
1 cawan air (250 ml)
2 cawan susu segar (500 ml)
1 sb mentega
2 sb tepung kastard + 2 sb air (dibancuhkan)

Cara-cara :
Satukan air bersama gula dan serbuk agar-agar. Didihkan hingga larut.
Masukkan susu segar dan susu pekat. Kacau sebati.
Masukkan bahan-bahan selebihnya dan kacau lagi hingga kelihatan pekat.
Tuangkan ke dalam bekas besesuaian dan sejukkan terlebih dahulu.
Hiaskan dgn topping blueberry atau fresh blueberries. Sedia untuk dinikmati.

Sotong Masak Halia


Menu lunch my family hujung minggu hari tu. Malas betul nak keluar gi pasar. Memandangkan dalam fridge ada sotong je maka lepas belek2 buku 50 aneka sotong tu rasa nak cuba resepi yg ni. Saja nak yg simple since Hafiy pon baru je nak baik demam, tekak dia sakit jadi kurang berselera nak makan. Sotong ni pun mmg favourite budak2 ni. Bila nampak je lauk ni, terus nak nasi. Resepi ni simple je..., pengguna halianya sedikit je, jadi I rasa kurang sesuai la nama resepi tuh... hahaha... memandai je eh. Sekali belek nampak cam sotong goreng kunyit, tapi tergoda lak nak cuba sebab ada penggunaan jintan putih tu. Sekali sekala mencari kelainan dalam masakan ... apa salahnya kan ^_^


Sotong Masak Halia
Sumber: Edisi Khas 50 Sotong

600g sotong
1 ulas bawang putih ~ hiris halus
4 ulas bawang merah ~ hiris halus
20g halia ~ hiris halus
5g serbuk kunyit
5g jintan putih
10g cili merah ~ dipotong
10g cili hijau ~ dipotong
10g daun bawang ~ dipotong
100ml air
Garam

Tumis bwg merah, bwg putih, jintan putih & halia hingga wangi
Masukkan sotong, serbuk kunyit & sedikit air
Biarkan sehingga masak & masukkan garam secukupnya
Setelah sotong masak, masukkan cili & daun bwg sebagai hiasan.

Aksi kanak-kanak ribena yang terlebih sudah...

Macam ni la gaya budak2 yg terlebih makan satay kot ...


Wan Ahmad Qusairi, anak cik bunga yg ala2 diva ni. Haziq terlindung la pulak ...


aaaaa...


ada sesapa nak booking wat menantu ^_^


Ni plak anak bujang saya ;)


Hafiy control senyum nampak ...


Monday, October 25, 2010

Teh Pudina Lemon


Tak sah la makan kalau xde minuman kan. Ni pula minuman special hari tu. Dah kenyang makan satay & segala macam makanan tu, layan pulak teh ni ... wangi & segar je. Memang biasa pak arab minum teh dgn daun pudina kan, tapi kali ni kita tambah lemon slices utk bg lebih kick! Lebih ummpphhh! As usual, I prefer yg suam-suam ;)

Custard Jelly


Dessert for makan2 malam semalam. Sabtu pagi my sis sms, suh tolong buat dessert utk family makan2 session pada sebelah malamnya. I dapat sms tu masa tgh tengok Hafiy's school concert. So around 2pm balik rumah ... check almari dapur & dessert cik Dayang Jack ni la yang terpilih based on brg2 yg ada  di dapur masa tu. Asalnya, ternampak kat blog K.Nor. Mmm... nak komen lelebih tang rasanya pon x boleh sbb ... uwaaa... tukang buat pon x sempat rasa tau. Tapi sangat la happy bila laku cam goreng pisang panas, jadi tentu la sedap sangat tu kan... sesuai sangat dgn keadaan cuaca panas skrg ni. Actually malam tu I gi kenduri member sekolah yg nak gi haji this coming weekend. Singgah rumah mak nak drop the kids & htr dessert ni. Sempat la makan satay & few other dishes, tapi masa my cousin makan Custard Jelly ni dah x mampu nak layan sbb perut dah agak penuh berangan nak makan lps balik dr rumah kawan I la konon. Balik dr kenduri, masuk dapur tengok bekasnya dah dibasuh pun... tanya adik rupa2nya dah habis...  Mak I pun suka sangat, sampai  cousin I nak tapau bawa balik pun x kesampaian. Maka.. ni je la, gambarnya yang boleh ditayang.  Versi bedah siasat x dpt la nk dirakamkan.

