Thursday, March 31, 2011

Fruit Cake ... our family all time favourite ;)


Lama x buat fruit cake. It's my family favourite cake!! Always... ;)  Bila teringat nak makan, mak selalu request suh buat. Every time buat .. x pernah nya boleh last long ... x sampai 2 weeks mesti dah habis. Got the chance to bake this cake masa cuti hari Rabu hari tu ... hari kita masak Ayam Sticky. Alang-alang dah buat, buat 3 biji terus.. jenuh le mengukus .. haha. Tamak punya pasal. 1 cake for me, 1 for my mum & 1 for majlis tunang my cousin Alia this coming 2nd April. Dak Za'aim kecik tu, nampak kek baru keluar dr pengukus, dah x sabar2 nak terkam.  Bau butter cap tong tu memang menggamit sungguh la. Lupa segala lemak yg bakal menempek tu. I usik dia, to have this cake at its best, kena la simpan dulu ... at least for 7 days. Termenung jap dia .. sengih2 dia jawab, Hafiy boleh tunggu 2 hari je mummy ... ;P Tapi x sampai 2 hari dah mintak mummy potong utk dia ... >_<


Resepi Norazie ni memang favourite I bila wat Fruit Cake sejak kenal RNet. Aishhh .. sedap sangat dah kat tekak we all ;) Just note ye, utk resepi bawah ni I boleh dapat 2 biji kek saiz 9 x 9 x 2 1/2. Kalau ikut Norazie, dia guna tin 8 x 8 ~ tinggi sikit la kek nya.

KEK BUAH KUKUS
Sumber: Norazie RN

600g tepung gandum [ambil segenggam asingkan]
2 tin butter golden churn atau yg sama berat = 680g
600g gula pasir [bahagi 2 - 300g utk gula hangus
800g - 1kg mix fruit [I sebab niaga..letak 800g jek]
1 st serbuk buah pala
2 st bikarbonat of soda
2 st cream of tartar
esen limau setengah botol
Telur A - 5 biji [kalau B- 8 biji]

* kertas minyak utk alas loyang
* aluminium foil utk tutup loyang

Panaskan kukus - air hampir penuh.
Masukkan butter, gula 300g, esen limau , pukul hingga kembang.
Masukkan telur satu persatu. Pukul agak2 dah rata, cukup.
Ayak tepung gandum + bikarbonat + cream of tartar + serbuk buah pala.
Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dlm adunan telur tadi. putar hingga sebati, tutup mesin dulu.
Panaskan gula 300g kalau dpt dlm bekas yg non stick..kalau tak, apa2 pun boleh..janji boleh pegang utk tuang nanti.
Masak hingga warna coklat gelap..dan berbuih2 halus...hidupkan balik mixer jalan perlahan dlm 1.5 kelajuan....tutup api gula hangus...tuangkan
perlahan2 ke dlm adunan [mixer jalan yea]...bila dah habis tuang..naikkan kelajuan...hingga sebati....stop.
Pastikan air dlm kukusan dah didih. bila air dah didih, gaul segenggam
tepung tadi dgn mix fruit...jgn gaul kuat2...cukup utk sadur luaran mix frt
tu. Masukkan mix fruit dlm adunan tepung, gaul dgn senduk, agak2 rata saja cukup, jgn terover..

2 Loyang 8x8 alas dgn kertas minyak, tuang adunan ke dlm loyang.. sebelum tuang tuh.. gaul kasi rata buah2 tu.. supaya dpt bahagi sama byk setiap loyang..nanti satu togel... Cover dgn aluminium foil.. kemas dan klipkan ke tepi2 loyang supaya tak masuk air... Masuk dl kukusan 2 tingkat .... selepas 2 jam.. atau 1 1/2 jam.... boleh tambah air panas... kukus min 4 jam.. atau 5 jam kalo larat tunggu....


