Friday, December 27, 2013

Spaghetti Marinara


Salam Jumaat yang barakah. Jom sama-sama kita baca surah Al-Kahfi. Ni menu dinner 2-3 hari lepas. Nak habiskan saki baki udang & 3 ekor baby lobster yg xberusik-usik dr hari tu. Laku lah pulak dikerjakan my double H bila sekali-sekala buat marinara ni. Kalau bolognese, mmg sekarang ni depa dah xberapa nak pandang, jemu dah kot.

SPAGHETTI MARINARA
Resepi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

1 peket spaghetti – direbus dalam air garam, gaulkan sesudu olive oil dan toskan

Bahan-bahan untuk Sos:
200gm udang hidup, di bersihkan. Buangkan kulit nya biarkan sedikit bahagian ekor nya.
2 ekor sotong segar atau seafood lain, dibersihkan dan di hiris bulat2
1/2 labu bawang besar dipotong dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang halus
Segenggam tomato cherry/2-3 biji tomato - crushed or blend kasar
2-3 sudu tomato puree
1 btg celery - potong halus
1 btg carrot - buang kulit, potong kecil
Salt & pepper
Secubit serbuk oregano
1 dried bay leaves
Sedikit air atau stok udang jika ada
Sedikit parsley untuk hiasan - dipotong halus
Minyak zaitun untuk menumis
Shredded parmesan/cheddar untuk ditabur atas spaghetti jika suka

Panaskan periok letakkan minyak zaitun, masuk bawang besar, bila ia mula layu, masuk bawang putih goreng hingga naik bau. Masukkan celery, carrots dan 1/2 sudu teh garam dan pepper. Saute hingga sayur-sayuran lembut, about 10 minutes. Masukkan tomato dan bay leaves dan sedikit air/stok udang. Biarkan merenih sekejap sebelum dimasukkan udang & seafood lain. Tutupkan periuk sebentar semasa merenih. Lebih kurang 5 minit, buka tudung periuk, buangkan bay leaves. Perasakan dengan garam dan sedikit lada hitam secukup rasa. Masak sebentar & bolehlah tutup api. 

**Note: Untuk marinara ni, kalau nak makan terus, I suka gaulkan terus dengan sos semua sekali dlm kuali sebelum hidang. Senang.


Oh ye, semalam ber'gather-gather' dgn member time Uni dulu. Alhamdulillah we had fun, walau pun sekejap, seronok dpt catch up dgn dorang. Dah lama betul xjumpa, ada yang dah mengembang ... ada gak yg maintain jer ... hehe

Thursday, December 19, 2013

Rezeki Di Pagi Hari ... Alhamdulillah

sweet memories @ The Pinnacles, Nambung National Park, Western Australia


Syukur alhamdulillah untuk permulaan pagi yg indah hari ni, pagi-pagi dah dibentangkan rezeki. Masih bernafas dan sihat ... dapat dating-dating berdua .., breakfast dengan husband sebelum pergi kerja ianya jarang-jarang sgt berlaku sejak dia based in Segamat

Pagi ni I was caught driving on emergency lane masa nak dtg keje ... ye, ye ... saya mmg nakal bila tiba bab memandu ni ... macam-macam tau ... those who are close to me tau lah ... haha ... Even masa gi holiday kat Perth in Nov recently I kena tahan uols, memandu lebih had ok ... masa tu on the way ke Pinnacles, I gilirkan hubby drive sbb dia mengantuk. The journey mmg jauh & sgt membosankan, mmg jadi xsabar la bila kena bawa 110km/h. Boleh tersengguk2 I bila xde kawan berborak. Dad nya tido, double H pun dah kroh, kroh kat belakang. Tinggal I sorang drive dgn jln yg bosan je sunyi sepi. Ingatkan kat kawasan mcm hutan rimba mcm tu xde la polis meronda, so apa lagi I pecut la wpun keta Yaris tu semput je ... x pick-up langsung. Lalu lori sebelah pun boleh bergoyang. Tiba-tiba tgh syok bawa, kena tahan. Adoii, nasib baik dia bagi nasihat je & nasib baik bila dia minta my driving license ... lesen I tu lom expired ... kecut woo masa nak keluarkan lesen tu sbb diri sendiri ingat-ingat lupa tarikh luputnya.