Sib baik my cik abang yg x sempat merasa gak tak tanya/mintak ... kalau x harus kena buatkan malam tu juga ;) Btw, credit to Dayang Jack, the recipe owner.

CUSTARD JELLY 
Sumber: Dayang Jack

Bahan-bahan :
90 g Premix Crystal Jelly perisa strawberry (cap Nona)
3 cawan susu cair
3 sb gula
1-2 sb susu pekat manis
1 tin buah-buahan koktel (disejatkan)
1 sk esen vanilla
2 sb tepung kastard
1 sb mentega - optional

Cara-cara:
Satukan susu cair, gula, susu pekat, esen vanilla, tepung kastard dan mentega di dalam periuk dan masak hingga pekat.
Tuangkan adunan kastard tadi ke dalam bekas yg bersesuaian. Biarkan ia sejuk sebentar dan kemudian susunkan buah2an koktel tadi di atasnya. Ketepikan.
Untuk adunan jeli : Didihkan air 500 ml ke dalam periuk dan masukkan serbuk jeli tadi hingga larut. Kemudian tuangkan ke atas adunan kastard tadi.
Sejukkan terlebih dahulu

Note: 
Next time buat kena letak dlm bekas2 kecil. Dessert ni kurang presentable if buat bekas besar sbb dia lembut sangat2.


Macam2 menu ada tapi x sempat snap & ni main menu utk malam tu... diimport khas dr Kajang ;)

Thursday, October 21, 2010

Jejari Oats


Cookies yang dibuat for Aidilfitri tempohari ;) My fav since last 3 years. I don't mind this year xdpt sambutan sangat pun dr  budak-budak kat rumah ni sebab that means I boleh melantak sorang sepuas-puasnya. Sedap tau (kat tekak I yg suka oat ni la), walaupun rupanya x hensem. Sgt ideal for breakfast yg ringkas & cepat ~ mengenyangkan & healthy.. xde telur lagi. Rasa manis dia pun without the coating (susu + icing sugar) mmg dah ngam. Biasanya I x coat pun... yg ni pun buh make-up sikit sbb nk shooting... bagi naik seri kata org ;P Tahun ni I malas nak shape kan panjang2 bentuk jejari. Nak cepat siap... so I just gelek guna pencanai then potong panjang2, ada la rupa jejari tapi 4 segi.

p/s chik mi... ni ler rupa biskut yg I bg resepi kat u aritu.


JEJARI OATS
Sumber : Cikgu Suria

250g butter
4 oz castor sugar
2 cups roll oats- blend
2 tablespoon coco
2 cups flour

Gelek shape fingers, bake, golek/coat dlm icing sugar+ susu tepung


 Tadi baca newspaper, tengok iklan larangan merokok... tingat pulak kat bujang sorang yg x g school arini sbb demam & sakit tekak. Dia kata tekak dia berlubang... haishh... camne tu? 


Last weekend keluarga abg ipar I datang rumah. Then after balik dr htr diorang kat Hentian Putra... dlm keta, we had some conversation psl merokok ni... actually Hafiy yg started. Dia ckp dia tegur anak2 kakak ipar I yg 2 org tu ttg bahaya merokok tapi abang berdua tu sengih jer. I & hubby pun nasihatkan dia & Haziq jgn ikut cam dorang tu hisap rokok bila dah besar nanti. Hafiy pun ckp dia x suka pun... tapi dia pelik, why la dah rokok ni bahaya, kerajaan still bagi org jual.... hihi. Yang paling lawaknya, dia siap bg idea, rokok ni patutnya sekotak jual rm100 & dlmnya cuma letak 2 batang. Biar padan muka org yg suka sangat hisap rokok tu...

mmm... I wonder, agak2nya la... kalau harga rokok rm100, masih ramai lagi ke yg nak merokok ye?