Nota Norazie:

Adunan kek ni mesti likat... gula hangus masuk dulu dlm adunan tepung. Sementara tu air kukus mesti mendidih. Buah2 mix fruit nih gaul dgn segenggam tepung keluarkan dari tepung yg kita timbang sejak awal lagi... gaul lebih kurang.. agak2 cover... jgn gaul lama sebab nanti tepung tu serap dlm buah pulak... bila nampak air dah didih, baru gaul buah dgn tepung. Gaul dgn senduk lebih baik. gaul sekejab je asal rata. terus tuang dlm loyang, tutup dgn foil dan masuk dlm kukusan. Jgn kecilkan api. Biarkan api maintain selama 1 1/2 jam... lepas tu boleh sederhanakan api. Jgn buka sebelum masa tu... selepas 1 1/2 jam, baru boleh buka dan tambah air kukus. Kukus 4-5jam.

Lagi satu...Jgn potong kek dalam loyang... keluarkan dari loyang baru potong dan kaedahnya ialah memotong.. macam menggergaji... bukan menekan...kalau u tekan dari atas... buah akan tertinggal/hancur/pecah..... mesti memotong... Kek buah yg ideal ialah selepas 2-3 hari kita kukus baru potong.....




Kids & their exams ...

Before school break hari tu, my kids had taken their 1st exam for this year. Dak za'aim kecik  yg kiasu tu, bila tanya .. as usual .. result lom keluar dgn confidentnya,  kata dia boleh dapat 100% n dapat no 1. Yang abangnya pulak, kurang confident ... mcm selalu gak la, bila org tanya .. abang rasa boleh buat, xtau la.. insya allah kot.


Kertas exam BM dak za'aim kecik tu .. hari tu dia kata sempat check kertas exam 5x lagi ... ntah la. Tengok la tu, sempat kaler-kaler lagi ... I x tahan sampai tergelak sorang tengok ulat beluncas tu pakai lipstick >_< Alhamdulillah la, mmg betul dia dpt all 100% utk semua papers dia except for 1  yg dpt 95% & he got 1st place dlm kelas. (Good job ;) ... Hopefully, not just this round ye dik!) Berlagak la dia dgn gaya angkat2 keningnya tu, balik tunjuk kertas2 exam tu ..


Yang ni, dak abang punya paper Math ... arghh... yg sorang ni mmg selalu wat we all sakit dada .. dr standard 1 lg tau, everytime exam mesti ada la soalan2 yg dia boleh lupa nak jawab. Tak kira la maths ke, english ke ... adoii.. dad dia kata rasa gugur jantung. @$% .. rasa nak pitam pon ada .... sbb apa I percaya dia kata lupa >> soalan susah boleh dia jwb, yg senang tertinggal. And again this year ... jd lagi. Soalan no 13 kat atas tu .. dia dah buat ( tengok kanan yg dia conteng tu) tapi lupa nak tanda jawapan. Sabar je la. Ingatkan dah improve .. hubby & I dah pesan, puluh2 kali ... we both just dunno cemana dah nak buat dah, xtau la ke mana fikiran dia melayang masa exam. Teringat last year, dia boleh x perasan dia x jwb 5 soalan straight dr 1 m/s ... huhu .. Ada sesiapa yg pernah alami masalah serupa? Bila tanya apa masalah dia .. dia kata dia x perasan .. lupa la ... letih dah otak sampai malas nak pikir dah ke? mmm... entah lah ... hopefully, he'll improve over time, aminn. Luckily, despite all the silly mistakes he made hari tu... he managed to get 6As & 2nd place in class. Alhamdulillah, ya Rabb.


Enuff said pasal exam dorang tu ... Sweet sour fish ni, masak Ahad hari tu .. kes bebudak & their dad terliur tengok farah dlm Rasa Halal Orient @ Hong Kong on that day. Menu sampingannya, sambal belacan, ulam-ulaman dan petai jeruk. Resepi main campak-campak je .. tengok budak 2 org tu & hubby makan puas hati la I, bertambah-tambah ... hilang penat memasak .. suka dorang menu lunch serupa mcm kat Tv ;)


Wednesday, March 30, 2011

Pusing-pusing Bandar Hilir, Melaka


Pusing-pusing ... minyak habis segelen. ^_^ Ni program cuti sekolah hari tu. My ninjas balik kg. Hari Jumaat tu, hubby & I cuti balik kg nak ambil dorang. Haziq request nak gi Muzium sekitar bandar Melaka. Not sure siapa yg bg dia idea nak ke muzium ni ... puas dok bagi option lain ... zoo melaka la, taman buaya .. muzium gak yg dia teringin nak pegi. 