Lama dah tak kena tahan macam ni sejak dah xkerja kat area subang ... So macam terkejut la juga tadi disebabkan dh lama juga I tak buat and pulak tu kena tangkap. Tapi I buat-buat bertenang je lah, dlm hati dup dap dup dap kencang dh, nak terkucil pun ada. Sblm dia smpi I siap-siap keluarkan lesen dari wallet. Bila nampak polis tu dah dekat, turunkan tingkap terus hulur lesen sambil senyum minta maaf. Redha je la masa tu apa-apa pun, nak kena saman ke apa ... mmg I salah pun. Dia pegang je lesen, pot pet sikit2 bagi nasihat dan warning aje. Fuhh ... lega.

Ye, terus terlintas ... ni rezeki sy ... Allah nak bagi pagi ni. Rezeki yg datang in so many forms, sometimes when we most need it, sometimes when we least expect it ... and that's for me to start my day. Sesungguhnya aku sangat-sangat bersyukur padaMu, Ya Allah .. alhamdulillah

** and I'm glad, hari ni seseorg yg pernah menyatakan hasratnya untuk berubah dah pun melaksanakan hijrahnya.  Alhamdulillah, i'm so happy for you my friend ;)

Wednesday, December 18, 2013

Soufflé Japanese Cheesecake


I'm home alone again since last nite. Bosannya  ... the boys I dah hantar balik kg sbb xde org nak jaga. Jumaat ni I'll be seeing them back sebab I pun nak balik kg as my cousin Mussin akan bernikah lepas Jumaat. Hubs will be working in KL hari Jumaat tapi dia balik sebelah malam sbb ada dinner kat ofis bersempena pembukaan Sports Day ke apa tah.

I baked this cake a few weeks back lepas terserempak kat blog Anncoo Journal. What interest me adalah sebab kek ni xpakai tepung & hanya ada 4 bahan. Tu yang cepattt je nak menerai ;)

The cake turned out nice in taste but somehow I rasa I failed to get the right texture. My cake was moist but dense whereas kalau u tgk Anncoo punya, it looks moist but yet still spongy & not so padat. Macamana nak cakap ek, tak macam souffle kek la ... mmg I xpuas hati with the texture. I nak mcm kek si Anncoo ... huhu. Tak tau lah, apa yg xkena. I syak sbb telur ... I xdpt 70g each & I'm not so sure 70g tu berat bersih ke atau dgn kulit. Lagi satu I guna white choc yg biasa2 je. Dah x menyabor ... xsempat la nak cari Meiji brand. 

Apa-apa pun the boys suka sgt nampaknya, including dear hubby ... so I happy lah jugak. Kek I licin ... siap ada yg tanya lagi ;).  

SOUFFLE JAPANESE CHEESECAKE
Source: Anncoo Journal


125g Cream cheese, room temperature
120g White chocolate (Meiji brand)
3 Cold Eggs, 70g each

1/2 tbsp Lemon juice and zest of half lemon

Line a 7 inch cake pan at the bottom and grease the sides with butter, set aside.
Separate the eggs. Place egg whites in the fridge which makes the meringue more stable.
Preheat oven to 170 degrees C.
Break white chocolate into pieces in a large bowl and melt in a double boiler over hot water. Mix chocolate to smooth. Then add cream cheese into it and stir till smooth with a hand whisk.
Remove the bowl from double boiler. Add egg yolks, mix well followed by lemon juice and zest, mix well again with a hand whisk, set aside.
Whisk egg whites with an electric mixer until firm peaks form. If it's thick enough, you can turn the bowl upside down without it sliding out.
Add 1/3 meringue into the cream cheese batter and blend well with a rubber spatula. Then add the rest of the meringue and mix well.
Drop the pan lightly on the counter top to release the air bubbles out of the batter.
Steam bake the cake for 15 minutes then lower the temperature to 160 degrees C for 15 minutes. Turn off the oven temperature and leave the cake inside the oven for another 15 minutes.
Leave the cake to cool completely before removing from the cake pan.
Chill the cake before consuming (about 2-3 hours) and dust with powdered sugar (or snow powder) if you like.

Tuesday, December 17, 2013

Jus Kurma Almond Bermadu


Made this again last saturday, 2 hari berturut-turut. Bila buat setelah lama x buat ... macam ni lah jadinya ;) Tiap-tiap hari anak dok request ... ketagih lah tu  ... hehe ... even mlm tadi masa dinner pun tanya, "air kurma ada x mummy?". Mummy dah xlarat semalam, penat drive from PD, sakit tekak rasa nak demam. Buat xtau je la, xkuasa nak layan. Pada hal bukan lama pun nak membuatnya. Dulu kala buat macam yang ni je. Tapi ada sekali tu stok almond ada banyak dan takut rosak, I masukkan sekali, blend kasar-kasar je. Sedap pulak bila minum tergigit almond.