Monday, October 18, 2010

Siakap Stim 3 Rasa


Alhamdulillah.. tertunai la hajat hati nak merasa lauk ni utk lunch semalam setelah beberapa kali telan air liur tengok kat dapur secubit garam nun di T'ganu tu. Memang puas hati & akan diulang masak lagi, dan lagi, dan lagi ... insya Allah. Semalam pon habis licin dikerjakan 3 zaaim tu... mcm x cukup jer.

Cuma I stim, exactly mcm resepi >> healthy ler konon ... K.Nor pulak pilih utk goreng ikan tu. Seperti komen K.Nor tang gravy nya tu yg power... w/pun I tak masukkan daun limau purut sbb xde stok. Jadi x kisah la, goreng ke... stim ke ikan tu, hasilnya tetap marvellous. Hilang letih mengemas rumah lepas dpt makan menu yg lazat macam ni youuu ^_^. Ni pun tukang masak sempat snap satu je pic sbb yg 3 org tu dah x sabar2 tunggu tepi meja nak makan. Cemas jer 2 bujang kecik I tu masuk dapur semlm bila terhidu bau lauk yg mengancam ni tau. Ok... ni la dia resepi yg I korek dr dapur secubit garam tu ;P


SIAKAP STIM 3 RASA  
Sumber: Norzailina Nordin

Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya

Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah

Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan
2 helai daun limau purut ~ tak letak sbb xde stok
4 - 5 biji cili padi

Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum
2 camb sos ikan ~ ain tambah
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
2 camb gula pasir
1 camt kicap manis

Cara Memasak:-
Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
Kukus hinga ikan masak.
Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

Thursday, October 14, 2010

Kuih Buah Rotan


Kuih yang dah lama dibuat, baru sekarang nak tayang ;) Buat ni pun sebab hafiy request .. at last tak dimakannya pun sbb mummy nya ni goreng x rangup ler pulak. Isy... masalah yg serupa dgn ros kat jepun nun. Selain dipanggil buah rotan, ada gak yg menggelar kuih ni, kuih redan or kuih bijan. That day puas I google resepi ni & at last terjumpa kat rumah ros jintan manis ;) Rasanya memang sedap dah ... cuma part goreng tu ada fail sket la. Al-maklum la buat pun masa bulan puasa, bila tengok dah perang je terus angkat. Boleh goreng semula untuk merangupkannya ^_^

Buah Rotan
(Sumber: mesra.net oleh Fatimah Isa)

500 gram tepung pulut
1/2 biji kelapa
4 sudu besar gula pasir
1 biji telur
Biji bijan halus
1 sudu besar esen ros (x letak)

1. 1/2 biji kelapa dicampur dengan 1 gelas air dan diambil santannya. Kemudian 1 biji telur,4 sudu gula dan esen ros dimasukkan kedalam perahan santan dan dipukul hingga sebati.

2. Masukkan tepung pulut kedalam satu bekas yang besar kemudian masukkan cecair santan sedikit demi sedikit.

3. Kemudian ,uli sehingga menjadi satu doh yang lembut (tambah air jika santan tidak mencukupi) supaya senang untuk dibulat-bulatkan. Adunan yang telah dibentuk hendaklah digaulkan dengan bijan halus dan digoreng dengan minyak yang sederhana panasnya sehingga kuning keemasan.


Nota:
Perlu diingatkan kena goreng dengan minyak sederhana, jangan telalu kuat, supaya bahagian dalam kuih buah rotan ni masak sekata dan rangup apabila di makan dan disarankan buat kecil-kecil, supaya tidak mengambil terlalu banyak masa apabila digoreng nanti.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...