Payah nor nak cari parking, we just parked dekat2 jln area Jonker Walk, nasib.. x dapat surat cinta ...


On the way nak ke Bangunan Stadthuys tu, singgah pekena cendol sat ... 


The kids enjoying their cendol ... next to us, ada couple cikgu pakcik makcik dr Ipoh kalau x silap, rajin melayan .. dok bagi teka-teki kat bebudak ni. Tersengih-sengih le masing-masing sbb tak tau jawab.

i

Sambil makan, tengok bot yg lalu tepi sungai ... kalau malam lagi cantik, meriah dgn lampu. Habis makan cendol, we headed straight to Muzium Samudera. I guess ... teringat kat kapal ni la, punca Haziq sibuk sgt nak masuk muzium. Curious kot nak tau, apa ada kat dalam kapal besar ni.


Dengan harga tiket dewasa RM3, kanak-kanak RM1, dapat masuk 2 muzium. Ok la, Haziq pon cukup puas hati dapat naik kapal ;P Malas nak ambil gambar. Ni jer yg sempat hubby snap. Then we all pusing balik ke arah Bangunan Stadthuys, nak gi muzium kat that area.


Terserempak pakcik beca. Sekitar bandar hilir ni memang banyak beca ... hiasannya pon meriah-meriah ... Hubby excited lak nak test skill capture moving object. Luckily cuaca x panas,  sedap-sedap jer utk makan angin ;) .. Pulak tu, lalu satu beca pasang lagu dondang sayang kuat gak ... memang ngam la dgn the surrounding ... haha ... feeling u ... rasa  cam citer P.Ramlee!


Ada beberapa buah muzium di sekitar Bangunan Stadthuys ni >> Muzium Sejarah dan Ethnografi, Galeri Laksamana Cheng Ho, Muzium Sastera, Muzium Pendidikan, Muzium Pemerintahan Demokrasi dan Muzium Yang Di-Pertua Negeri. Tiket untuk masuk muzium kat sini, dewasa RM5, kanak-kanak RM2. Hubby & I ... x larat dah, letih menapak naik bukit, nampak sangat x fit & jarang exercise ... hehe.. budak2 tu je yg excited melawat semua ...


 We all melawat gak A'Famosa since letaknya sebelah Muzium Yang Di-Pertua Negeri jer. 



Lepas A'Famosa, masing-masing dah bersungut kelaparan .. Mau x nya.. dok lari2 turun naik bukit merata.  Memula ingat nak gi Umbai makan ikan bakar, tapi tengok budak2 ni macam dah x sabar, kami makan kat Mc D @ Dataran Pahlawan je. Hajat hati nak bawa dorang naik Menara Taming Sari  lepas tu x kesampaian sebab hujan dah turun.

Tuesday, March 29, 2011

Ayam Madu Sticky


Ni menu hari rabu lepas utk lunch kanak-kanak ribena kat rumah tu. Dah lama dok jeling-jeling ayam sticky ni .. hari tu buat nasi ayam, saja la tukar selera buat ayam sticky  ni pulak. Suka pulak budak-budak tu layan nasi ayam dengan ayam mcm ni ... tak habis-habis dok puji & suruh buat lagi. Tq Hana. Tuan punya resepi dah selamat pon sampai Malaysia rasanya. 

RESEPI AYAM MADU STICKY
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu
Cara-cara
  • Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  • Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  • Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  • Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.

Eli & Jone ... Sah??


Macam lama lak x lalu sini ... haha... tanda-tanda bz days bakal bermula la ni .. huhu .. Belek-belek pics, tingat lak pasal wedding mek Eli & Jone kat KB masa CNY hari tu. Majlis akad nikahnya berlangsung di Masjid Telipot jam 10am, 3 Feb 2011. Takut lewat lak bersiap & mengelak kan kami jadi tarzan terjerit-jerit pagi-pagi .. hubby & I decided just the 2 of us je pergi, biar anak2 nyamuk 2 org tu tidur jer kat rumah. 


Alhamdulillah ... dgn sekali lafaz, Eli @ Wan Rahmatul Amali selamat diijabkabulkan dengan  Hasmizol ,  kali ni gabungan Perlis - Kelantan okay ;)

 
I pulak rasa sebak masa tengok Eli nangis ni, nearly nak tangkap leleh gak, nasib baik sedar diri ... haha ... maklum la pernah melalui ..