Hubby ada meeting kat Lexis, PD semalam tapi he was not in good shape on sunday tu. Back pain datang kembali. I rasa, dia xberingat masa time angkat barang. Macam gagah sangat. Serba salah la pulak tgk rupa dia yg dok menahan sakit tu ... nak suruh dia mc, dia yang kena chair the meeting. Habis tu camana, orang lain dah checked in, payment dah buat ... xkan nak cancel. So I ambil EL on monday, teman kan dia ke sana. Berceloteh banyak sangat eh, jom check out resepi ni ...

Oh ye ... sedikit perkongsian tentang khasiat kurma di sini.

JUS KURMA ALMOND BERMADU
Resipi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

10 biji kurma
500ml susu rendah lemak
150ml air panas
1 sudu makan madu
Segenggam almond - yang sebiji-sebiji dgn kulit tu, x perlu bakar
2 -3 gelas air sejuk

1. Rendam buah kurma dgn air panas selama 10 minit. Buangkan kulit luarnya yang keras. Kalau nak cepat, rebus je kejap sampai air menggelegak terus tutup api.
2. Slps itu kisar buah kurma bersama air hingga betul-betul hancur.
3. Masukkan almond, kisar kasar je.
3. Masukkan madu, air sejuk & susu. Sebati kan rasa.
4. Simpan dalam chiller dulu sebelum diminum.
** Note: Kalau dah x menyempat-nyempat tu, boleh je tambah kiub ais dlm air tu mcm ni, or blend sekali dgn kiub ais.

Sunset view from the hotel ...



Monday, December 16, 2013

Fettucine Aglio e Olio


What we had for dinner last Saturday ... Buntu xtau nak makan apa .. rasa nak makan home cooked meal je. I teringat ada udang dlm freezer .. terus teringat this simple comfort food yg semua org kat rumah ni suka. Yess ... our dinner that nite was Olio then. Nak recipe? Refer here.


Saturday, December 14, 2013

Avocado & Egg Sandwich


Rentetan dari Jus Alpokat tu ... tentu lah ada balance lagi si avocado ni. Dah tu .. encik hubby beli sampai 6 biji kot. Mesti dia ingat kena guna banyak untuk buat segelas dua jus ni. I pun buat kan la sandwich yg dah lama sangat teringin nak cuba. Who knows ... kot this sandwich can make me fall for this buah, bagus lah. I memang nak sangat jadi penggemar avocado & I'm still trying hard to have this fruit/vege in my menu list.

AVOCADO EGG SALAD SANDWICH
Reference: ovenhaven
(makes two sandwiches)

1 ripe avocado, mashed
1 egg, boiled and chopped into tiny bits
1 tsp lemon juice
1⁄2 tsp salt
1/4 tsp black pepper
4 slices of wholemeal bread
a handful of baby spinach
In a bowl, mix together the mashed avocado and egg.
Do not overmix, you want it chunky, not pureed.
Add the lemon juice, salt and pepper till well combined.
To assemble, butter and toast your bread slices, sandwich the avocado egg salad with baby spinach, and cut diagonally into two.


Friday, December 13, 2013

Jus Alpokat


Ada one day hubby balik dr kerja bawa balik seplastik avocado. Dia kata geram lak tengok buah ni kat MBG KLCC. Dia kata ... macam sodaapp je, macam naaakkk je. Tu yang terus dia beli. Pada hal, xpernah-pernah dibuek ea ... boli avocado nih. Macam la ghoti ...

Sampai rumah, dia hulur kat I .. suruh buatkan jus. Errr ... xpernah buat sbb x berapa minat nak minum. Tapi macam boleh agak macamana nak buat la sebab makcik pernah cakap sebelum ni. So google resepi kat web jap utk confirm kan balik. So, resepi kat bawah ni based on my analysis lah. I actually tak measure betul-betul tau, buat sesedap rasa. Take the recipe below as a guide lah, u ol adjust lah mana yg patut, nak lemak, kasi lebih susu, kurang air & vice versa ye. Best letak madu, wangi je air tu nnt & lebih healthy kan?

