Entry ni dah potong queue yg lain nampaknya ... ;) I posted the pic on Instag, pastu member-member kat ofis terus tanya resepi, bila nak update. Ni pun dish yg dah lama popular, dah lama berangan-angan nak buat tapi baru bulan puasa kita sempat buat. The main reason pon sebab ada sebantal panjang roti Gardenia yg dah nak expired tak berusik-usik dan susu kotak yg dah buka kalau dibiarkan lagi 2-3 hari mmg akan basi.
Truly satisfied lah with the outcome. Haziq loves it so much, siap suruh simpan utk dia makan sahur pagi tadi. My only regret ialah x ikut kata hati psl daun sup tu, konon takut overpower. I should have put more, bila makan tergigit daun sup tu ...macam ada letupan kecil dlm mulut .. oopss, macam Chef Jo kita ye ;) Lagi satu, kurang puas hati bhgn atas tu x lawa, I prefer dia brownish sket .. lagi best dan menyelerakan. Semalam balik lambat sebab jalan jam. Sbb kesuntukan masa, I cuma bakar dlm 20 min je, tu pun set temperature 200C. Alhamdulillah sempat masak dgn elok.
Ada banyak versi resepi ni kat internet, but I refer dari Secubitgaram - antara blog yg I memang suka skodeng ;) dan cuba resepi-resepinya.
ROTI LAPIS DAGING BERKEJU
Resipi : K.Nor@SecubitGaram
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam - I letak 2 sudu rempah kari
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus - x letak sbb guna rempah kari
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak
12kpg roti
3 biji telur- I hanya guna 2 biji, nak kurangkan kolestrol gamaknya ;)
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris - I tabur daun sup, next time kena letak banyak baru lagi terangkat
8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut
Utk membuat inti
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
Resipi : K.Nor@SecubitGaram
Utk Inti:
300gm daging ayam cincang @4 keping daging burger ayam (dihancurkan)
2 bj bawang putih ~ diketuk dan dicincang
1 labu bawang besar ~ dipotong dadu
2 sudu besar paste tomyam - I letak 2 sudu rempah kari
1/4 cawan air
1 helai daun limau purut ~ dihiris halus - x letak sbb guna rempah kari
1 biji cili merah ~ dihiris halus
sedikit garam dan gula
minyak
12kpg roti
3 biji telur- I hanya guna 2 biji, nak kurangkan kolestrol gamaknya ;)
200ml susu fresh
daun saderi ~ dihiris - I tabur daun sup, next time kena letak banyak baru lagi terangkat
8 kpg slice cheese
cheddar cheese ~ diparut
Utk membuat inti
- Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih hingga wangi dan masukkan bawang besar.
- Goreng hingga bawang layu dan masukkan paste tomyam rempah kari.
- Goreng hingga wangi dan masukkan air.
- Goreng sekejap dan masukkan daging ayam dan goreng sambil tekan supaya daging ayam tidak berketul.
- Masukkan daun limau purut dan cili merah.
- Perasakan dgn garam dan gula secukup rasa (jgn terlalu byk garam sbb biasanya paste tomyam dah masin)
- Goreng hingga kering dan padamkan api.
- Buangkan lebihan minyak dlm inti dan biarkan inti sejuk.
Utk membuat Roti Lapis Daging Berkeju:
- Sapukan keseluruhan bekas tahan panas dgn butter (kalau guna loyang biasa, alaskan loyang dgn aluminium foil dan lebihkan sedikit bahagian tepi utk mudah nak keluarkan masa nak makan. Jgn lupa sapu keseluruhan loyang dan aluminium foil dgn butter.
- Bancuh telur dgn susu fresh dlm sebuah mangkuk hingga sebati.
- Celup sekeping roti ke dalam bancuhan susu td dan susun didlm loyang. Buat sehingga memenuhi ruang dalam loyang.
- Tuangkan 1/2 dari inti daging tadi dan ratakan.
- Tabur dgn daun saderi sup ke atas daging tadi.
- Susun slice cheese ke atasnya.
- Ulang sekali lg proses dr awal tadi dan tutup dgn 1 lagi lapisan roti yg dicelup kedalam bancuhan susu (sekiranya ada lebihan bancuhan susu boleh dicurahkan keatas roti atau dicelah2nya supaya tidak membazir.
- Kemudian tabur dgn parutan cheddar cheese.
- Bakar dalam oven yg dah dipanaskan pada suhu 180C lebih kurang 35 - 40 min (sehingga masak).
- Keluarkan dari oven dan biarkan seketika.
- Potong dan hidangkan dgn sos cili.