Lepas selesai akad nikah selesai ... terus we all bergegas balik nak ambil budak 2 org tu. My hubby pon kejutkan diorg & Hafiy yg terjaga dulu. Dalam pisat-pisat bangun tu, tengok we all dah bersiap, the 1st ayat yg keluar dr mulut dia .. "Sah dad?" ...


haha ... sabar je la ini budak .. macam faham sangattt ..

Monday, March 21, 2011

Kembong Goreng Sambal Tempoyak


Gara-gara kak Anim ler ni ... hihi. Actually lama benar dah simpan resepi ni nak cuba, dari zaman si empunya resepi tayang kat blog dia lagi tu... tak gak cuba2nya, terlupa la .. x cukup bahan la. Sampai la hari ahad aritu, tetiba teringat menu kakak tu kan.... terus la kita buat gak.  Sedap nih, kalau buh daun kunyit lagi syok. Hari tu nak bubuh xde stok pulak. Lauk macam ni, xperlu lauk lain dah, tambah ulam-ulaman je pon dah cukup . Janji nasi panas-panas... memang terangkat ler ^_^. Tak leh citer panjang, byk kerja nak buat nih ... peminat2 tempoyak memang harus la mencuba resepi Cik Mat Gebu ni ye ;P

Kembong Goreng Sambal Tempoyak
(Sumber: Mat Gebu)

BAHAN-BAHANNYA :-)
3 ekor ikan kembong hijau (boleh guna apa2 jenis ikan berdaging)
1 helai daun kunyit, hiris halus
2 batang serai, hiris serong, kasar
5 biji bawang merah*
1 biji kecil bawang besar*
2 ulas bawang putih*
1 inci kunyit hidup*
25 biji cili padi siam merah*
1 camca besar penuh tempoyak
3 keping asam gelugor
Garam dan gula secukup rasa
1 cawan air
  1. Ikan kembong disiang, cuci bersih, lumur dengan sedikit garam dan serbuk kunyit. Goreng embal2 (tidak terlalu garing), angkat dan toskan. Tumbuk lumat bahan2 bertanda (*), kemudian masukkan serai hiris serong dan tumbuk sekejap tapi jangan hancur sangat, biar kasar2..
  2. Panaskan sedikit minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk tadi hingga harum, masukkan tempoyak, kacau dan tuang air. Tambah asam gelugor, garam secukup rasa dan secubit gula. Biar mendidih.
  3. Masukkan ikan dan hirisan daun kunyit, gaul rata dan masak hingga pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Hidangkan bersama nasi panas.

Sunday, March 20, 2011

Kek Lemon


Buah tangan bawa balik ke kampung nak menjemput my ninjas. Kes nak cepat, malas nak beli lemon takut terlepas last episode drama Korea The President, I opt the lemon juice & zest dengan lemon curd & susu jer. Berbalik kpd citer The President tu, finally result of the election berpihak kpd Jang Ijun ... yeay!!! after all the sacrifice, sweat & tears ... yang I frust sket... semua yg bekerja menjayakan kemenangan Ijun tu, quit & x nak ikut dia ke Blue House.. yup, they all have their reasons, tapi sian Ijun, masuk ofis baru, sunyi je .. :( At least dlm Big Thing bila Seo Hyrim ends her term, she lives a better life ... 

Kek Lemon

250g butter
235g gula
240g tepung
4 biji telur Gred B
1 sudu teh baking powder
1 sudu teh parutan kulit lemon ~ xde, xletak, ganti dgn 3 sudu makan lemon curd
1 cawan jus lemon ~ xde lemon, gantikan 3/4 cwn susu

Mula-mula pukul butter dengan gula sampai kembang.
Kemudian masukkan telur satu-satu sampai kembang dengan high speed.
Kemudian tepung tadi (ayak terlebih dahulu dengan baking powder tu). Gaul rata.
Masukkan segala jus tadi dan bakar sampai masak. Suhu bergantung kepada oven anda.


I baked another batch of ciskek kat bawah tu bawa balik kg juga - cousins semua terliur tgk gambar kat fb.