JUS ALPOKAT
Resipi: ain@my-sweetthots.blogspot.com

2 biji buah avocado yg masak - belah dua, ambil isinya
Beberapa sudu susu pekat manis
1/2 liter susu kotak
1 - 2 cawan air sejuk
madu secukupnya
Sirap coklat hersheys dll
Ais kiub - boleh letak if guna blender dgn fungsi ice breaker, I x confident if guna blender biasa tu 

Campur semua, blend & sesuai kan rasa. In my case, x guna ice cube. So sejukkan dlm fridge dulu. Bila nak minum, tuang hersheys choc syrup .. jgn letak banyak ... nnt manis & xdpt rasa nikmat buah avocado tu ;)


Potato Salad II


Hari tu masa buat Potato Salad, my sons dah bising and byk la dia complain ... dia xpuas makan katanya, rasa sikit je sebab I buat hari tu memang untuk bawa ke ofis. Jadi, dia tuntut suruh I buat untuk dia pulak. Sehari sebelum dorang balik from their kursus, I buatkan. Buat lebih sikit sbb nak bagi ciksar yg x merasa hari tu. Kali ni I x buat using the same recipe, tapi cuba the one suggested by my x-coursemate time Uni dulu. Dia x bagi specific measurement, just the ingredient dan suruh I adjust je la sesedap tekak ;)

POTATO SALAD II
(Sumber: Jeni RNet)

Kentang - direbus, potong dadu kasar
Telur - direbus, potong dadu kasar
Sebiji Epal hijau - xperlu buang kulit, dadu kecil
Salad Cream dressing
Coleslaw dressing
Black pepper
Garam
Daun bawang
Gherkin - potong dadu, yang ni I yg tambah ;) ... actually xperlu sbb dah ada epal

Gaul bersama semua bahan. Perasakan secukupnya ... Bare in mind the Salad Cream tu agak masam, jadi masa dok picit tu beringat-ingat la ye. Kang terlebih masam, naya ooo nak makan.

Note: Simpan dalam peti sejuk dulu baru sedap dinikmati, ok.


Saja nak kongsi kek yang ciksar order dr adik officemate weolss utk jamu geng office  ... Awal bebenor jamu kitorang ... x sabar nampaknya nak meninggalkan ofis eh ...


Sweet kan colour nya ... Isi dalam adalah rainbow cake yg sangat sedap! Kalau berminat nak order sila la follow Instagram Cakesbypinkyretro ye .. Macam-macam ada ... and one of their specialty & popular product adalah brownies dia ... sila, sila follow mereka dan place your order untuk merasai sendiri kelazatannya ;)
 

Thursday, December 12, 2013

Victoria Sandwich Cake



 Bila transfer semua gambar from SD card baru perasan I terlupa nak blog about this cake. Frust pulak sebab x keep the recipe and I totally cannot recall I copy dr. mana. I only made it once and that was ... whew, like 2 years back. Nov 2011, ok ;)


Selepas tu i dah x terfollow dah all the new recipes - tried and tested by food bloggers out there as I was busy with the new biz I started. Baking and cooking new recipes jangan harap lah ... Sedih juga, but I really cant cope masa tu. Tgh excited sgt nak jadi business woman ... kena la prioritize ikut kemampuan.


Kek ni pun sedap ni, lagi teruk xingat kek apa. I guess, ni Kek Sponge Pandan. Nampak tekstur dia macam gebu dan ringan jer tu. Resepi jangan tanya ya ... stresssss ... huhu ..


Tuesday, December 10, 2013

Lasagna


Lasagna ni lama dah buat. Buat sbb Hafiy request untuk class party dia before cuti sekolah ni. Balik from school that day Hafiy cakap his food antara yang memula licin ;) Happy sgt dia bila his classmates enjoyed eating the food he brought. Recipe you all boleh refer sini or sini (sos merah - Bottom Layer, bechamel/white sauce- Top Layer) or yang ni ... just ganti kan spaghetti/spiral tu dengan lasagna sheet ye. Guna yang instant lasagna sheet, senang kerja. 

 
Tapi kali ni, I tersangat la malas nak buat the red sauce sbb balik kerja lately jalan asyik jam teruk je, badan dah penat. So, buat kerja senang je lah. Beli sos spaghetti dah siap tu tambah mince meat & cendawan, tambah tomato puree & adjust le mana-mana yang patut ;).  

White sauce je I buat from scratch. Panaskan butter sket, masuk tepung & stir sampai brown, curah susu kotak. Tambah salt & pepper, kena beringat la sikit letak garam tu kan, sebab nanti nak masuk cheese, terlebih masin lak. A few minutes before tutup api, boleh masuk cheddar & mozarella sket. Seimbangkan rasa, tutup api.


Yang ni pulak I baked for Haziq's class party the following week and it was a hit as well ;)
 

Soft Pandan Marble Cake ... lembut dan sedap sangat

Yeayy ... Seronoknya ... akhirnya jumpa resepi butter cake yang lembut sangat tanpa perlu guna ovalette. Alhamdulillah. Thanks Mamafa...