Wednesday, March 16, 2011

Lemon Curd Cheesecake


Sunyi je rumah I minggu ni coz my 2 ninjas not around. Sudah kami hantar ke kem motipbasi  kat kg bersama-sama mak & atuknya hari Ahad hari tu... :) So, tiap-tiap mlm call masjid Tanah, nak melepas rindu. Cheese cake ni dah lama nak buat lepas buat lemon curd aritu. Tapi asyik la postpone sbb kena potong queue dgn resepi2 lain. Sedap I tell u ... makan sambil-sambil layan fb & tengok tv ... memang syiokk habis la... x sedar  dah habis 2 potong >_< Thank you again to my old skool fren .. Linda, yg introduced me to this wonderful recipe ;)  

By the way.. for the crust tu, I x guna graham cracker ye, xtau mana nak cari. So ganti dgn biskut marie + cornflakes - blend. Selalunya guna oreo atau digestive jer.

Lemon Curd Cheesecake
Adapted from Susan Spungen's Recipes: A Collection for the Modern Cook
Servings: Serves 10–12
Ingredients
  • 1/2 cup lemon juice
  • 6 egg yolks
  • 1 cup sugar
  • 4 teaspoon freshly grated lemon zest
  • 8 tablespoons (1 stick) cold unsalted butter , cut into pieces
  • 1 1/4 cups graham cracker crumbs
  • 3 tablespoons sugar
  • 1/8 teaspoon salt
  • 5 tablespoons unsalted butter , melted
  • 2 1/2 packages (8 ounces) cream cheese
  • 1/2 cup plus 2 tablespoons sugar
  • 3 tablespoons all-purpose flour
  • Salt
  • 1 teaspoon pure vanilla extract
  • 1 teaspoon freshly squeezed lemon juice
  • 1 teaspoon freshly grated lemon zest
  • 2 large eggs , plus 1 yolk
  • 1/2 cup sour cream
  • Butter for pan
  • 1 cup chilled lemon curd


Directions

To make lemon curd: Whisk together lemon juice, egg yolks and sugar in a heavy, nonreactive 1-quart saucepan. Cook over medium-low heat, stirring constantly with a heat-proof spatula or wooden spoon until mixture thickens and coats back of spoon, 5 to 10 minutes. (It should read 140° on a candy or instant-read thermometer.)

Remove saucepan from heat and strain mixture over a bowl. Stir in lemon zest and butter until butter completely melts. Cool slightly before using. Curd can be stored in refrigerator in an airtight container up to 1 week. Warm over a double boiler or microwave briefly to return it to liquid form. It will set up again when chilled.

To make crust: Preheat oven to 350° and position rack in middle of oven. Prepare a 9-inch springform pan by cutting a parchment circle to fit inside.

In a small bowl, combine graham cracker crumbs, sugar and salt. Using a fork, stir in butter until well combined. Press mixture into prepared pan. Bake 10 minutes. Cool on a wire rack while you prepare filling.



To make filling: Decrease oven temperature to 325°. In an electric stand mixer fitted with the paddle attachment, beat cream cheese at medium-low speed until creamy, about 2 minutes. Scrape down sides of bowl. With mixer on low, gradually add sugar, then flour and finally a pinch of salt. Scrape down sides again.

Switch to a whisk attachment and continue by mixing in vanilla, lemon juice and lemon zest. Whip in eggs and yolk, one at a time, scraping bowl and whisk at least twice. Continue to whip on low speed and add sour cream. Whip until well blended; do not overbeat. Batter should be light and somewhat airy.

Brush sides of springform pan with melted butter. Wrap outside of pan tightly in heavy-duty aluminum foil making sure there are no holes in foil. Pour filling into pan. Place pan in a large roasting pan and pour hot tap water into roaster so that it comes about halfway up springform pan. Transfer to oven and bake until filling is just set in center, about 45 minutes. If edges start to pull away from sides of pan sooner than that, remove it from oven. Immediately remove pan from water and remove foil. Place on wire rack and cool to room temperature.

Stir lemon curd until smooth (it should be the consistency of thick sour cream) and spread over surface of cheesecake. Cover springform with plastic wrap and refrigerate 8 hours or overnight. To unmold cake, place a hot towel around pan to loosen cake from sides. Run a butter knife around edges and remove outer part of pan.

Tuesday, March 15, 2011

Daifuku & Ichigo Daifuku


Dari semalam dok pikir ... di kala Jepun dilanda tsunami, i lak rancak dok wat Japanese food kat sini. Tu yang nak letak entry ni dok tertangguh jer. Syukur alhamdulillah kita kat Malaysia ni tak mengalami bencana yang sedemikian rupa. Tak dapat nak bayangkan macamana la ketakutan mereka2 yg berada di sana. Actually mochi ni buat pada hari yg sama buat sushi, request dr my sister la >> Cik Wa. According to her dah serupa rasanya macam yg dia makan before (imported from Japan - adik lelaki I bawa balik). Katanya lagi, that day dia makan, yg sejuk2 from fridge pon best gak. Jadi I try ler letak dlm fridge, then bila nak makan, keras la pulak kuih tu, dah dibiarkan sejuk kat luar pun x lembut2. Mmm... nak kena menuntut dengan org nihon la gamaknya ni.


Anyway... selepas dah merasa daifuku buatan sendiri ni, mmg I jatuh cinta lak dgn rasanya .. especially the one with strawberry (Ichigo) ... best! Patut la Cik Wa suka sangat. Texture kuih Jepun ni liat2 sket macam buah melaka (patut pon kami suka >-<) ... sbb guna tepung pulut kan. Resepi copy dr blog Hanamemories. Alhamdulillah, hana & famili nya selamat dr bencana tsunami ... dan semoga dia sekeluarga selamat kembali ke Malaysia. Cara nak buat, boleh refer video kat sini. Simple sangat-sangat.


DAIFUKU
(Sumber: Hanamemories)

Bahan-bahan
  • 160g inti kacang merah
  • 100g mochiko@shiratama ko (glutinous rice flour)
  • 2 sudu makan gula
  • 120ml air - resepi asal 100ml
  • 8 biji strawberry kecil - utk ichigo daifuku
  • tepung katakuriko - for dusting (tepung kentang / potato starch)
Cara-cara
  • Bulatkan2 inti kacang merah dalam 20g setiap satu. Masukkan skali strawberi jika ingin membuat ichigo daifuku. Ketepikan.
  • Satukan tepung mochi, gula dan air. Kacau rata. Jika ingin buh pewarna atau perasa cam matcha atau sebagainyer bleh letak masa nih.
  • Panaskan kukusan. Kukus adunan tepung tadi lebih kurang 15min.
  • Sediakan dulang.Lapikkan dengan oven paper. Taburkan tepung katakuriko.
  • Apabila tepung mochi dah masak.Angkat dari kukusan dan tuang di atas tepung katakuriko tadi.
  • Ambil sedikit tepung katakuriko di tangan anda agar tidak melekat semasa proses membentukkan daifuku.
  • Proses nih kene berhati2 sbb adunan masih panas. Bahagikan kepada 6-8. Ambil satu, masukkan inti kacang merah dan stoberi tadi dan tutup kemas. Sapukan lebihan tepung katakuriko menggunakan berus.
  • Buat sehingga habis dan siap utk dihidang.


Ni kerja Hafiy la ni ... masa org dok snap mochi, sibuk la dia ambil ladybird ni suh posing sama ... haha ;P

Monday, March 14, 2011

Our Sushi Feast ...


Another round of sushi @ home, semlm. My sis yg kat Sabak Bernam tu nampak my sushi pics on fb. Dah terliur pulak, nak juga. Anakanda I yg berdua tu pon masih lagi belum jemu dgn sushi. So buat sushi lagi la I, kali ni sama2 dgn my sista, Cik Wa. Since she willingly helped out, I took the chance to try out a few types of sushi ler. Bila lagi kan. Yg atas tu, makizushi.


Cik Wa's favourite ... the Onigiri with tuna filling ;)


Inside-Out California Rolls ... yang agak comot ... tapi sedap sebab ada Ebikko ... berjaya gak cari ^_^.

 

Well I guess we had enuff of sushi for the time being ... sbbnya, semalam Hafiy bila bangun after his afternoon nap .. tetiba nangis kata dia mimpi sushi ... pelik la pulak I, pasal lak mimpi sushi leh sampai nangis. I yg mulanya nak gelak terpaksa tahan jer bila tengok mukanya yg sedih mencebik. Bila tanya apa  kisah mimpinya tu, dia kata xtau nak cerita camana.

Sunday, March 13, 2011

Dinner @ d'Templer, Taman Melati

Kejadian 2 minggu lepas ... teruja dgn status fb seorg kawan, so bila mr hubby tanya mana nak makan ... I suggested this place. A chinese muslim restaurant. Food was really nice. Ambience ok. But the price, I don't like ... mahal la pada saya sbb semua dish kami ambil small portion je. I makan sushi kat kedai pon x mahal camni ... huhu .. x tau la if that's the standard  set for a chinese muslim restaurant ..


We had Sizzling Squid (S size)


Sambal Udang Petai (S)


Crispy Mango Fried Chicken (S)

Sizzling Black Pepper Squid (S) - tak sempat nak snap


1 plate of 3 pieces Siew Mai


1 plate of 3 pieces Prawn Dumpling

4 juice + nasi utk 4 org

Total: RM 110

Bila teringatkan kesedapannya, rasa nak pergi lagi. Tapi kalau ku kenang2kan harga nya ... harus ku fikir 10x .. huhu

Friday, March 11, 2011

California Rolls


Finally, we had our homemade sushi for dinner last nite ;) Thanks Hana for the recipe. The kids were excited watching mummy making sushi ... ;P Ada macam2 rupa sushi ni, yang ni dipanggil California Rolls. Lain kali kita roll cara lain pulak ^_^.

I introduced sushi to the kids & hubby early last year ... we had it @ Sushi Zanmai  at The Gardens. Sekali dorang suka pulak and keep asking bila nak pegi lagi. Bila bawa 2nd round, tanya pulak when next. Hoho... pengsan la I kalau every month nak makan sushi. Maka harus la belajar buat gak kan ... save budget sket. Memang puas hati la makan bila buat sendiri ni. Cuma kalau nak makan yg octopus, salmon roe or yg sewaktu dgnnya tu, nak mencari bahan mentahnya tu yang payah sket ... ada rezeki dpt la buat sendiri kat rumah juga. 

I belajar nak roll tu dr you tube jer. Actually, x confident memula nak roll sbb peralatan x cukup .. bamboo mat xde. Nekad je ni, sebab tgh rajin kan... Alhamdulillah, berjaya juga walaupun guna plastik je nak roll. Cuma if ada bamboo mat, lebih kemas la rasanya. Budak2 tu siap melawak la pulak masa I tengah prepare tu, ada ke patut dia suh pakai magic bamboo mat macam game Youda Sushi tu.. biar pantas sket. Kes melihat mummy nya terkial2 le ni, dah x sabar2 nak makan. Ok la, kalau nak cuba, ni resepi yg I copy dr blog Hana ye.

RESEPI MAKIZUSHI @ SUSHI ROLLS
source : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
Bahan Nasi Jepun
  • 3 cawan beras jepun
  • 31/4 cawan air
  • 1/3 cawan cuka nasi
  • 2 sudu besar gula
  • 1 sk garam
Bahan Makizushi
  • Tamagoyaki @ sweet omelete @ telur dadar - potong jejari
  • Timun jepun - potong jejari
  • Salad lettuce
  • Crabstick
  • Mayonis
  • Seaweed secukupnya
  • Syouyu @ kicap jepun
  • Bamboo mat
Cara-cara
  • Cara masak nasi sushi : Basuh beras dengan bersih kemudian toskan. Masukkan ke dalam periuk nasi. Masukkan sukatan air dan masak seperti biasa. Sementara itu, satukan cuka, gula dan juga garam. Kacau sehingga gula larut (nak cepat larut masak sebentar dengan api kecil). Apabila nasi masak, gaulkan campuran cuka tadi ke dalam nasi dan gaul mesra. (Proses ini perlu dilakukan ketika nasi tengah panas ) .siap sedia utk digunakan membuat sushi atau makizushi.
  • Cara penyediaan makizushi @ sushi rolls : Bentangkan seaweeds di atas bamboo mat. Cedokkan nasi sushi dan ratakan sehingga memenuhi 3/4 seaweeds.
  • Letak sedikit mayonis dan juga salad. Kemudian letak telur, timun di tengah2 juga crabstick.
  • Gulung dengan kemas kemudian potong.
  • Cicah dengan syouyu atau makan begitu sahaja.

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...